Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 13 14 15 16 17 ... 24 Next »

Siti Nurhaliza menyertai Universal Music Malaysia

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Siti Nurhaliza menyertai Universal Music Malaysia
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,499
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-18-2011, 10:48 AM (This post was last modified: 08-18-2011, 10:49 AM by Mr.Pingu.)

KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin kini sah sebagai ahli ‘keluarga’ terbaru syarikat rakaman Universal Music Malaysia (UMM) setelah memetrai perjanjian usahasama antara label berkenaan dan syarikatnya, Siti Nurhaliza Production (SNP). Usahasama yang dijalin bermula Julai 2011 ini merangkumi segala aspek pembikinan album dan lagu terbaru penyanyi berkenaan, juga segala bentuk promosi dan publisiti berkenaan kerjaya beliau sebagai penghibur.

Buah tangan sulung beliau bersama UMM kini dalam proses perancangan rapi dan peminat anak kelahiran Pahang ini akan dapat berhibur dengan produk terbarunya dalam bulan Oktober 2011 nanti. Bagaimana pun, hala tuju album dan lagu masih dalam perbincangan. Bagi UMM sebagai sebuah syarikat rakaman yang turut menunjukkan perkembangan pesat dalam bahagian domestiknya, ikatan usahasama bersama Siti Nurhaliza adalah satu lagi usaha dalam mempertingkatkan lagi kemajuan seni muzik tempatan.

Jika sebelum ini beberapa nama-nama besar seperti Anuar Zain, Ning Baizura, Alleycats, Spider, 6ixth Sense, Ana Raffali, Maya Karin, Meet Uncle Hussain dan ramai lagi bernaung di bawah syarikat rakaman sama, kehadiran Siti Nurhaliza bagai melengkapkan barisan artis ternama di bawah satu bumbung sama. Selain itu, kerjasama dua negara antara UMM dan PT Musica Indonesia yang memasarkan artis seperti Nidji, Letto, Peterpan, Samsons, D’masiv dan yang terbaru, Geisha, menguatkan lagi peranan UMM sebagai syarikat rakaman di nusantara.

Malah, UMM juga kini giat melaksanakan pencarian bakat-bakat baru untuk memeriahkan lagi industri muzik tempatan, selain membuka ruang kepada mana-mana penyanyi sedia ada untuk bekerjasama dalam melahirkan produk berkualiti. Kehadiran penyanyi berpengalaman sepeti Siti Nurhaliza dalam syarikat rakaman UMM diharapkan dapat menyuntik semangat semua artis naungan label berkenaan agar lebih bekerja keras, selain turut memberi dorongan kepada pasukan UMM sendiri untuk mempertingkatkan kualiti produk dan perkhidmatannya.

Sokongan daripada semua penggiat industri hiburan tanah air juga amat diperlukan untuk memastikan usaha murni dalam memajukan seni muzik tempatan dapat dilaksana dengan berkesan.

Credits: budiey.com
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
One type of music: Bomba
One type of music: Bomba
08-06-2010 2,076 Views 0 Replies
Aaron Aziz Dijangkiti Virus "Kencing Tikus"
Aaron Aziz Dijangkiti Virus "Kencing Tikus"
10-14-2010 2,039 Views 0 Replies
Dato Sheila Majid - Lagenda Muzik Malaysia
Dato Sheila Majid - Lagenda Muzik Malaysia
09-05-2010 2,145 Views 0 Replies
Post Popular Di Facebook Sepanjang Bulan puasa - Elakkan
Post Popular Di Facebook Sepanjang Bulan puasa - Elakkan
07-01-2014 2,321 Views 1 Replies
Salam/Hai Komuniti Gempakz
Salam/Hai Komuniti Gempakz
05-04-2013 2,197 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Siti Pemergian Sarah Raisuddin buat Dato Seri Siti Nurhaliza Sebak menangis Mr.Pingu 0 1,031 08-11-2021, 04:54 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Nephiaxe bertemu Dato Seri Siti Nurhaliza Mr.Pingu 1 1,471 09-08-2019, 07:46 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Album Terbaru Datuk Siti Nurhaliza: Fragmen Mr.Pingu 0 2,312 06-30-2014, 04:11 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Jum Follow Twitter Datuk Siti Nurhaliza Mr.Pingu 0 2,551 10-10-2012, 01:30 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Happy Birthday ke 32 buat Datuk Siti NUrhaliza Mr.Pingu 0 2,923 01-11-2011, 01:24 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Props Siti Nurhaliza Kena Curi Mr.Pingu 0 3,816 12-08-2010, 08:23 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Pulau Pinang anjur Konsert Siti Nurhaliza percuma sempena Hari Malaysia Mr.Pingu 0 1,912 09-07-2010, 04:48 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Manisnya Siti Nurhaliza Bertudung Penuh Mr.Pingu 0 3,206 08-27-2010, 02:09 PM
Last Post: Mr.Pingu
Wink Imam tak lena tunggu Datuk Siti Nurhaliza Mr.Pingu 1 2,682 08-27-2010, 02:01 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-23-2026, 11:54 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend