NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ana Rafali Bertudung bermula Maulidur Rasul
#1
Oleh Hanisah Selamat
nisa@bharian.com.my
2012/02/07

PENYANYI yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 25 Februari ini, Ana Raffali, mengambil keberkatan Maulidur Rasul apabila mula mengenakan hijab serentak kehadiran hari besar junjungan Nabi Muhammad.

Menegaskan keputusan diambil bukan atas dorongan atau desakan sesiapa termasuk bakal suami, Aznaim Abdullah, 30, Ana atau nama sebenar Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, berkata, keinginan itu lahir atas ketulusan hati sendiri.

Tambahnya, tiada sebarang persoalan pun bermain dalam fikiran sebaik bertudung malah bersyukur keinginan itu diperkuatkan lagi dengan sokongan insan terdekat, terutama keluarganya.

“Sama ada mummy, adik-beradik, keluarga bakal mentua mahu pun Naim, masing-masing tidak terkejut apabila sejak kelmarin saya sudah mula keluar memakai tudung termasuk ketika bertemu dengan bekas pensyarah saya untuk memberikan kad undangan perkahwinan.

“Sebenarnya hasrat itu sudah lama saya kongsi dengan mummy. Jadi, dia pun tumpang gembira dengan perubahan ini, begitu juga insan terdekat yang lain,” katanya yang kini sibuk dengan persiapan hari bersejarahnya.

Sudah mula mengumpul koleksi tudung sejak dulu, katanya, setiap insan pasti melalui fasa peralihan untuk menjadi yang lebih baik. Malah dia bersyukur apabila keinginan untuk berhijrah dirasai lebih awal.

Adakah perubahan ini juga disebabkan status bakal bapa mentuanya yang terkenal antara jurunikah popular di Selangor? Tambahnya, jika penghijrahan ini ke arah kebaikan, seseorang insan tidak perlu punya sebab untuk berubah.

Tambah penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku itu, paling penting ialah ketulusan yang lahir dari dalam diri kerana apabila seseorang melakukan sesuatu tanpa rasa ikhlas, ia hanya akan terhenti di pertengahan jalan.

“Ya, saya semakin tenang kini. Tumpuan saya buat masa ini hanyalah kepada urusan majlis pernikahan dan kenduri kesyukuran yang hanya tinggal dua minggu lagi. Berdebar untuk melangkah ke fasa baru sebagai isteri orang, namun saya sudah bersedia menggalas tanggungjawab itu.

“Dari segi persiapan, segala-galanya sudah dibantu keluarga dan rakan terdekat kami. Cuma saya sendiri mahu menggubah sendiri hantaran perkahwinan kerana ia sesuatu yang cukup sentimental,” katanya yang turut menghasilkan klip video berkisar percintaan dirinya dan Naim, jurugambar bebas.

Pasangan yang mengambil keputusan untuk tidak bersanding, sebaliknya hanya mengutamakan perkara wajib iaitu bernikah akan diraikan 1,000 tetamu pada majlis yang diadakan di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati pada 25 Februari ini, dengan dimulakan acara pertunangan kira-kira jam 10.30 pagi disusuli akad nikah sejam kemudian.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)