Kenali APTERA - Kereta Futuristik Jimat Minyak

Aptera Inc. telah memperkenal model terbaru kereta futuristik yang dikenali sebagai Aptera 2 Series. Syarikat dilaporkan sudah mula menjualnya pada sekitar harga AS$ 25,000 dan AS$40,000 bergantung kepada versi elekrik (2e), dan hibrid (2h). Sehingga setakat ini, mereka sudah menerima sebanyak kira-kira 4000 tempahan untuk kereta model terbaru Aptera.
Apa yang menarik ?
Nama Aptera diambil daripada perkataan Yunani yang bermaksud 'tanpa sayap'. Model Aptera 2 Series ini hanya mempunyai 3 roda dan boleh memuatkan 2 penumpang (termasuk pemandu) dalam satu-satu masa. Diinspirasikan daripada bentuk telur, sekaligus meminimakan rintangan angin yang merupakan salah satu faktor penggunaan minyak yang banyak.
Ujian keberkesanan petrol yang dibuatkan ke atas model hibrid Aptera (2h) telah mencatatkan penggunaan petrol sebanyak 1L untuk setiap 42 Km. Ini menjadikan Aptera (2h) sebagai salah satu kenderaan paling jimat minyak di dunia.
Berbeza dengan model hibrid (2h), Aptera (2e) mengunakan kuasa elektrik sepenuhnya dengan dijana oleh bateri Lithium-ion. Lebih menarik lagi, bateri ini boleh bertahan untuk berjalan sejauh 160 km pada kuasa cas penuh. Bagi mengecasnya semula, pengguna hanya perlu menyambungkan wayar khas dari Aptera 2e dengan plug elektrik di rumah.
Kuasa yang dihasilkan oleh kenderaan ini hanyalah sekitar 10 Kwh (13 hp, kuasa kuda) dan boleh bergerak pada kelajuan maksium 89km sejam. Bagi membolehkannya ia bergerak pada kelajuan tersebut pada kuasa kuda yang rendah, ia reka dengan berat minimum iaitu 680kg sahaja (separuh dari berat Proton Persona).
Ciri-ciri keselamatan dan keselesaan
Menurut Aptera Inc, walaupun aptera 2 series direka dengan komponen yang ringan, ia sama sekali tidak mengenepikan aspek-aspek keselamatan penumpang. Malah, berdasarkan stimulasi ujian pelanggaran menunjukkan Aptera adalah sebaris dengan kenderaan-kenderaan konventional yang lain.
Selain itu, kenderaan ini juga dilengkapi dengan teknologi sistem navigasi global (GPS), Aplikasi hiburan seperti pemain mp3 dan juga sistem komunikasi. Ia juga dilengkapi dengan kamera belakang bagi memboleh memandu melihat belakang kenderaan terutamanya semasa mengundurkan kenderaan.

lagi pic:

canggih arr