Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › KeKeLuaRGaaN v
« Previous 1 2 3 4 5 6 Next »

Jangan Dicemari Ikatan Perkahwinan Kita

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Jangan Dicemari Ikatan Perkahwinan Kita
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-11-2010, 04:00 AM
Tahukah anda ikatan perkahwinan itu boleh dicemari tanpa disedari? Jadi, bagaimana untuk mengelakkannya?

1. Bertambah usia perkahwinan, timbul kecenderungan pasangan suami-isteri untuk mengambil sikap sambil lewa terhadap hubungan mereka. Tiada yang baru atau kejutan kecil yang dilakukan bagi menyegarkan hubungan yang semakin mendatar tapi belum tenat lagi itu. Masing-masing kekal dengan sikap ‘sama-sama tahu’ atau ‘sama-sama boleh terima’ kerana malas untuk memikir dan melakukan sesuatu yang sedikit luar biasa.

Sepatutnya, di saat anda menyedari hal ini, anda harus segera bertindak. Buatlah perkara yang membuatkan pasangan anda tahu betapa anda masih mencintai dan tergila-gila padanya. Buktikan bahawa anda berdua sama-sama menginginkannya, perlu perhatian dan ingin melakukan banyak hal bersama. Cari tempat yang dapat dinikmati bersama, seperti tempat makan atau hiburan. Kalau selama ini melakukan hobi asing-asing, carilah hobi baru yang boleh dilakukan bersama.

2. Bukan saling berdebat itu yang menjadi pencemar tetapi cara berhujah ketika terjadinya perbezaan pendapat. Berhujah itu merupakan hal yang wajar dan penting kerana ia mampu membuat pasangan itu lebih memahami satu sama lain. Lewat berhujah, kita belajar bahawa setiap orang itu mempunyai cara fikiran yang berlainan.

Justeru, sikap saling menghargai menuntut anda bersikap lebih bijak dengan satu sama lain. Sayangnya, kebanyakan perdebatan kecil itu dilakukan dengan cara negatif, seperti saling berteriak dengan tujuan semata-mata untuk menonjolkan ego masing-masing.

Perlu diingat bahawa perselisihan lisan itu bukannya sesuatu yang jelek dalam perkahwinan. Malahan beradu debat dalam perkahwinan itu adalah sihat, bertujuan mencari titik temu dan persefahaman yang boleh menyenangkan kedua-dua pihak. Jadi, anda harus belajar, ketika hendak berhujah, bukakan hati dan fikiran dengan tujuan mencari penyelesaian.

3. Apabila membiarkan konflik itu berterusan tanpa penyelesaian, ia adalah satu tindakan penolakan. Penolakan sedemikian yang seolah-olah buta terhadap hubungan perkahwinan adalah racun yang mengganggu hubungan suami isteri.

Anda seharusnya berusaha mengelak dari menutup diri terhadap apa yang sebenarnya terjadi. Hubungan dalam perkahwinan ada pasang surutnya. Kadang-kadang muncul cabaran atau dugaan yang menyakitkan dan menimbulkan rasa marah. Mengenepikan masalah tersebut sebaliknya boleh membuat masalah itu bertambah besar sehingga hubungan suami isteri benar-benar di hujung tanduk. Ingat bahawa masalah akan selalu muncul, tapi kita harus mencari jalan keluar daripadanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Jangan makan Roti gardenia.. Bahaya
Jangan makan Roti gardenia.. Bahaya
11-24-2011 2,603 Views 0 Replies
jangan makan ketupat dan rendang! illuminati freemason!
jangan makan ketupat dan rendang! illuminati freemason!
11-06-2010 6,409 Views 4 Replies
Punca kanak-kanak 'memberontak'
Punca kanak-kanak 'memberontak'
08-11-2010 2,610 Views 0 Replies
coway
coway
05-19-2019 1,251 Views 2 Replies
kenapa...??!
kenapa...??!
05-06-2011 6,204 Views 13 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 07:10 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend