09-07-2010, 05:22 PM
KUALA LUMPUR, 6 SEPTEMBER 2010: Nama dan suaranya masih lagi tidak dikenali. Namun, penglibatannya dalam program Yok Sahur 3 untuk 2 lokasi cukup membuatkan ramai terpikat dengan personaliti yang ada pada dirinya. Inilah dia penyanyi terbaru keluaran Sony Music iaitu Arrora Salwa atau nama sebenarnya Salwa Md Razak,25.
Pun begitu, ada suara melihat keletah dan gaya Arrora melayan peminat seperti penyanyi kening terangkat sebelah, Ziana Zain yang baru saja meraih gelaran juara Mentor bersama protegenya, Mohd. Atas landasan inilah, ramai menyangka dan ragu-ragu adakah Arrora yang dahulunya bertugas sebagai anggota polis cuba menarik perhatian media dan peminat dengan meniru gaya Ziana atau pun menjadi klon penyanyi itu?
Menjawab persoalan ini, Arrora terkejut dan sama sekali tidak menyangka dirinya dikaitkan dengan Ziana Zain yang tersenarai sebagai salah seorang penyanyi yang diminatinya.
"Sebelum ini, saya belum pernah lagi disamakan dengan mana-mana artis yang sedia ada. Ini pertama kali saya mendengarnya. Terus-terang, saya tak ada terniat pun nak meniru gaya dia atau pun suaranya sama sekali. Janganlah samakan saya dengan kak Ziana. Nanti marah pula dia.
"Apapun, bila saya fikir balik, saya rasa langsung tiada persamaan antara saya dengan kak Ziana. Tak kisahlah apa orang nak cakap sama atau tidak, yang penting, saya mahu jadi diri saya sendiri. Saya adalah Arrora.
"Saya pun tak nak orang anggap, saya jadi artis Sony Music sebab saya ni banyak persamaan dengan Kak Ziana. Saya jadi artis Sony pun macam orang lain. Saya datang uji bakat dan hantar CD demo. Saya bersyukur, permohonan saya diterima pihak label ini," katanya.
Mengulas cerita mengenai namanya, Arrora menafikan mengambil kesempatan dari populariti lagu Estranged berjudul Arrora.
"Sebenarnya, saya ambil nama ini bersempena dengan ertinya yang bermaksud cahaya yang sangat cantik dan sukar diperoleh serta hanya keluar pada setengah tempat saja. Cahaya yang dipanggil Norden Light ini memang sangat cantik. Kalau semua nak tahu cahayanya bagaimana, cari saja dalam youtube.
"Nama ini pun bukannya baru saja saya juga. Saya dah lama menggunakannya dan menjadikannya sebagai identiti saya dalam myspace dan friendster. Kalau tak silap saya, sejak 2001 lagi kawan-kawan saya dah tahu nama ini. Nama ini pun hanyalah sebagai inspirasi saya dan setakat ini, nama ini banyak membawa tuah pada diri saya," ujarnya.
Menyentuh mengenai perletakkan jawatannya sebagai anggota polis demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi, Arrora mengatakan bahawa ia tiada mengena dengan sikapnya yang disangka gila glamor.
"Sebelum berkeputusan penuh menjadi penyanyi, saya pernah bertugas sebagai Lans Koperal. Hari terkahir saya menjadi polis pada 30 Julai 2010. Saya dah jadi polis selama 7 tahun iaitu sejak 2004. Semasa saya bertugas sebagai polis, saya sangat aktif menyanyi. Saya banyak menyanyi bersama PDRM.
"Sebenarnya, saya mula menyanyi sejak menyertai band D'Muse lagi. Saya ni bukannya gila glamor. Tapi, saya dah tak kisah. Sebab masa saya jadi polis pun dah ada orang cakap saya gila glamor. Sesungguhnya, saya jadi polis oleh kerana saya mahu bebas dari kongkongan keluarga dan nak hidup berdikari. Kalau bukan jadi polis, saya mungkin juga jadi jururawat. Namun, saya lebih suka jadi polis memandangkan diri saya ni agak lasak.
"Diri saya sendiri yang mendorong untuk jadi penyanyi. Tindakan saya berhenti jadi polis pun adalah tindakan berani mati saya. Sebelum saya berhenti polis akhir Julai lalu, Sony pun telah menawarkan kontrak pada awal Julai. Oleh sebab itu jugalah saya tekad berhenti," katanya.
Sementara itu, Arrora menjelaskan sekarang ini dia sedang sibuk mengumpul material untuk album sulungnya. Namun, dalam masa terdekat ini, dia bakal merakamkan single pertamanya yang berentak mid tempo walaupun dia lebih kerap menyanyikan lagu berentak balada.
"Album saya dijangka buat selepas raya nanti. Waktu terdekat ini, saya akan masuk studio untuk rakam single pertama. Single tersebut menggunakan khidmat komposer dari Indonesia yang bernama Panji. Saya memang sukakan muzik balada. Namun, untuk album ini, saya mahukan sesuatu yang lain dari lain," katanya.

KOMEN: LAYAK KAHHHH?