Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › eKoNoMi v
« Previous 1 2

INFO: Ekonomi Malaysia 2011

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
INFO: Ekonomi Malaysia 2011
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-17-2011, 05:58 PM (This post was last modified: 08-17-2011, 06:05 PM by Mr.Pingu.)
Salam.

Mungkin ramai nak tau apakah status ekonomi Malaysia pada tahun ini. Baikkah? Burukkah? Perkembangan ekonomi membantu menaikkan taraf hidup manusia. Jika ekonomi baik, peluang pekerjaan bertambah dan pendapatan isi rumah juga meningkat. Disini saya mengambil inisiatif untuk memaparkan sedikit info berhubung ekonomi Malaysia daripada pembacaan yang saya lakukan. Blush
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
2 Muslim Malaysians on trial deny torching church
2 Muslim Malaysians on trial deny torching church
08-11-2010 1,178 Views 0 Replies
Festivel Filem Malaysia (FFM) perlu rombakan besar!
Festivel Filem Malaysia (FFM) perlu rombakan besar!
10-24-2010 12,549 Views 17 Replies
Penanaman anggur Malaysia
Penanaman anggur Malaysia
11-10-2010 9,322 Views 4 Replies
Cincin..menarik dan pelik..
Cincin..menarik dan pelik..
04-17-2012 1,680 Views 1 Replies
Salam Ramadhan Semua!!!
Salam Ramadhan Semua!!!
08-13-2012 9,386 Views 14 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
08-17-2011, 06:00 PM (This post was last modified: 08-17-2011, 06:02 PM by Mr.Pingu.)
EKONOMI Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan sederhana pada separuh pertama tahun depan sebelum bertukar menjadi lebih kukuh pada separuh kedua, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Kita akan menyaksikan pertumbuhan sebegini dalam tempoh dua suku akan datang dan pada separuh kedua pula kita akan menyaksikan pertumbuhan kukuh, katanya ketika ditanya mengenai prospek ekonomi negara tahun depan.

Zeti ditemui selepas majlis pelancaran Program Kemampanan Perniagaan Bursa Malaysia yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur, semalam. Program itu antaranya membabitkan pengenalan portal mengenai langkah memastikan kemampanan syarikat di laman web Bursa Malaysia dan pelancaran garis panduan cara mengekalkan kemampanan perniagaan khusus untuk pengarah syarikat.

Kelmarin, Zeti mengumumkan ekonomi Malaysia bagi suku ketiga 2010 berkembang sebanyak 5.3 peratus selepas berkembang 10.1 peratus pada suku pertama dan 8.9 peratus dalam suku kedua. Bagi keseluruhan 2010, Zeti berkata, Malaysia berkemungkinan mencatatkan pertumbuhan antara enam hingga tujuh peratus. Mengenai kesan aliran masuk dana asing secara besar-besaran ke dalam pasaran saham dan bon negara, beliau berkata: Disebabkan pasaran kewangan kita sekarang semakin maju dan lebih matang, kita dapat menyederhanakan aliran kemasukan itu.

**SUMBER**
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
08-17-2011, 06:04 PM
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA 13/01/2011
Oleh NIZAM YATIM


ADAKAH ekonomi Malaysia sudah pulih dan keluar daripada kemelesetan global? Itulah persoalan yang sering dilontarkan oleh orang ramai yang skeptikal dengan hakikat itu, berikutan dakwaan bahawa mereka tidak menerima kesan langsung daripada pemulihan berkenaan.

Bagi kakitangan kerajaan, kesan langsung itu mungkin bermakna mereka mendapat bonus tahunan berkali-kali ganda banyaknya dan bagi orang ramai, ia bererti mereka dapat membeli barangan pada harga rendah seperti kebiasaan.

Bagaimanapun, jika diukur pemulihan itu berdasarkan petunjuk-petunjuk yang diguna pakar dalam menilai ‘kesihatan’ ekonomi sesebuah negara, nampaknya secara keseluruhan keadaan ekonomi Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda untuk ‘kebah’ setelah sekian lama diserang ‘demam panas.’

Antara petunjuk itu, ramai pelabur asing kembali membeli saham di pasaran saham tempatan setelah ‘berehat’ beberapa ketika dek pukulan harga saham yang menjunam. Nilai mata wang kita juga semakin kukuh.

Pada awal bulan ini, Indeks Komposit Bursa Malaysia meningkat melebihi 1,500 mata iaitu paras tertinggi dalam sejarah manakala nilai mata wang tempatan diniagakan pada RM3.06 berbanding sedolar Amerika Syarikat (AS) iaitu catatan nilai paling kukuh sejak 13 tahun lalu.

Perkara itu diakui oleh penganalisis ekonomi dan pensyarah Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah yang menyifatkan perkembangan berkenaan sebagai sangat positif. Beliau berkata, peningkatan bursa saham tempatan dan ringgit itu digalakkan oleh sentimen positif yang ditunjukkan pasaran serantau dan juga prospek pertumbuhan yang baik.

”Berdasarkan perkembangan ini, saya melihat ekonomi Malaysia telah mula menunjukkan proses pemulihan dan saya ramal prospek ekonomi pada tahun ini adalah lebih baik berbanding 2010,” katanya.

Bagaimanapun, Haim Hilman mengakui peningkatan Bursa Malaysia dan pengukuhan ringgit bukan satu-satunya petunjuk untuk membuat kesimpulan bahawa ekonomi negara telah pulih. Beliau berkata, pemulihan itu juga bergantung kepada sejauh mana keseriusan kerajaan untuk melaksanakan Program Transformasi Ekonomi (ETP) seperti dijanji sebelum ini.

”Saya gembira kerana kerajaan mengotakan janji-janjinya ini dan ia terbukti apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 19 lagi projek di bawah ETP,” katanya.

Ketika membuat pengumuman, Perdana Menteri berkata, projek baru itu akan melibatkan pelaburan hampir RM67 bilion dan menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM36 bilion.

Antara projek berkenaan adalah pengeluaran sel tenaga solar AUO Sunpower di Melaka yang melibatkan belanja RM2.2 bilion dan membina Metropolis Kesihatan Universiti Malaya (UM) di Petaling Jaya yang menelan belanja RM1.25 bilion. Ia juga melibatkan projek Transit Aliran Massa (MRT) dengan pelaburan sebanyak RM36.6 bilion.

Mengulas mengenai pengumuman terbaru Perdana Menteri itu, pensyarah di Kuliah Ekonomi dan Pengurusan Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, ia membuktikan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

”Ia adalah sesuatu yang bagus kerana tidak hanya tertumpu di Lembah Klang dan Selangor, malah kawasan pelaksanaan menjangkaui Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Ekonomi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Amir Baharuddin turut sependapat bahawa pemulihan ekonomi bukan angan-angan kerana projek di bawah ETP khususnya membabitkan sektor minyak, gas dan tenaga mampu memberi keuntungan berlipat ganda kepada negara.

”Sektor bahan api tersebut berkait rapat dengan industri automotif negara, justeru pembangunan automotif negara akan turut berkembang dengan pesatnya.

”Malaysia juga akan turut menjadi pengeluar minyak dan gas yang utama sekali gus menjimatkan penggunaan kos rakyat terhadap bahan mentah ini,” katanya.

Berdasarkan hujah-hujah ini, kita harus mengakui bahawa ekonomi negara telah menunjukkan tanda-tanda untuk pulih. Bagaimanapun, persoalannya adakah pemulihan ini akan menguntungkan rakyat di peringkat bawahan.

Kebimbangan ini nampaknya disedari oleh Najib yang secara jelas semalam menyatakan keyakinan beliau bahawa projek yang telah diumum itu akan memberikan pulangan yang ketara kepada orang ramai sedikit masa lagi.

Mengulas keprihatinan Najib itu, Timbalan Dekan Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mohd. Shahwahid Othman mencadangkan supaya agensi khusus diwujudkan bagi memantau penglibatan masyarakat bawahan dalam ETP.

”Agensi ini turut berperanan memberi penerangan kepada rakyat mengenai bagaimanakah mereka boleh mengambil peluang dan mendapat manfaat daripada proses transformasi ekonomi negara yang sedang berlaku,” katanya.

Jelas Mohd. Shahwahid, kesan langsung yang ketara daripada projek-projek yang diumumkan itu dapat mewujudkan peluang pekerjaan baru kepada rakyat.

Beliau berkata, antaranya jangkaan penggunaan sehingga 130,000 tenaga pekerja pada peringkat pembinaan MRT. Jika dilihat pada keseluruhan projek-projek di bawah ETP, kira-kira 3.3 juta jawatan kosong akan diwujudkan.

Bagi yang tidak berkemahiran, mereka juga tidak harus bimbang kerana Najib ketika membentangkan Bajet 2011 di Parlimen pada Oktober lalu mengumumkan penubuhan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan (MPGK) yang bertanggungjawab menetapkan gaji minimum untuk pekerja.

Pekerja kurang berkemahiran sudah pasti tidak akan dipinggirkan kerana mereka juga akan mendapat gaji lebih tinggi seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Gaji di bawah garis kemiskinan sebanyak RM700 sebulan sekarang mungkin hanya akan tinggal kenangan sahaja.

Jika fakta-fakta ini diteliti secara lebih objektif, keceriaan sebenarnya bukan sahaja akan mula terpancar pada wajah pelabur saham dan tokoh korporat yang sekian lama sugul sebelum ini, sebaliknya, rakyat di peringkat bawahan juga sudah mampu untuk tersenyum.

**SUMBER**
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#4
08-17-2011, 06:09 PM
Indeks Pelopor (IP) yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan menurun pada April berbanding dengan bulan Mac 2011. Indeks IP menurun sebanyak 0.7% kepada 110.3 mata daripada 111.0 mata yang dicatat pada bulan sebelumnya. Komponen utama menyumbang kepada penurunan ialah Indeks Perusahaan Bursa Malaysia, Import Benar Semi Konduktor dan Bilangan Unit Kediaman Diluluskan, masing-masing mencatatkan negatif 0.2%. Walau bagaimanapun, perubahan tahunan IP pada April 2011 meningkat kepada 1.6% berbanding 0.7% pada bulan sebelumnya.

Indeks Serentak (IS), yang mengukur aktiviti ekonomi semasa juga menurun sebanyak 0.6% pada bulan April 2011. Komponen yang menyumbang kepada penurunan ialah Indeks Pengeluaran Perindustrian (-0.3%), Jumlah Guna Tenaga di Sektor Pembuatan (-0.2%) dan Kapasiti Penggunaan di Sektor Pembuatan (-0.1%). Perubahan tahunan IS menyusut kepada 3.6% pada April 2011 berbanding 4.3% pada bulan sebelumnya.

Pergerakan semasa bagi kedua-dua komponen IP dan IS menunjukkan penurunan pada bulan rujukan. Walau bagaimanapun, Indeks Difusi bagi IS kekal melebihi 50.0%. Senario ini membayangkan bahawa ekonomi Malaysia akan terus berkembang pada kadar sederhana dalam tempoh terdekat.

**SUMBER**
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
08-17-2011, 06:15 PM
LAPORAN KEBEBASAN EKONOMI MALAYSIA - 2011
APA YANG ANDA PERLU KETAHUI


INDEK KEBEBASAN EKONOMI MALAYSIA
Score: 66.3 (lebih tinggi dari Tahun lepas +1.5 pt)
Rank: 53
Position: Tangga ke-9 daripada 41 buah Negara Benua Asia Pacific

FAKTOR PENYEBAB
Berjaya membawa masuk beberapa PELABURAN kedalam Negara melalui pelbagai Usaha yang di jalankan oleh Pihak Kerajaan. Juga kerana di dalam negara maseh belum lagi di Wartakan GAJI MINIMA untuk Golongan Pekerja. Sektor Buruh maseh di dalam Perundangan yang maseh Fleksibel. Cukai Pendapatan Peribadi dan Cukai Syarikat yang di lihat sebagai Moderate dan berkurangan dari Tahun 2009.
Perubahan Dasar Negara terhadap Pelaburan Asing ke dalam Negara yang lebih Longgar. Perubahan di dalam Sistem Perundangan untuk menangani Gejala Rasuah juga di lihat sebagai Pemangkin Pelaburan baru dan serta meningkatkan Keyakinan Pelabur.

FAKTA RINGKAS EKONOMI
Population: 27.8 million
GDP (PPP)
$382.3 billion
-1.7% growth
3.7% 5-year compound annual growth
$13,769 per capita
Unemployment: 3.7%
Inflation (CPI): 0.6%
FDI Inflow: $1.4 billion

SCORE POINTS - By The Heritage Foundation (2011)
BUSINESS FREEDOM: 69.7 ( -0.2)

Business Freedom menurun di sebabkan oleh faktor kelambatan di dalam Proses Permohonan PERLESENAN. Batasan Birokrasi di dalam pelbagai Jabatan Penguat-Kuasaan. Dan gejala ini sedikit sebanyak telah menggugat keberkesanan di dalam Pertumbuhan keusahawanan dalam Negara. TRADE FREEDOM: 78.9 (no change)


Purata Kadar Tarif adalah 3.1 peratus pada tahun 2007. Beberapa tarif tinggi, sekatan import, akses tinggi kepada perkhidmatan telah menghalang Pasaran, import dan Pelesenan Eksport untuk menggalakkan Industri yang Strategik. Peraturan-Peraturan yang tidak TELUS dan Piawaian, Undang-Undang Anti-Lambakan, TIDAK TELUS, Perolehan Kerajaan maseh juga TIDAK TELUS. SUBSIDI Eksport dan Perlindungan yang LEMAH terhadap HAL HARTA INTELEK menambah kepada KOS OPERASI PERDAGANGAN. Lima Belas MATA telah ditolak dari markah kebebasan perdagangan Malaysia untuk mengambil kira halangan bukan TARIF.

FISCAL FREEDOM: 84.6 (+0.3)

Malaysia memiliki Cukai Pendapatan yang telah di kurangkan dari 27% kepada 26%
Cukai Pendapatan untuk Profesional yang kembali bekerja ke dalam Negara hanya 15%
Cukai Syarikat dan Korporat 25%
Hanya Cukai Petroleum dalam Kadar 38%
Dan banyak lagi Cukai-Cukai yang belum di implimentasikan oleh Kerajaan seperti Cukai GST.
Keseluruhan PENCUKAIAN NEGARA adalah 15.3% (GDP)
GOVERNMENT SPENDING: 79.2 (-2.1)

Perbelanjaan Kerajaan Malaysia untuk beberapa Tahun kebelakangan ini di lihat dalam sekitar 26.3% dari GDP Dan DEFISIT Perbelanjaan Kerajaan PUSAT pula bertambah kepada 7% dari GDP. Kenaikan atau Pertambahan tersebut berlaku di sebabkan program-Program Transformasi Ekonomi yang sedang di jalankan.
MONETARY FREEDOM: 81.3 (+4.6)

Kadar INFLASI negara maseh di dalam lingkungan 1.9% dari Tahun 2007 - 2011
Kebanyakan Harga di tentukan oleh kehendak PASARAN. Tetapi ada beberapa Harga Barangan yang di kawal oleh Pihak Kerajaan seperti Minyak Petrol, Minyak Sawit, Tepung, Gula, Susu, Roti, Daging dan Ayam.
Atas sebab itu 10 Markah telah di tolak kerana maseh wujud campur-tangan Pemerintah.
INVESTMENT FREEDOM: 45.0 (+15.0)

Semua PROSES CADANGAN yang di ajukan oleh Pihak Pengilangan dari Pelabur Luar dan Dalam Negara di TAPIS oleh Pihak Kerajaan. Dan sebarang PERTIKAIAN dalam Industri Perniagaan SANGAT KOMPLEK dan memakan masa untuk di selesaikan. Syarat-Syarat & Peraturan di lihat terlalu Membebankan Pengusaha dan Tidak TELUS. Rakyat dan bukan Rakyat di benarkan untuk memiliki AKAUN TUKARAN ASING dan tidak ada Peraturan mengenai HAD untuk Pelabur Asing untuk membawa keluar Wang Pelaburan. Hanya Rakyat Malaysia di benarkan memiliki HAK TANAH FINANCIAL FREEDOM: 50.0 (no change)

Sektor Kewangan Malaysia berterusan tumbuh dengan bertambah nya keberkesanan di dalam Sistem Pengurusan dan Pengawalan Perbankkan.
Kebenaran untuk bank-bank bergabung bagi menambah Daya Saing
Pertumbuhan yang baik di dalam Sektor Perbankkan SHARIAH
Tetapi Pelaburan Kewangan Asing maseh lagi di Hadkan di Malaysia secara Pelaburan langsung. Pegangan Ekuiti Asing di dalam Syarikat berdaftar di Malaysia di naikkan dari Kadar 49% kepada 70%
Sistem Kewangan Malaysia di lihat telah berjaya mengatasi Krisis Kewangan yang melanda Dunia. Langkah untuk mengembangkan semua POTENSI di dalam Sektor Kewangan negara di lihat maseh di teruskan dengan gigih.
PROPERTY RIGHTS: 50.0 (-5.0)

HAK Harta Persendirian di Malaysia maseh di kawal ketat. Tetapi Sistem Kehakiman di lihat maseh di kawal oleh Pengaruh Ahli-Ahli Politik.
Kes-Kes Syarikat memakan terlalu lama untuk di Proses dan di bicarakan
Walaupun Wujud rancangan Kerajaan untuk mengiktiraf Perjanjian Copyright dari Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) dan Perjanjian Persembahan WIPO dan Phonograms, yang berkaitan dengan Aduan dan Penguat-Kuasaan yang Longgar dan HAK Harta Intelektual tetapi keadaan yang sama maseh berterusan Pembuatan dan Penjualan Produk PALSU telah menyebabkan Kerugian yang serius untuk Pengeluar produk Pengguna dan Farmaseutikal.
FREEDOM FROM CORRUPTION: 45.0 (-6.0)

Kes-Kes RASUAH maseh lagi Wujud dan berluasa Dimana Negara Malaysia berada di Tangga Ke-56 dari 180 negara di dalam laporan Transparency International’s Corruption Perceptions Index Malaysia di lihat memiliki Undang-Undang yang cukup untuk Membenteras RASUAH tetapi PERLAKSANAAN Undang-Undang di lihat tidak di lakukan dengan serius di sebabkan oleh kekebalan yang di miliki oleh seseorang apabila berkait rapat dengan Anggota Pemerintah. Laporan media banyak melaporkan Kes-Kes Rasuah yang berprofile tinggi tetapi tidak ada laporan yang mengatakan mereka telah di dakwa atas setiap kesalahan yang di lakukan.
LABOR FREEDOM: 79.2 (+7.8)

Malaysia pada hari ini di lihat telah lebih terbuka dan mengamalkan Perundangan Buruh yang lebih Moden dan Fleksibel. KOS untuk menggajikan Pekerja maseh rendah tetapi KOS untuk memberhentikan Pekerja maseh MAHAL dan tidak mudah. Belum Wujud GAJI MINIMA KEBANGSAAN Dan MASA BEKERJA untuk Golongan Pekerja maseh di lihat Fleksibel.

CABARAN UNTUK PIHAK KERAJAAN

Adalah menjadi Tugas & Tanggung Jawap pihak KERAJAAN MALAYSIA samaada yang sedang MEMERINTAH pada hari ini ATAU yang akan MEMERINTAH pada masa hadapan untuk MEMPERBETULKAN apa juga KELEMAHAN di dalam SISTEM TADBIR-URUS EKONOMI MALAYSIA
Jika di lihat daripada PERMASAALAHAN yang maseh berlaku, Perdana Menteri Malaysia sekarang harus mengarahkan CEO PEMANDU - Dato Seri IDRIS JALA untuk melakukan TRANSFORMASI di dalam SEKTOR PENTADBIRAN KERAJAAN di semua KEMENTERIAN sebelum di kirim ke mana-mana Negara Afrika.

Dimana MASAALAH UTAMA nya ialah TERLALU BANYAK BIROKRASI yang berpunca dari terlalu banyak KEMENTERIAN yang di wujudkan hanya semata-mata untuk memberi TUGAS kepada KETUA-KETUA PARTI KOMPONEN Barisan Nasional dan bukan bertujuan untuk MELICINKAN SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN. PENSTRUKTURAN semula di Semua KEMENTERIAN amat di perlukan jika mahu melihat PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI NEGARA MALAYSIA ini berjaya di lakukan.
Kerana BUKAN SEMUA MENTERI yang menerajui SETIAP KEMENTERIAN itu benar-benar BERKALIBER untuk mengetuai KEMENTERIAN masing-masing, perkara seperti ini di lihat sebagai suatu pembaziran DANA RAKYAT untuk membayar GAJI mereka.
**SUMBER**
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#6
08-17-2011, 06:17 PM
Oleh Azli Ayob
azliayob@bharian.com.my
2011/01/01


Kita mesti jadikan China, India sebagai pasaran eksport

MALAYSIA perlu terus merancakkan aktiviti ekonomi domestik yang menjadi pemacu utama ekonominya pada 2010 bagi mengekalkan kadar pertumbuhan menggalakkan pada 2011 ini memandangkan persekitaran luaran masih kurang cergas. Ketua Ahli Ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng, berkata ekonomi negara pada 2010 yang dianggarkan berkembang tujuh peratus, selain didorong permintaan domestik, turut mendapat manfaat daripada pemulihan eksport dan pelaburan langsung asing (FDI). Namun katanya, bagi 2011 ini, memandangkan negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah dijangka berdepan prospek pertumbuhan ekonomi yang lemah, permintaan eksport dari Malaysia akan terjejas.

“Justeru, kita perlu mengalihkan tumpuan ke negara pasaran sedang meningkat seperti China dan India,” katanya.

RAM Holdings menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 5.4 peratus pada 2011 ini. Pada masa sama, Yeah berkata, Malaysia perlu mengekalkan permintaan domestik yang menggalakkan menerusi pelaksanaan projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Perbelanjaan kerajaan yang tinggi dalam melaksanakan projek itu akan membantu menyokong permintaan domestik.

“Sektor kewangan pula perlu terus menyokong inisiatif kerajaan itu dengan memastikan akses mudah kepada pembiayaan,” katanya.

Yeah berkata, pelaksanaan projek aliran transit massa (MRT) yang akan dimulakan pertengahan 2011 ini juga akan memberikan kesan positif kepada sektor pembinaan dan membantu meningkatkan aktiviti ekonomi. Katanya, antara cabaran bakal dihadapi Malaysia tahun depan ialah kemungkinan meningkatnya inflasi berikutan langkah kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi gula dan bahan api.

“Kita perlu berhati-hati kemungkinan berlakunya kenaikan inflasi. Rasionalisasi subsidi itu akan membawa keperitan dalam jangka pendek tetapi memberi kelegaan jangka panjang,” katanya.

Ketua Pengarah, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Datuk Dr Mahani Zainal Abidin pula berkata, ekonomi Malaysia telah menangani krisis dengan baik dan hampir pasti mencapai pertumbuhan tujuh peratus bagi seluruh 2010.

“Selepas mencatat pertumbuhan masing-masing 10.1 peratus, 8.9 peratus dan 5.3 peratus pada suku pertama, kedua dan ketiga, ekonomi negara hanya perlu mencatatkan pertumbuhan 3.7 peratus pada suku keempat bagi mencapai pertumbuhan tujuh peratus bagi seluruh 2010,” katanya.

Mahani berkata, pertumbuhan baik itu dicapai kerana Malaysia banyak menjalankan perdagangan dengan negara Asia Timur.

“Dari segi faktor dalaman, pertumbuhan ekonomi negara dipacu oleh penggunaan domestik hasil pelaksanaan pelbagai projek yang menyediakan peluang pekerjaan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya bagi 2011 ini, faktor luaran seperti keadaan ekonomi AS yang belum pulih dan krisis hutang kerajaan di Eropah boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Justeru, katanya, Malaysia perlu mengalihkan perhatian ke negara China dan India sebagai pasaran eksport.

“Namun bagi China, kita perlu berhati-hati kerana kerajaannya cuba mengurangkan pertumbuhan ekonominya bagi mengekang inflasi,” katanya.

Mahani berkata, kemungkinan berlakunya peningkatan harga minyak dan bahan logam tertentu tahun ini juga sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

**sumber**
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  10 individu terkaya Malaysia 2011 Mr.Pingu 1 3,416 08-17-2011, 06:21 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 10:39 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend