Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 21 22 23 24 25 ... 40 Next »

Belia Muflis kerana gagal urus kewangan

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Belia Muflis kerana gagal urus kewangan
Mr.Pingu Online
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-17-2011, 11:45 AM
Salam..

Dewasa ini, banyak dikhabarkan bahawa remaja Muflis akibat tidak pandai urus kewangan. Masalahnya, saya sendiri selalu dihubungi oleh orang daripada bank, koperasi dan seumpamanya untuk memberi tawaran meminjamkan wang yang banyak, sedangkan hakikatnya saya tidak memerlukan wang tersebut. Dalam hal ini, saya berpendapat ada remaja yang meminjam wang dalam masa sama mereka sebenarnya tidak begitu memerlukan wang terbabit. Akhirnya mereka terjebak dengan bebanan hutang.

ikuti berita dibawah:

41 belia muflis setiap hari gagal urus kewangan

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan. Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selva Raj berkata, belia merupakan golongan utama menghadapi masalah kewangan dan menjadi muflis berbanding orang dewasa akibat daripada perbelanjaan yang tidak terkawal.

"Antara punca utama adalah kerana urusan sewa beli seperti kereta, rumah dan penggunaan kad kredit.

"Apabila lebih 30 peratus daripada gaji bulanan digunakan untuk membayar hutang, seseorang itu sudah dikira mempunyai masalah kewangan.

"Ini menunjukkan betapa kurangnya kesedaran golongan muda berkaitan pengurusan kewangan mereka dan jika perkara ini dibiarkan, ia akan menjadi lebih teruk," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran program RINGGIT Pertama Saya di sini, hari ini.

Program RINGGIT Pertama Saya adalah kerjasama antara Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna Malaysia (ERA Consumer) dan Citibank Bhd. dalam usaha memupuk kesedaran kanak-kanak berhubung pentingnya pengurusan kewangan.

Program ini melibatkan 400 kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun dari 20 buah tadika di seluruh negara. Paul menambah, FOMCA menggesa kerajaan untuk memasukkan pendidikan pengurusan kewangan di dalam sistem persekolahan untuk memberi ilmu bersesuaian kepada kanak-kanak.

"Kita harus mendidik generasi akan datang mengenai pentingnya pengurusan kewangan dan usaha ini sebaiknya dimulakan dari peringkat sekolah lagi," ujarnya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Gadis tempatan dilarikan warga Indonesia
Gadis tempatan dilarikan warga Indonesia
08-08-2010 1,433 Views 0 Replies
Aksi drift elak dicekup
Aksi drift elak dicekup
08-04-2010 1,724 Views 0 Replies
China overtakes Japan as world's No. 2 economy
China overtakes Japan as world's No. 2 economy
08-19-2010 1,399 Views 0 Replies
Kisah monyet yang menyayat hati
Kisah monyet yang menyayat hati
08-08-2010 1,789 Views 1 Replies
Helo semua
Helo semua
10-21-2012 1,448 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#2
10-17-2011, 08:56 PM
mude2 da muflis.. cmne la kan.. Confused
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Online
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
10-17-2011, 09:20 PM
(10-17-2011, 08:56 PM)nad_dd257 Wrote: mude2 da muflis.. cmne la kan.. Confused

nanti nad dh keje hati2 kalau ada bank call ke jgn layan.. dia akan jerat kamu untuk meminjam.. bank ni sebenarnya sama je macam along.. just berlesen jer >.<Angry

Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 07:58 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend