NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Walaupon ketagih seks,gadis dipaksa keluarga mengaku dirogol
#1
KUANTAN: Dua pelajar perempuan Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Kemayan, Bera mendakwa menjadi hamba seks dan mangsa rogol teman lelaki masing-masing sejak lebih setahun lalu. Kedua-dua mereka diiringi ahli keluarga masing-masing membuat laporan polis, Jumaat lalu. Difahamkan kedua-dua pelajar perempuan berusia 16 tahun terbabit saling mengenali antara satu sama lain dan tinggal berdekatan dengan rumah teman lelaki mereka.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor, berkata laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, kira-kira jam 7 pagi selepas perkara itu diketahui keluarga masing-masing. Beliau berkata, susulan laporan itu, kedua-dua suspek lelaki masing-masing berusia 20 dan 21 tahun serta tidak bekerja ditahan antara jam 8 dan 9 pagi di rumah mereka.

“Dalam laporan itu, mangsa mendakwa menjadi hamba seks dan dirogol pasangan masing-masing sejak lebih setahun lalu.

“Perubahan pada kelakuan mangsa sejak akhir-akhir ini mengundang curiga keluarga masing-masing dan selepas didesak kedua-duanya mengaku dirogol teman lelaki mereka.

“Berikutan itu keluarga mangsa membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan dua suspek terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Zahid berkata, kedua-dua suspek itu kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Hasil kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat bagi memutuskan sama ada suspek perlu didakwa di mahkamah,” katanya.

Beliau mengingatkan gadis terutama pelajar sekolah supaya lebih berhati-hati dan tidak terjerat dengan masalah sosial.

“Ibu bapa juga perlu mengambil tahu setiap pergerakan anak mereka dan apa yang dilakukan di sekolah atau luar waktu pembelajaran supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya.

KOMEN: remaja sekarang ramai yang sukar dibendung.. ibubapa perlu pantau aktiviti anak2 mereka.. dush_pukul
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Anak gadis 14 tahun hamil dirogol Bapa Tiri Mr.Pingu 0 3,762 08-14-2011, 04:52 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Remaja wanita ketagih seks jadikan tandas awam tempat bermadu asmara Mr.Pingu 1 4,716 04-08-2011, 12:44 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)