Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 9 10 11 12 13 ... 24 Next »

Shah Jazle & Miera Leyana putus Cinta

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Shah Jazle & Miera Leyana putus Cinta
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-20-2012, 12:21 PM
KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana bertekad untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya Shahrizal Jaszle kerana tidak lagi mempercayai kata-kata lelaki tersebut yang telah mengaku curang di hadapan keluarga masing-masing. Miera berkata, hubungan mereka secara rasmi berakhir pada pertengahan selepas dia beberapa kali memberi peluang kepada Shahrizal untuk berubah.

"Selepas dia pulang dari penggambaran drama di Australia pada pertengahan Januari lalu, kami telah membawa ibu masing-masing, pengurus peribadinya dan individu yang dikaitkan ada hubungan dengannya untuk membuat pengakuan di depan saya.

"Kemudian setelah beberapa kali didesak, barulah kedua-dua mereka mengaku ada menjalinkan hubungan. Jadi, saya terus nekad untuk memutuskan hubungan yang baru berusia lima bulan ini.

"Sudahlah sebelum ini dia beberapa kali 'terkantoi' tapi saya tetap memberi peluang kepadanya. Bagaimanapun, tidak buat kali ini," katanya.



Hubungan cinta Miera dan Shahrizal bermula apabila mereka sama-sama berlakon dalam filem Rentaz arahan Mamat Khalid. Tambah Miera, sejak pengakuan curang itu dibuat, Shahrizal sering memujuknya agar untuk berbaik namun, dek kerana hati masih terluka, Miera tidak boleh menerimanya.

"Bukan senang untuk kita kembali kepada pasangan yang telah berlaku curang kerana agak sukar untuk menaruh kepercayaan terhadapnya lagi.

"Memang dia menunjukkan kesungguhannya kerana setiap hari menghantar mesej dengan saya dan memujuk untuk kembali bersama tetapi hati saya masih lagi terluka," ujarnya sebak.

Ketika ditanya adakah dia memberikan peluang kedua kepada aktor kacak itu, Miera berkata dia masih mengharapkan agar percintaan mereka kembali berputik tetapi jika Shahrizal sanggup berubah.

"Tipulah kalau saya sudah tidak sayangkan dia lagi. Tetapi buat masa ini, apa yang telah berlaku ini benar-benar mengecewakan saya," tegasnya.

Miera berkata pada waktu ini, dia lebih selesa bersendiri dan berserah kepada Tuhan dalam menentukan perjalanan hubungan cinta mereka. Dalam pada itu, Miera yang baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri sebanyak 13 episod, Mulanya Di Sini ini, bakal terlibat dalam filem terbaru Mamat Khalid pula berjudul Amir dan Lokman Ke Laut.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
25,000 saksi konsert kemuncak
25,000 saksi konsert kemuncak
08-22-2010 1,540 Views 0 Replies
Pulau Pinang anjur Konsert Siti Nurhaliza percuma sempena Hari Malaysia
Pulau Pinang anjur Konsert Siti Nurhaliza percuma sempena Hari Malaysia
09-07-2010 1,879 Views 0 Replies
Manisnya Siti Nurhaliza Bertudung Penuh
Manisnya Siti Nurhaliza Bertudung Penuh
08-27-2010 3,177 Views 0 Replies
Do u like to blog/tweet via phone/laptop?
Do u like to blog/tweet via phone/laptop?
10-21-2012 4,930 Views 7 Replies
salam perkenalan
salam perkenalan
10-25-2012 3,035 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Skandal: Mamat Sepah Fida Adda putus Cinta Mr.Pingu 3 4,601 10-23-2011, 11:48 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 07:20 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend