Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ SANTAI › MoMoK v
« Previous 1 2 3 4 Next »

Kisah Benar Seram Misteri: Rumah Zaman Silam yang menjelma kembali

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 1 Vote(s) - 5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kisah Benar Seram Misteri: Rumah Zaman Silam yang menjelma kembali
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,499
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
06-05-2014, 01:45 PM (This post was last modified: 06-05-2014, 01:47 PM by Mr.Pingu.)
Kisah Penampakan Rumah Misteri Zaman Silam


Hai semua! Saya nak bercerita lagi kisah misteri yang benar-benar berlaku yang diceritakan oleh ibu saya sendiri. Kisah ini cukup sukar untuk difikirkan menggunakan akal dan segala aturan alam yang kita ketahui setakat ini. Kisahnya begini:

Dahulunya, keluarga saya tinggal dirumah sewa berhampiran pekan Semerah. Namun, setelah lebih kurang 24 tahun tinggal di rumah itu, keluarga kami telah berpindah ke rumah yang baru di kampung yang sama namun di bahagian dalam, iaitu Semerah Darat. Rumah baru tersebut dibina di atas tanah pusaka arwah Datuk yang diberikan kepada ayah. Tidak silap saya, kami berpindah sekitar tahun 2009.

Nak dipendekkan cerita, masa mula-mula berpindah, ibu saya menceritakan beliau terlihat sebuah rumah yang besar, memiliki atap berwarna merah dan ada dua biji tempayan besar di sebelah rumah tersebut, mungkin dijadikan bekas untuk menyimpan air tadahan hujan. Lokasi rumah tersebut hanya selang sebuah rumah sahaja daripada rumah baru keluarga kami.

Ibu saya memang suka memerhatikan rumah. Beliau rasa rumah tersebut cukup klasik binaannya, besar dan cantik. Ibu saya dapat melihat rumah tersebut melalui tingkap dapur rumah kami. Lokasi rumah besar tersebut agak dalam sedikit, iaitu lebih jauh kedalam berbanding bahagian dapur rumah kami.

Jadinya, ibu tetap dapat memerhatikan rumah tersebut selama beberapa hari sehingga tiba-tiba rumah tersebut ghaib daripada pandangan beberapa hari selepas itu. Ibu saya berasa sangat hairan sekali. Yang kelihatan selepas itu hanyalah kawasan semak samun sahaja. Namun, tiba-tiba, rumah tersebut dapat dilihat semula sebelum ia lenyap semula. Sehingga kini ibu saya memberitahu rumah tersebut tidak lagi kelihatan di lokasinya.

Ibu saya menceritakan perkara ini kepada ayah saya. Beliau memaklumkan bahawa rumah tersebut memang wujud. Perkara ini juga diakui oleh pakcik saya yang tinggal di kawasan ini sejak kecil. Namun, katanya rumah seperti digambarkan oleh ibu saya itu wujud sehingga tahun 70 an sahaja. Kemudian, rumah itu telah dirobohkan kerana tidak ada lagi orang menghuni disitu. Pakcik saya mengakui segala yang diceritakan oleh ibu saya itu memang ada pada rumah tersebut. Baik atap merah, tempayan besar. Namun, misterinya kenapa rumah tersebut dilihat pada zaman ini dan ghaib selepas bebebrapa hari dari pandangan?

Persoalan lain, mengapakah hanya ibu saya boleh melihat sebuah rumah besar yang hanya wujud sehingga tahun 70 an itu? Adakah yang dilihat oleh ibu saya itu ruang dimensi zaman lampau? Ataupun, rumah tersebut telah dibina semula oleh makhluk ghaib? Persoalan ini masih bermain dalam fikiran kami sehingga kini.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Kisah JUlia dan Jimmy
Kisah JUlia dan Jimmy
10-26-2010 1,487 Views 0 Replies
Hantu Pocong
Hantu Pocong
08-09-2010 15,864 Views 13 Replies
Funny: Hantu Karipap
Funny: Hantu Karipap
08-09-2010 3,008 Views 1 Replies
Kisah selipar di Masjid
Kisah selipar di Masjid
06-29-2012 1,678 Views 0 Replies
Wonderful:Criminal minds
Wonderful:Criminal minds
05-28-2011 1,270 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kisah Misteri: Villa Nabila Mr.Pingu 2 5,414 09-09-2019, 10:41 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Hantu Benar: Penampakan Jelmaan Nenek Tua di Luar Rumah Mr.Pingu 0 3,249 06-04-2014, 03:48 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Seram: Hantu Mengekor masuk ke rumah Mr.Pingu 0 5,172 06-02-2014, 03:43 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Benar: Kucing Misteri boleh bercakap Mr.Pingu 22 28,879 03-20-2013, 05:16 PM
Last Post: akuccputsedut
  Kisah Seram Hantu di Kolej Matrikulasi Mr.Pingu 0 16,321 10-14-2012, 11:06 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Seram: Wanita Misteri Berbaju Putih Mr.Pingu 0 3,055 09-26-2012, 04:36 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Hantu menjelma di Pejabat Mr.PiNGu Mr.Pingu 0 2,654 03-22-2012, 04:33 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Mayat Berjalan Pulang.. (kisah benar bergambar) Mr.Pingu 2 8,381 02-25-2012, 01:26 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah benar mengenai Temuni @ Uri Mr.Pingu 10 23,831 09-06-2011, 03:01 PM
Last Post: Mr.Pingu
Bug Peristiwa seram yang pernah anda Alami Mr.Pingu 75 75,099 05-07-2011, 09:16 PM
Last Post: nad_dd257

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-15-2026, 04:43 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend