Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › ReSePi v
« Previous 1 2 3 4 5

Kuih Koci

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kuih Koci
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-12-2010, 06:44 AM


Kuih koci merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Di Malaysia ia popular terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih koci merupakan sejenis kuih bertepung dan mempunyai inti kelapa manis bercampur nisan. Ia kemudiannya disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan. Kuih koci ini agak lembut dan dibuat nyanyian "Ada sejenis kuih tiga segi.... Di luar tepung di dalamnya inti... Makanan orang tiada bergigi.

Bahan-bahan ( 20 biji )

Untuk Pastri
150gm tepung pulut
150gm labu
Untuk Dadih
3 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung beras
Sedikit garam

Untuk inti
1 biji kelapa parut (kelapa yang agak muda - guna yang putihnya sahaja)
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
1/2 cawan kacang hijau (direbus - ni optional kalau x suka x payah letak)
Daun pisang untuk membungkus

Cara-cara

1) Daun pisang - lap bersih. Potong anggaran 4" x 4". Selepas potong salai daun pisang.

2) Untuk pastri - bersihkan labu. Rebus labu sehingga empuk. Kemudian lenyekkan labu dan uli dengan tepung pulut (macam buat kuih koci biasa)

3) Untuk inti - Didih gula merah dengan sedikit air. Tapiskan gula merah. Dalam periuk masukkan gula merah, gula pasir, kelapa parut dan masak sehingga sebati. Sebelum padamkan api, masukkan kacang hijau yang telah direbus dan kacau lagi. Inti siap.

4) Biasanye kak ogy akan biar inti sejuk kemudian bulat2kan inti kecil2. Anggaran duit 20 sen supaya mudah untuk diletakkan atas pastri dan bungkus pastri.

5) Untuk dadih - masukkan santan, tepung beras dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih. Kemudian letak dadih dalam bekas besar.

6) Jerangkan air dalam periuk hingga mendidih. Ambil sedikit pastri, leperkan, letakkan inti kelapa dan bulatkan pastri. Kemudian masukkan kuih kedalam air mendidih dan rebus sehingga timbul (macam buat kuih buah melaka). Angkat kuih dan masukkan kedalam dadih. Buat sehingga habis.

7) Dah siap rebus kuih, gunakan sudu ambil sebiji kuih dan sedikit dadih dan bungkus kuih koci labu sehingga habis.

8) Dadih jangan masak terlalu pekat. Kalau terpekat tambahkan dengan sedikit air panas dan kacau. Gambar yang kak ogy tempelkan dadihnyer terpekat sbb buat banyak orang order untuk kenduri 500 biji. Berpinau mata membuatnya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Laksa Johor vs Laksa Utara
Laksa Johor vs Laksa Utara
05-19-2021 866 Views 0 Replies
Nasi ayam penyet
Nasi ayam penyet
05-25-2011 15,243 Views 16 Replies
Tart Nenas
Tart Nenas
08-12-2010 2,446 Views 0 Replies
salam perkenalan
salam perkenalan
04-01-2012 2,875 Views 1 Replies
Anda ada Hobi tak?
Anda ada Hobi tak?
08-17-2010 4,106 Views 5 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 11:58 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend