Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 10 11 12 13 14 ... 40 Next »

Pencuri Kereta semakin bijak guna teknologi!

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Pencuri Kereta semakin bijak guna teknologi!
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
07-27-2012, 05:01 PM
Assalamualaikum.. dan salam sejahtera. tadi terbaca info tentang kecurian kereta yang menggunakan teknik yang lebih baik. Menggunakan teknologi, pencuri tidak lagi perlu bersusah payah untuk membuka kereta yang terkunci tetapi dengan mudah menggunakan alat yang mampu membuka kereta yang dikunci dengan cukup mudah. Nak tahu bagaimana, baca cerita dibawah:


Quote:
AWAS!!! TEKNIK TERBARU CURI KERETA

Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur . Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.

Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.

Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.

Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.

Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.

Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Mangsa bunuh ialah adik V.K. Lingam
Mangsa bunuh ialah adik V.K. Lingam
08-10-2010 1,165 Views 0 Replies
Usia bukan penghalang menjadi perompak!
Usia bukan penghalang menjadi perompak!
08-19-2010 1,081 Views 0 Replies
Barangan Israel di pasaran
Barangan Israel di pasaran
08-08-2010 1,704 Views 0 Replies
salam
salam
12-10-2018 1,575 Views 3 Replies
Selamat Pagi Komuniti gempakZ!
Selamat Pagi Komuniti gempakZ!
04-26-2011 6,009 Views 8 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Rakyat perlu bijak guna hak mereka sebagai pengguna: Ismail Sabri Mr.Pingu 0 1,897 10-29-2011, 08:51 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Beli kereta cash guna wang syiling! Mr.Pingu 0 2,109 10-01-2011, 10:27 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Tarik kereta macam pencuri loritah 0 1,804 09-07-2010, 12:02 AM
Last Post: loritah

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-02-2026, 09:34 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend