11-23-2011, 11:38 PM
Salam..
Nak melahirkan rasa tak puashati ni! Mengapakah dikatakan Anuar zain telah dimalukan di sidang media AIM 2011 yang baru sahaja berlangsung??? tak patut la mereka buat Anuar macam tu. Anuar Zain juga salah seorang pemenang pada malam tersebut. Untuk lebih jelas baca keratan berita dibawah:
Nak melahirkan rasa tak puashati ni! Mengapakah dikatakan Anuar zain telah dimalukan di sidang media AIM 2011 yang baru sahaja berlangsung??? tak patut la mereka buat Anuar macam tu. Anuar Zain juga salah seorang pemenang pada malam tersebut. Untuk lebih jelas baca keratan berita dibawah:
Quote:AIM, Anuar tak dilayan?
ALKISAH, rupanya banyak cerita juga yang tersebar di sebalik tabir Anugerah Industri Muzik (AIM) minggu lepas. Macam-macam yang berlaku, termasuklah 'malang' yang menimpa Anuar Zain. Malang apa tu? Taklah semalang Lebai Malang, tapi kira macam tak manis jugalah apabila Syed dapat tahu bahawa Anuar tak dilayan masa sidang media selepas AIM berlangsung.
Ketika artis lain sudah ada dalam bilik sidang media, Anuar sampai dan dia hanya tercegat di depan muka pintu bilik sidang media berlangsung, langsung tak dijemput masuk ke dalam oleh penganjur. Senyum tawar Anuar di muka pintu langsung tak bersambut dan barangkali tak ada yang mempelawa dia untuk bersama artis-artis lain, Anuar telah angkat kaki, blah terus dari situ.
Betullah tu, daripada terus malu sendiri, baik angkat kaki. Yang menghairankan, punyalah ramai orang dalam bilik tu, kenapa penganjur boleh buat tak endah kepada artis yang sepatutnya ada bersama? Bukankah Anuar pun menang beberapa anugerah juga? Hasil selidikan Syed, macam-macam spekulasi yang timbul, termasuklah ada yang cakap Anuar diboikot dalam diam.
Ada yang lagi jahat mulut cakap yang itu cubaan untuk memalukan penyanyi Lelaki Ini. Ya ampun, macam-macam versi cerita yang Syed dengar. Ada pula yang cerita tentang hubungan keruh antara Anuar dan Edry. Betul ke? Kata mereka ada perselisihan faham antara Anuar dan Edry berhubung dengan kes lagu Sedetik Lebih.
Sampaikan masa lagu tu diumumkan, masing-masing macam tak mahu naik pentas untuk ambil trofi. Anuar suruh Edry, Edry suruh Anuar, macam tolak-menolak, tak sudi ambil trofi. Masa tu juga ramai duduk berdekatan dengan mereka nampak apa yang berlaku. Bila Syed risik-risik apa yang dah jadi, dengar khabarnya memang Anuar tidak mahu menyanyikan lagu itu untuk sebarang pertandingan memandangkan tidak ada perjanjian hitam putih untuk dia berbuat demikian.
Mungkin dalam kontrak tidak ada menyatakan yang Anuar kena bertanding, sebab itu untuk rancangan Muzik-Muzik tak lama lagi pun, Anuar tak akan muncul di pentas. Tempat Anuar akan digantikan dengan artis lain bagi menyampaikan lagu Sedetik Lebih dalam rancangan berkenaan dan ia telah dipersetujui Edry sendiri. Berbalik kepada kes di AIM, Syed rasa pihak penganjur perlu memberi penjelasan supaya tidak ada hati yang terus terluka.
http://www.utusan.com.my

