Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 10 11 12 13 14 ... 24 Next »

Royalti Anuar Zain: Syncrosound perlu bayar RM18,859.38

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Royalti Anuar Zain: Syncrosound perlu bayar RM18,859.38
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-07-2012, 05:22 AM
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan syarikat rakaman, Syncrosound Records Label Music Sdn Bhd membayar royalti sebanyak RM18,859.38 kepada penyanyi Anuar Zain.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nurul Nadzia Abdul Aziz membuat keputusan itu di dalam kamarnya. Hari ini ditetapkan untuk keputusan taksiran jumlah royalti yang perlu dibayar syarikat rakaman itu kepada penyanyi itu bagi penjualan dua albumnya.

Peguam yang mewakili Anuar, Aizul Rohan Anuar hadir di mahkamah. Bagaimanapun, Anuar dan wakil daripada Syncrosound Records Label Music Sdn Bhd tidak hadir. Dalam penghakimannya, Nurul Nadzia berkata jumlah royalti sebanyak RM18,859.38 itu dikira daripada jumlah album yang dijual dari unit 15,000 sehingga unit terakhir yang dijual dan bukannya dikira dari unit pertama penjualan album itu.

"Mahkamah mengguna pakai perkiraan royalti yang dibayar kepada plaintif (Anuar) dalam mengira royalti yang perlu dibayar dan setelah meneliti perkiraan itu, mahkamah mendapati bahawa royalti sebanyak 10 peratus hanya akan dibayar bagi unit yang terjual dari 15,000 ke 29,999," katanya.

Selain itu, mahkamah juga mendapati dalam perkiraan royalti itu, tiada apa-apa rujukan dibuat terhadap penolakan kos produksi dan perbelanjaan yang dibuat oleh syarikat rakaman itu.

Nurul Nadzia berkata dalam memutuskan jumlah royalti itu, mahkamah tidak mengambil kira hujahan defendan (Syncrosound) bahawa kos produksi dan perbelanjaan adalah lebih tinggi daripada royalti yang telah dibayar kepada Anuar, kerana tiada keterangan yang diberikan oleh defendan bagi menyokong kenyataan itu.

Sementara itu, Aizul Rohan ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata beliau tidak menolak kemungkinan Anuar akan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini.

"Saya akan berbincang dengan Anuar mengenai perkara ini dan sekiranya kedua-dua pihak, sama ada Anuar atau Syncrosound tidak bersetuju dengan keputusan ini (jumlah royalti), mereka ada hak untuk membuat rayuan," katanya.

Pada 14 Mei 2010, Anuar menang kes saman tuntutan balasnya terhadap Syncrosound Records. Mahkamah Tinggi kemudian memerintahkan syarikat rakaman itu membayar royalti kepada Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Annuar Zain, 42, hasil jualan dua albumnya.

Syarikat rakaman itu memfailkan satu saman terhadap penyanyi itu pada 21 April 2006, atas dakwaan melanggar perjanjian kontrak kerana tidak merakamkan tiga lagi album dengan syarikat itu. Kes itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 2007.

Susulan itu, Anuar pada 20 Jun 2006 memfailkan saman balas terhadap Syncrosound dan memohon diberikan butiran atau penyata penjualan kesemua album yang diterbitkan oleh Syncrosound selain bayaran royalti yang diperuntukkan dalam perjanjian
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Aizat Nafi Mula Bersikap Demand
Aizat Nafi Mula Bersikap Demand
08-06-2010 1,453 Views 0 Replies
Tasha berputih mata apabila album sulung yang sudah siap 8 lagu sekadar berkubur
Tasha berputih mata apabila album sulung yang sudah siap 8 lagu sekadar berkubur
09-06-2010 1,554 Views 0 Replies
Bagaimana nak mencari insan terbaik yang perlu kita sayangi?
Bagaimana nak mencari insan terbaik yang perlu kita sayangi?
10-26-2010 2,059 Views 0 Replies
salam perkenalan..saya owner riana.my
salam perkenalan..saya owner riana.my
06-19-2013 3,103 Views 1 Replies
AWAS!: APlikasi ON blah blah and SEND to XXXXX
AWAS!: APlikasi ON blah blah and SEND to XXXXX
01-09-2011 3,933 Views 6 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Anuar Zain menikmati masakan Pak Nil (Datuk Aznil Hj Nawawi?) Mr.Pingu 0 827 08-10-2021, 12:49 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Bual Santai Gegar Bersama Anuar Zain (Artis Kelas Tinggi) Mr.Pingu 0 909 09-13-2020, 03:51 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Anuar Zain buat aksi comel Mr.Pingu 0 2,095 11-01-2013, 02:20 PM
Last Post: Mr.Pingu
  info: Persembahan Anuar Zain di Pesta KOnvokesyen UTM ke-51 2013 Mr.Pingu 0 2,022 10-31-2013, 03:51 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Konsert 3 Dekad Anuar Zain meriah berlangsung Mr.Pingu 52 54,879 02-24-2013, 09:26 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Anuar Zain 2012 selepas melalui rawatan wajah Mr.Pingu 0 3,391 04-10-2012, 12:46 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Suka Duka Anuar Zain sebagai Penyanyi popular Mr.Pingu 3 4,817 02-22-2012, 12:39 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Anuar Zain dimalukan di AIM 2011 Mr.Pingu 0 2,978 11-23-2011, 11:38 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sedetik Lebih tanpa Anuar Zain Muzik muzik 2011 Mr.Pingu 0 3,505 11-11-2011, 10:37 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Kesendirian Anuar Zain pada usia 40 tahun Mr.Pingu 0 2,594 01-27-2011, 03:09 PM
Last Post: Mr.Pingu
  RM 150,000 Kos pembikinin Album Terbaru Anuar Zain Mr.Pingu 0 3,294 09-21-2010, 04:37 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-10-2026, 01:00 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend