NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Dafi bakal keluar dengan Album Terbaru 2012
#1
salam..

Haluu haluu haluu uolsss.. Dafi nak kuar album baru la. Katenyer demi mengubat kerinduan peminat-peminatnyer.. Hahaa.. erm.. ada ke yang tertunggu-tunggu Album daripada Dafi ni? Kalau Anuar Zain ke, Datuk Siti ke, Dayang Nurfaizah ke ada gak sensenyer.. hehe. takpelah maybe dafi masih ada ramaii peminat kat luar sana tu yang betul-betul nak dengar nyanyiannya. Mr.PiNGu bersifat neutral je pada Dafi ni. Suara dia biasa-biasa je. Tak baik dan tak buruk. Penampilan dia je nampak menarik sket sebab dia ni ada rupa. Namun, lately nampak makin berisi la. Oklah jom baca komen dafi tentang album terbarunya.
Angel

Quote:From: Budiey.com @Sensasi Selebriti



Dalam keterujaan untuk menghasilkan album terbaru, penyanyi muda Gadaffi Ismail Sabri atau nama pentasnya Dafi lebih terbuka untuk berkerjasama dengan muka-muka baru yang belum pernah berkolaborasi dengannya. Baginya, dia mahu mendapatkan idea-idea baru yang boleh memberikan kelainan dalam albumnya itu nanti. Tambah Dafi, impiannya untuk melahirkan sebuah album demi mengubati rindu peminatnya.

"Saya mahukan yang terbaik. Sebab itu kalau boleh untuk album ini saya mahu bekerjasama dengan mereka yang belum pernah lagi bekerjasama dengan saya. "Bagi saya apabila kita bekerja dengan orang yang belum pernah bekerjasama dengan kita itu akan memberikan suatu kelainan. "Maklumlah kita perlu mengenali diri masing-masing terlebih dahulu dan itu akan membuatkan seseorang itu lebih berhati-hati dalam mencari keserasian untuk melakukan yang terbaik," kata Dafi ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Kelab Peminat Dafi,baru-baru ini.



Bagaimanapun, ujar teraju teater muzikal Kenangan Mengusik Jiwa itu, biarpun mahu mencari muka-muka baru, dia juga berharat untuk muncul dengan mereka yang pernah bekerja dengannya sebelum ini. "Ada beberapa nama yang saya ingin berkolaborasi lagi dengan mereka dan itu semua bergantung kepada persetujuan nanti. "Lagipun kini masih lagi dalam proses untuk mencari material yang menepati cita rasa saya. "Saya mahu material yang akan dimuatkan dalam album itu nanti bertepatan dengan konsep yang saya inginkan.

"Jika semuanya berjalan lancar, kemungkinan hujung tahun ini semuanya akan selesai dan album terbaru saya akan berada di pasaran sekitar awal tahun hadapan," jelasnya. Kata Dafi lagi, dia mengambil masa yang lama untuk menyiapkan album berkenaan adalah demi mencari kelainan dalam memuaskan hati para peminat. "Saya mahukan yang terbaik agar peminat tidak kecewa," ujarnya lagi.



Kesempatan bertemu dengan Dafi tidak dilepaskan Hits untuk bertanya berkenaan dengan cerita Aidilfitrinya. Cerita Dafi, rutin lebaran Aidilfitrinya sedikit berubah sejak ayahnya menjadi salah seorang menteri kabinet. Ujarnya, jika dahulu setiap kali lebaran, dia dan keluarganya akan pulang ke kampung sama seperti kebanyakan insan lain, kini rutin itu sedikit berbeza. "Sejak ayah menjadi menteri, kami sekeluarga akan menyambut hari raya bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terlebih dahulu. "Selepas menunaikan solat Aidilfitri, kami sekeluarga akan terus ke rumah PM dan selepas itu barulah pulang ke kampung untuk berhari raya bersama dengan sanak-saudara.



"Jadinya jadual pulang ke kampung sudah berubah di mana kami pulang ke kampung pada tengah hari1 Syawal. "Seperti tahun ini, selepas pulang dari rumah PM kami sekeluarga terus menuju ke Cheras untuk beraya di rumah nenek sebelah ibu saya,"bicara Dafi berkongsi pengalaman rayanya. Selain itu, jelas Dafi, untuk memeriahkan lagi sambutan lebarannya tahun ini, dia akan mengadakan rumah terbuka pada penghujung Syawal nanti. "Insya-Allah kalau mengikut perancangan rumah terbuka itu adakan 30 September ini, cuma tempatnya masih belum ditentukan. "Dengan mengadakan rumah terbuka seperti yang dirancangkan itu, ia merupakan landasan terbaik untuk saya mendekati para peminat," ujarnya yang akan tampil dengan single terbaru bulan hadapan.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Album Penuh Najwa Latif muncul 2012 Mr.Pingu 0 3,864 12-18-2011, 10:02 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)