Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › KePeNGGuNaaN v
1 2 Next »

Burger Ramly tidak halal! -> Satu Fitnah

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Burger Ramly tidak halal! -> Satu Fitnah
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
12-01-2011, 01:53 PM (This post was last modified: 12-01-2011, 08:13 PM by Mr.Pingu.)
Salam..

Pertama kalinya saya nak mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada saudari Siti Hayu atas maklum balas beliau berhubung isu ini. Beliau memaklumkan bahawa produk Ramly Burger dipantau dengan ketat terutamanya oleh pihak Jakim. Jadi, pendedahan yang disebarkan sebelum ini merupakan salah satu bentuk fitnah. Saya sebagai salah seorang yang membaca dan mempersoalkan isu ini memohon maaf kepada Syarikat Ramly atas perkara ini.

Saya berharap pengguna atau sesiapa sahaja bertindak dengan rasional dengan tidak menyebarkan fitnah-fitnah seperti ini kerana akan menyebabkan masyarakat keliru dan marah. Maka saya minta segala tuduhan disiasat dengan teliti sebelum disebarkan supaya tidak membuatkan pihak lain menjadi mangsa.

Disini saya Quote semula ulasan saya berhubung emel dan juga blog yang saya baca.

Actually masih lagi terkejut dengan pendedahan ini. saya diberi link dalam satu emel pejabat saya tentang pendedahan mengejutkan ini. saya dah baca dalam blog sedekasejahtera berhubung perkara diatas. Siap beliau sertakan gambar-gambar terlibat sebagai bukti.

Serius kalau nak kata saya ni salah seorang peminat ramly burger sejak kecil. Just sekarang saya dah tak makan burger-burger ni sangat sebab dah ada Mac Donald. But kalau benarlah Ramly Burger menggunakan DNA babi dalam resepinya, maka ia tidak boleh dimaafkan.

Ramly merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh orang melayu dan berjaya menjadi salah satu syarikat yang sangat berjaya. Jika syarikat Melayu islam sendiri gagal memperjuangkan produk halal, Justeru, kepada sapa lagikah kita mahu berharap?

status halal merupakan satu status yang sangat penting. Islam mewajibkan umatnya memakan hanya makanan yang halal. Makanan yang tidak halal hanya akan membentuk diri bersifat tidak baik kerana darah daging kita daripada sumber yang tidak diredai oleh Allah. Bayangkan betapa murkanya Tuhan kita jika kita terus menerus mengambil makanan yang tidak halal.

Kesimpulannya, pengusaha makanan perlulah peka dalam menentukan kebersihan produk yang mereka hasilkan kerana mendapatkan produk yang halal dan bersih adalah salah satu keutamaan dalam agama Islam.

Sekian sahaja

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salah satu jawapan daripada Pihak Berwajib yang terlibat:

Kepada

YANG BERKENAAN

PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim).

Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM).

Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech).

Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada).

Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.

Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini.

Sila ambil perhatian tegas mengenainya.

Yang benar,

DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI

Pengarah Urusan

Kumpulan Syarikat Ramly
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Daging Mc Donald Tidak Halal – JAKIM **Penting!!!
Daging Mc Donald Tidak Halal – JAKIM **Penting!!!
08-17-2010 2,389 Views 1 Replies
Hattan DiFitnah Bercerai Talak 3 dengan Farah
Hattan DiFitnah Bercerai Talak 3 dengan Farah
12-04-2011 2,043 Views 0 Replies
AWAS! Pangillan Palsu bagi menjerat pemegang Kad Kredit
AWAS! Pangillan Palsu bagi menjerat pemegang Kad Kredit
05-26-2011 5,727 Views 2 Replies
Kisah monyet yang menyayat hati
Kisah monyet yang menyayat hati
08-08-2010 1,849 Views 1 Replies
business talk
business talk
06-20-2022 4,752 Views 14 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kisah Ramly Burger ada DNA Babi: Aku termakan Fitnah Mr.Pingu 3 4,766 12-20-2025, 12:30 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Daging Mc Donald Tidak Halal – JAKIM **Penting!!! Mr.Pingu 1 2,389 08-21-2010, 12:11 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-12-2026, 09:21 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend