Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › TaNi v
« Previous 1 2 3

Buah Dokong

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Buah Dokong
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-11-2010, 07:08 PM (This post was last modified: 05-10-2016, 11:14 AM by Mr.Pingu.)

KETERANGAN AM
Nama Biasa : Dokong
Nama Saintifik : Lansium Domesticum Corr.
Keluarga : Meliaceae

Asal :
Dokong merupakan satu daripada beberapa genus Lansium yang mempunyai nilai ekonomik seperti langsat, duku ( Johor ) dan duku langsat ( Terengganu ). Dokong dikenali sebagai longkong di Thailand dan dipercayai berasal dari Narathiwat Thailand.

Kawasan Utama Tanaman :
Negeri-negeri utama penanaman dokong di Malaysia adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Kedah.

Kegunaan :
Dokong merupakan buah yang sangat baik untuk dimakan segar dan mempunyai permintaan yang tinggi. Buahnya juga boleh dibuat jem.

Kandungan Zat Makanan :
Kandungan          Unit/100 g bybm
Tenaga             57 calories
Kabohidrat               15.2 g
Kalsium             19.0 mg
Kalium             25.5 mg
Zat Besi             1.1 mg
Vitamin B1             0.07 mg
Vitamin B2             0.04 mg
Vitamin C             3.0 mg
Lemak             0.2 mg
Protin             0.9 mg
Niasin             1.0 mg
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Tanaman Yang Sesuai?
Tanaman Yang Sesuai?
06-04-2018 9,256 Views 17 Replies
Penanaman anggur Malaysia
Penanaman anggur Malaysia
11-10-2010 9,321 Views 4 Replies
Imej menakutkan di sebuah gua di utara Malaysia
Imej menakutkan di sebuah gua di utara Malaysia
11-06-2010 6,139 Views 7 Replies
Cincin..menarik dan pelik..
Cincin..menarik dan pelik..
04-17-2012 1,679 Views 1 Replies
peti apa yang muat banyak barang?
peti apa yang muat banyak barang?
07-27-2022 5,261 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
08-11-2010, 07:10 PM
TANAMAN BOTANIA

Pokok :
Pokok dokong adalah sederhana besar, kanopi berbentuk ovate hingga lanceolate dengan ketinggian antara 6 m hingga 9 m. Batang pokok adalah lurus dan kulitnnya berwarna coklat kehijauan

Daun :
Daunnya jenis pinat dan mempunyai 7–9 helai anak daun yang tersusun berselang-seli dan berbentuk eliptik atau obovat, sementara anak daun dipangkal berbentuk ovat. Permukaan atas daun berwarna hijau tua, licin, bersinar, dan berombak sedikit. Ciri-ciri ini merupakan ciri dokong yang membezakan nya dari Lansium yang lain.

Bunga :
Bunga tersusun dalam satu jambak berbentuk spika pada dahan dan di antara 1-8 jambak bunga keluar pada satu-satu tampok pembungaan pada dahan tersebut. Panjang spika ialah 15 – 20 cm dan bilangan bunga hermofrodit pada satu spika ialah di antara 20 – 50 kuntum berukuran 0.5 – 0.7 cm panjang dan juga 0.5 – 0.7 cm lebar.

Buah :
Buah dokong tersusun padat sehingga 40 biji dalam satu tangkai. Buah berwarna kuning keperangan apabila masak, berbentuk bulat hingga obovat berukuran 3 – 4.7 cm lebar dan 3.5 – 5 cm panjang. Sebiji buah biasanya terdapat 5 ulas isi yang pejal dan rasanya manis dengan kandungan gula di antara 15 – 22 % brix.

Biji :
Biji yang besar terdapat dalam semua buah bersaiz besar. Biji berbentuk bujur, mempunyai 1- 5 embrio dan boleh mengeluarkan 1- 5 anak pokok.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
08-11-2010, 07:11 PM
KEPERLUAN TANAMAN

Cuaca :
Tanaman dokong sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai hujan di antara 2000 mm – 3000 mm setahun dan suhu di antara 25 – 35 C. Mempunyai musim kering di antara 3 – 4 minggu untuk menggalakan proses pembungaan.

Tanah :
Tanaman dokong boleh hidup dengan baik di tanah lanar sungai dan tanah lom berpasir.yang mempunyai saliran yang baik. Kawasan tanah yang sesuai adalah siri Penambang, Tok Yong, Chempaka dan Telemong. Tanah pendalaman seperti siri Bongor, Chat, Serdang dan Rengam yang beralun di antara 2 – 20 C juga sesuai untuk penanaman dokong.

Zon Agro-iklim :
Kawasan atau zon yang mempunyai musim kemarau yang pendek tapi nyata di antara 3 – 4 minggu adalah sesuai untuk penanaman dokong.

AMALAN KULTUR

Bahan Tanaman :
Buat masa sekarang, sebahagian besar daripada bahan tanaman dibiakkan melalui bijibenih walaupun ada yang dibiak secara tampang.

Jarak Tanaman :
Lubang berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m digali dan dibiarkan selama 2 – 4 minggu. Sebanyak 5 – 10 kg bahan organik berserta 200 g CIRP dimasukkan kedalam lubang tanaman dan digaul rata. Anak pokok ditanam di tengah lubang, ditimbus dan dipadatkan pada pangkalnya.

Keperluan Naungan:
Pada peringkat permulaan, pokok dokong memerlukan naungan di antara 40 – 60 %. Beberapa jenis pokok seperti Gliricidia, petai dan pisang boleh digunakan sebagai naungan. Pokok naungan ini perlu ditanam sekurang-kurangnya enam bulan lebih awal daripada pokok dokong.

Pemangkasan :
Pemangkasan yang betul adalah penting bagi membentuk pokok dokong yang dapat mengeluarkan hasil awal dan seterusnya tinggi. Sistem pemangkasan yang terlibat adalah seperti berikut :
i) Cantasan bagi membentuk batang utama.
ii) Membentuk cabang seawal yang boleh bagi menggalakkan penghasilan awal.
iii)Cantasan pengurusan bagi mengekalkan pokok sentiasa subur dan produktif.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 04:48 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend