NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kisah benar mengenai Temuni @ Uri
#1
Salam..

Kali ni nak bercerita sedikit tentang Temuni atau Uri. Sudah menjadi adat melayu bahawa Uri yang dilahirkan bersama bayi akan ditanam dan ditanda. Semasa Mr.PiNGu kecil, Uri adik telah ditanam di bawah rumah dan diletakkan pelita yang menyala. tak tahu kenapa tapi mungkin itu budaya yang diwarisi family dari zaman datuk nenek dahulu.

Dikatakan bahawa Uri ni memiliki misterinya yang tersendiri. Semasa saya kanak-kanak, sudah beberapa kali saya mendengar orang memanggil naam saya tetapi bila dicari tiada sesiapa dirumah. Ibu kata bahawa itu "Kembar" saya yang dilahirkan bersama Uri. saya tidak pasti.

Semasa saya berjalan-jalan menggunakan Pakcik google, terjumpa kisah pasal uri ni. Semoga dapat dikongsikan bersama untuk pengetahuan rakan-rakan.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
Salam semua..

Nak share cite pasal misteri temuni @ uri anak saya..

March 2010, saya selamat melahirkan anak sulung, lelaki...semua dah settle kat hospital, so suami pergi tanam uri baby tu kat belakang rumah parents saya (tanah sikit je, janji tanah gitu)

Lepas dah balik rumah, biasalah, semua jadi pengalaman baru, jaga baby meragam, bangun malam, tak cukup tido etc...then lepas 2 minggu (dah balik kampung), saya perasan baby mengerang kuat sgt waktu malam..mmg scary sbb satu rumah bole dengar, bayangkan pukul 2-3 a.m. rumah dah sunyi tetiba baby bole buat bunyi mengerang (macam org kene ikat nak lepaskan diri)

Satu dua hari family bole terima lagi, tapi dah lama, around 5-6 days setiap malam/subuh dia camtu (susu dah bagi, pampers dah salin, minyak Yu Yee dah sapu, baby tak nangis dan tak bangun pun, tapi tetap bunyi gitu). So saya pun dah risau, ajak MIL pergi berubat, jumpa sorang pakcik ni yg mmg kita percaya & pernah terima rawatan dari dia.

Kaedah dia simple je, biasa pergi rumah dia lepas Asar, tunggu turn. Dia buat pun kat hall je, so kalo ada org lain, mmg semua akan dgr masalah kita la..nasib baik masa pergi tu family kita je. Pakcik tu just tanya apa masalah, then tgk air dlm satu gelas (air kosong je).

Pakcik tu ckp ada masalah dgn uri, katanya uri baby saya tu "padat & ketat sangat", means cara tanam tu dah silap. Cepat cepat tepon suami (dia kat KL), tanya dia pasal tu, and suami pun terkejut sebab mmg betul pakcik tu ckp! Suami tanam uri tu mmg dia tekan tanah tu kuat & padat, tambahan pula, masatu lepas hujan, so tanah tu basah.

Pakcik tu ckp small matter je, suruh suami gali balik uri tu and tanam elok elok, kira gemburkan tanah (macam kita tanam benih pokok la). Katanya uri ni dgn baby masih ada invisible link gitu, sbb uri tu mcm rumah baby dlm rahim, uri tu lah yg jadi lifeline baby selama 9 bulan dlm rahim, salurkan makanan & oxygen gituh..

Lepas dah buat camtu, syukur baby pun dah tak mengerang...mcm tak caya kan? tapi tu lah, kalo benda tak jadi kat kita, mmg tak caya, skali dah kene depan mata baru nak akur..

Sekadar nak share buat pedoman. Tips tanam uri dari pakcik tu:
1) Pilih kawasan yg selesa, selamat & tak jauh sgt dari rumah
2) Cuci uri elok, balut dgn kain (apa apa kain bersih, kain putih ke, kain batik ke)
3) Tanam macam biasa, tak payah terlalu dalam sgt, korang bole agak agak sendiri la..
4) Summary, respect uri & handle with care sebab tulah "rumah" yg jaga baby kita dulu

Sekian.

**SUMBER**
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#3
nak share jugak.. figu ritu bersalin kat hospital ampang
nak tanam uri kat kampung
so sementara tgu figu keluar hospital n balik kampung
asben figu buh uri tu dlm freezer atas alasan xnak uri tu busuk
yela figu bersalin c-zer so lepas 2 hari baru boleh discharge
malam tu bb figu mengigil-gigil mcm kesejukan
esoknya figu bgtau mak.. mak pon keluarkan la uri tu dr freezer
mlm kedua bb ok je..
pelik kan.. wallahua'alam

**SOURCE**
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#4
Daripada brother Ben Ashaari:

Kisah ini baru saja diceritakan oleh adik aku yang baru jer selamat melahirkan anak perempuannya .. Masa lepak lepak tadi , berceritalah adat resam berkenaan nak tanam uri ni .. Macam macam la petuanya .. Aku sendiri pun naik pening ... Upah orang bijak je buat ... Kena bayar RM 20 .. aku malas nak masuk campur ...

Pastu adik aku cerita tentang satu kes ni ... Ada seorang laki ni bawak balik la uri ke rumah dia .. Wife dia baru je melahirkan anak .. Lalu dia simpan uri tu ke dalam peti ais ... Balik anak perempuan dia yang kecik tapi ada akal la ... lalu dia tengok dalam peti ais , ada 'daging' ...dia bersihkan lalu digorengnya ... Ayahnya yang keluar sebentar tadi balik semula ke rumah .. Lalu tengok ada daging goreng .. Dimakannya daging tanpa banyak soal disebabkan kelaparan ...

Esoknya dia teringat pasal daging tu lalu dia tanya pada anaknya ... Mana dapat daging tu ? Dia jawab ... tu amik dalam peti ais .... huhu ....

Jangan muntah ek...citer betul nehh..

**SUMBER**
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#5
Ni Kes berangan nak anaknya jadi pemain bola sepak terkenal!

SUBANG JAYA: Seorang penghuni sebuah pangsapuri di sini terkejut apabila melihat jirannya menanam uri bayinya yang baru lahir bersama sepasang but dan jersi bola. Dia yang tidak menyangka kepercayaan seperti itu masih wujud di kawasan elit seperti Subang Jaya, dengan selamba bertanya: “mikrofon tak nak ke ?” Bagaimanapun, bapa yang memang kaki bola itu hanya tersengih mendengar soalan si jiran.

Daripada kisah ini, apa yang jelas kepercayaan karut seperti menanam uri bersama pen atau buku dengan harapan si anak akan menjadi seorang yang pandai bila besar kelak, masih menebal sedangkan perbuatan itu hanyalah satu kepercayaan.

Bapa yang menanam uri anaknya bersama but dan jersi bola, tentu mahu si anak menjadi seperti David Beckham, sedangkan rasanya bapa Beckham pun tak pernah buat macam tu.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi, Dr Habibah Abd Ghani pula mendedahkan ada ibu bapa Melayu yang menanam uri bersama pensil, paku, jarum, gunting dengan harapan anaknya akan mempunyai kemahiran tertentu apabila dewasa nanti. Malah ada juga yang menanam uri bersama dengan disket dan sebagainya kerana mahu anak mereka menjadi pakar dalam teknologi IT !

“Mungkin ada orang yang lakukannya. Itu semua kerana adat dan budaya turun-temurun. Jika ibu bapa di zaman ini tidak lakukan, pasti akan ditegur oleh orang tua.

“Dalam Islam, tiada adat seperti itu. Kita tanam uri supaya binatang buas tidak boleh menggali dan memakannya. Takkanlah kita mahu buang uri di tong sampah ? Takut perkara lain pula yang timbul seperti merebaknya jangkitan penyakit jika uri itu mempunyai masalah tertentu.

“Bagi saya, secara rasionalnya orang kita menanam uri adalah kerana adat dan oleh itu, hindarilah daripada terus memperkatakan perkara bukan-bukan mengenai uri,”katanya.

Apapun, BACARIA telah menghubungi Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ustaz Aluwi Parman untuk bertanyakan hal itu. Menurut Aluwi, dalam Islam tidak ada nas yang menyuruh menanam uri mengikut cara itu, malah perbuatan itu adalah antara perkara yang boleh menyebabkan khurafat.

“Uri ialah satu benda yang mengiringi bayi. Kita hanya perlu menanamnya. Mungkin bersihkan sedikit, kemudian menanamnya. Tak payah basuh dengan asam garam,” katanya.

Dia yang sedang berada di Tanah Suci Mekah ketika dihubungi, berkata tidak perlu ada upacara menanam uri seperti yang masih dilakukan oleh segelintir masyarakat Melayu.

“Apa yang lebih baik dilakukan oleh si bapa ialah mengazan atau mengiqamat anaknya yang baru lahir seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad (SAW),” katanya lagi.

Bagaimanapun, adat atau kepercayaan ini sukar dihapuskan walaupun negara semakin maju.

“Ada yang masih berkeras mahu memasukkan uri di dalam tempurung kelapa sebelum menanamnya. Ada yang tanam bawah tangga. Saya pun tak tahu tujuannya.

“Selepas menanam uri, ada pula yang menyalakan pelita atau lilin kononnya untuk mengelak bayi mengalami kembung perut. Api itu dikatakan dapat ‘memanaskan’ bayi,” katanya.

Antara upacara karut-marut yang masih dilakukan sewaktu menanam uri ialah:

Cuci uri itu dengan sempurna sehingga tiada bahagian yang tidak dicuci atau darah masih tertinggal. Kemudian rendamkan uri tersebut seketika di dalam air garam jantan (garam kasar). Bersihkan kembali uri tersebut dengan air biasa. Masukkan uri tersebut ke dalam tempurung kelapa yang hampir sempurna. Letakkan pen, buku atau apa-apa barang yang kita mahu anak kita dikaitkan apabila besar. Buku atau pen untuk mendapatkan anak yang pandai atau sekarang mungkin mikrofon kalau ibu bapa mahu anaknya nanti jadi seperti Siti Nurhaliza !

Bungkus tempurung tadi dengan kain putih. Tanam sedalam sekurang-kurangnya sekaki di tempat-tempat yang jarang dipijak. Tanam berdekatan anjung rumah untuk bayi lelaki atau berdekatan dapur untuk bayi perempuan (kononnya nanti pandai memasak). Apabila malam nyalakan unggun api/pelita/lilin atau apa-apa yang seumpamanya di atas permukaan tanah tempat uri tadi ditanam untuk seminggu dua supaya bayi tak kembung perut.

Upacara ini dilakukan kerana kepercayaan bahawa uri ialah kembar bayi dan apa yang kita lakukan terhadap uri boleh mempengaruhi bayi apabila dewasa kelak. Contohnya kalau uri dibuang ke dalam tong sampah, nanti besar anak boleh jadi sampah masyarakat!

**SUMBER**
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#6
memang camni arr.. kalau nak anak selalu balik umah tanam ler uri dekat2 ngan umah... uri adik aku.. bapak tiri aku tanam kat tepi jalan ada tanah skit depan pasar malam... sebab keliling umah takder tanah semua jalan tar + simen...

result nya... hahahahhaa.. jangan terkejut...
isnin : "kakak nak 2hengget nak pi pasar malam"
selasa: "kakak nak 2hengget nak pi pasar malam"
rabu: "kakak nak 2hengget nak pi pasar malam"
khamis: "kakak nak 2hengget nak pi pasar malam"
jumaat: "kakak nak 2hengget nak pi pasar malam"
sabtu : "kakak nak 2hengget nak pi pasar malam" - aku jawab : "hang ingat kakak cop duit ke??"
ahad : "abah nak 2hengget nak pi pasar malam kakak suh minta" - hampeh guna nama aku.. cetan tui...

camtu arr ari2.. pening pala kami 1 family... sekarang adik aku dah darjah 6.. ok skit dah... seminggu mau 3 kali jer pi pasar malam....huhuhuhuhu...

moral of story tanam ler kat depan umah or dekat2 umah jer yek... huhuhuhu...
Segalanya ada disini..
Reply
#7
OMG!@ abesla asik mintak duit je.. haha bankrup la.. hahaa
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#8
aku yang bankrup bukan mak abah aku..caiitt....
Segalanya ada disini..
Reply
#9
sian ko cput.. xpela ko wat2 la sedekah.. kat adik sendiri gak bukan org laen hehee
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#10
sedekah pun agak2 arr.. kalau dah sampai aku bankrup sedekah pe mende agi dah.. wei aku baru dapat bf baru nih..kat2 nak raya... sekali adik aku kikis duit bf baru aku pulak... caiitt... baju raya berhelai dia bodek.. taik minya tui... caiittt.... aku pun takde baju raya tahun nih..
Segalanya ada disini..
Reply
#11
(09-06-2011, 01:58 PM)akuccputsedut Wrote: sedekah pun agak2 arr.. kalau dah sampai aku bankrup sedekah pe mende agi dah.. wei aku baru dapat bf baru nih..kat2 nak raya... sekali adik aku kikis duit bf baru aku pulak... caiitt... baju raya berhelai dia bodek.. taik minya tui... caiittt.... aku pun takde baju raya tahun nih..

sukalah tu dapat BF baru.. mana ko dapat? hahaa.. ala.. xpela biar adik ko yg kikis bukan ko.. hehe suh dia kikis byk sket karang bg share kat ko sket wakakaaa Tongue
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kisah Benar Seram Misteri: Rumah Zaman Silam yang menjelma kembali Mr.Pingu 0 3,805 06-05-2014, 01:45 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Hantu Benar: Penampakan Jelmaan Nenek Tua di Luar Rumah Mr.Pingu 0 3,009 06-04-2014, 03:48 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Benar: Kucing Misteri boleh bercakap Mr.Pingu 22 26,408 03-20-2013, 05:16 PM
Last Post: akuccputsedut
  Mayat Berjalan Pulang.. (kisah benar bergambar) Mr.Pingu 2 7,994 02-25-2012, 01:26 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)