Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24 Next »

Imam tak lena tunggu Datuk Siti Nurhaliza

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Imam tak lena tunggu Datuk Siti Nurhaliza
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
Wink  08-27-2010, 01:59 PM (This post was last modified: 08-27-2010, 02:00 PM by Mr.Pingu.)


TIKAM BATU - Gara-gara kerana penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, imam Masjid Kariah Kampung Permatang Pasir tidak tidur lena sejak tiga hari lalu selepas dimaklumkan bahawa isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa itu akan pulang ke Kampung Permatang Pasir untuk memberikan zakat.

Imam berkenaan, Mahmood Rejab, 72, berkata, sejak dimaklumkan mengenai kepulangan Khalid dan Siti Nurhaliza ke kampung itu untuk menyampaikan zakat kepada golongan asnaf di sini, beliau serta jawatankuasanya bertungkus-lumus membuat persiapan majlis penyampaian zakat terbabit.

Menurutnya, oleh kerana sudah agak lama Khalid dan Siti Nurhaliza tidak mengunjungi kampung itu sejak Ramadan tahun lalu, beliau dan seluruh warga kampung tidak tidur lena menantikan detik kepulangan pasangan berkenaan.

“Namun majlis yang diadakan serba sederhana ini akhirnya selesai dengan sempurna setelah 250 golongan asnaf di kampung ini dan sekitarnya mendapat sumbangan zakat daripada Datuk Khalid dan Datuk Siti (Nurhaliza).

“Selepas ini kami kembali tidak tidur lena kerana tidak sabar menantikan kemeriahan hari raya pertama di kampung ini setelah mereka mengumumkan akan bersembahyang raya di masjid ini dan kemudiannya mengadakan rumah terbuka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Permatang Pasir, Mohd Noor Wahab, 62, berkata, beliau menyambut seruan Khalid untuk mendapatkan kerjasama warga kampung menyumbangkan tenaga dan idea dalam pembangunan kampung yang telah dihulurkannya.

Menurutnya, beliau menggalakkan penduduk kampung dan kariah masjid terbabit untuk sama-sama mengimarahkan tempat ibadat berkenaan setelah ia siap sepenuhnya menjelang Hari Raya Aidiladha nanti.

“Kami semua warga kampung menyambut baik usaha beliau (Khalid) yang begitu pemurah menyumbangkan wang membina semula masjid di sini yang dahulunya rosak teruk dan berharap usaha beliau akan disambut dengan bersama mengimarahkan masjid,”
katanya.

Credit to Sinar Harian

>> xbleh blah kan? hahaa gelak_besargelak_besar
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Pulau Pinang anjur Konsert Siti Nurhaliza percuma sempena Hari Malaysia
Pulau Pinang anjur Konsert Siti Nurhaliza percuma sempena Hari Malaysia
09-07-2010 1,973 Views 0 Replies
Fenomena Faizal Tahir - Rakaman Aidilfitri
Fenomena Faizal Tahir - Rakaman Aidilfitri
08-13-2010 2,623 Views 0 Replies
Lan kristal dah jadi ayah.
Lan kristal dah jadi ayah.
08-08-2010 1,536 Views 0 Replies
Caya la..gajah blh panjat pokok??
Caya la..gajah blh panjat pokok??
06-15-2012 16,143 Views 21 Replies
Kisah monyet yang menyayat hati
Kisah monyet yang menyayat hati
08-08-2010 1,897 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
08-27-2010, 02:01 PM
Siti, Datuk K Serah Zakat Di Kampung Halaman

24 OGOS 2010: Sempena Ramadan yang mulia ini, ternyata ramai pihak tampil memberi sumbangan, zakat atau menderma. Tidak ketinggalan juga kepada penyanyi tersohor kita, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suami tercintanya Datuk K yang mengambil kesempatan turut menyampaikan zakat kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Alhamdullilah, itulah yang Murai Batu mahu lihat dalam masyarakat kita. Orang yang berkemampuan tidak melupakan tanggungjawab atau kewajipannya untuk membersihkan pendapatan dengan mengeluarkan sejumlah zakat.

Apabila mendapat tahu pasangan ini bekunjung ke Kampung Permatang Pasir, kelmarin, Murai berasa terpanggil untuk meuar-uarkan kepada pihak umum kerana ia dianggap tauladan dan contoh yang baik kepada semua terutamanya rakan-rakan dalam industri hiburan ini. Lagipun, Murai Batu berasa senang hati untuk berkongsi cerita sedemikian di bulan yang indah ini.

Murai Batu dapat tahu, majlis penyerahan zakat itu diadakan di sekitar kampung halaman Datuk K di Tikam Batu, Permatang Pasir. Menurut sumber, majlis itu dihadiri seramai 250 orang yang terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan dan ibu tunggal sekitar kampung berkenaan. Selain wang zakat, mereka turut menerima sumbangan pakaian dan kain pelekat.

Murai Batu sendiri boleh rasakan betapa bersyukurnya Datuk K boleh membantu meringankan beban masyarakat tidak bernasib baik, lebih-lebih di kampung halamannya sendiri.

Difahamkan juga, pasangan bahagian ini akan mengadakan rumah terbuka pada Aidilfitri pertama di perkarangan masjid baru kampung terbabit. Pada awalnya Murai batu juga boleh mengagak mereka akan beraya disana pada tahun ini kerana tahun sudah, Datuk K dan Siti telahpun meraikannya di Kuala Lipis, di kampung Siti.

>> kredit tu murai.com
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Siti Pemergian Sarah Raisuddin buat Dato Seri Siti Nurhaliza Sebak menangis Mr.Pingu 0 1,113 08-11-2021, 04:54 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Nephiaxe bertemu Dato Seri Siti Nurhaliza Mr.Pingu 1 1,551 09-08-2019, 07:46 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Album Terbaru Datuk Siti Nurhaliza: Fragmen Mr.Pingu 0 2,372 06-30-2014, 04:11 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Album Lentera Timur Datuk Siti Nurhaliza dijual di Jepun Mr.Pingu 0 2,474 01-06-2014, 04:18 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza bimbang terkena Penyakit Kanser Rahim dan Kanser Payudara Mr.Pingu 0 2,342 12-05-2012, 12:30 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sekitar Persembahan Datuk Siti Nurhaliza di Pesta Konvokesyen UTM 2012 Mr.Pingu 0 2,791 10-11-2012, 03:30 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Jum Follow Twitter Datuk Siti Nurhaliza Mr.Pingu 0 2,600 10-10-2012, 01:30 PM
Last Post: Mr.Pingu
  2012 Tuah Buat Datuk Siti Nurhaliza - Kehamilan pertama Mr.Pingu 1 6,868 03-30-2012, 02:42 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Penyanyi Philippines , Gary V mahu menumpang populariti Datuk Siti Nurhaliza? Mr.Pingu 0 2,755 10-13-2011, 11:34 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza terbit Realiti TV Tiru Gaya Artis Mr.Pingu 0 2,661 10-01-2011, 01:45 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza berpadu suara dengan Pit Bull, Alicia Keys dan Sean Kingston? Mr.Pingu 0 2,706 09-11-2011, 04:18 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Siti Nurhaliza menyertai Universal Music Malaysia Mr.Pingu 0 2,204 08-18-2011, 10:48 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza beli penthouse Lebih 20 juta! Mr.Pingu 0 2,671 05-25-2011, 08:07 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Doakan Datuk Sit Nurhaliza hamil dan menimang cahaya mata Mr.Pingu 0 4,710 02-09-2011, 08:14 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza, 16 Tahun di industri Seni Tanahair Mr.Pingu 0 2,451 01-19-2011, 02:04 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Happy Birthday ke 32 buat Datuk Siti NUrhaliza Mr.Pingu 0 2,967 01-11-2011, 01:24 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza belum terfikir untuk bersara menyanyi Mr.Pingu 0 1,843 12-13-2010, 08:23 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Props Siti Nurhaliza Kena Curi Mr.Pingu 0 3,877 12-08-2010, 08:23 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sepintas lalu Perjalanan seni datuk Siti Nurhaliza Mr.Pingu 0 3,103 11-09-2010, 01:26 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Rumahtangga Saida ( Kakak Datuk Siti Nurhaliza) Goyah? Mr.Pingu 6 7,410 10-21-2010, 09:11 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-10-2026, 01:00 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend