Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 9 10 11 12 13 ... 24 Next »

Kahwin bukan mudah - Iqram

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kahwin bukan mudah - Iqram
Mr.Pingu Online
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-24-2012, 01:47 AM


INGAT senang ke nak kahwin," itu jawapan spontan Iqram Dinzly, 31, sewaktu ditanya mengenai isu berkaitan dengan menamatkan zaman bujangnya.

Rasanya sudah ramai mengetahui hubungan baik yang terjalin diantara Iqram dengan pelakon wanita cantik, Fouziah Gous. Pun sampai kini, Iqram tidak mahu memberi apa-apa komen mengenai hubungan baiknya dengan Fouziah kerana takut disalah anggap sesetengah pihak.

Bagi kami di Hits juga, sebenarnya sudah agak jemu untuk mencari kepastian cinta mereka. Simpanlah, selagi masih boleh disimpan. Jadi, lebih baik kami memberi tumpuan kepada cerita yang kononnya Ikram akan meninggalkan dunia seni buat selama-lamanya tidak lama lagi.

Khabar itu tercetus apabila sebelum ini Ikram membuat kenyataan kepada media bahawa tidak akan bersara daripada dunia lakonan. Ditanya akan hal itu, Iqram tidak menafikan pernah berniat untuk meninggalkan dunia seni.

"Memang benar saya ada menyuarakan keinginan untuk bersara dari dunia lakonan. Bagaimanapun tak jadi dan saya fikir ada hikmahnya untuk terus di sini," katanya.

Menurut Iqram ini merupakan kali kedua dia terfikir untuk meninggalkan dunia lakonan. Pertamanya adalah sewaktu pulang dari mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah pada tahun 2006.

"Dan kali keduanya pula apabila saya berada di Turki baru-baru ini.

"Namun mengenang kembali pesanan arwah kakak saya tentang perjuangan yang saya harus teruskan demi keluarga tercinta, saya yakin dunia lakonan akan terus menjadi periuk nasi dan sumber rezeki kami," jelasnya.

Ditanya antara perubahan yang berlaku ke atas dirinya kini, menurut Iqram peningkatan umur banyak memberi laluan buat dirinya kini untuk berfikir dengan cara lebih dewasa. Malah secara terang Iqram mengakui dia kini sedang berusaha mendekatkan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan keagamaan.

"Saya kini banyak membaca buku-buku keagamaan di dalam memantapkan jiwa.

"Semoga dengan segala usaha ini dapat mendekatkan diri saya ke arah kebaikkan," katanya yang kini sedang popular menerusi drama bersiri Vanilla Coklat lakonannya dengan pendatang baru Izara Aishah.

Sementara itu Iqram kini menjadi duta produk baru Ayamazz RotiImpit di bawah syarikat Ayamazz Sdn. Bhd. Menurut Iqram perlantikkannya sebagai duta Ayamazz RotiImpit sedikit sebanyak membuka peluang buat dirinya untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan kelak.

"Saya sebenarnya ada terfikir untuk membuka sebuah perniagaan yang akan diusahakan bersama rakan-rakan.

"Dan bila dilantik menjadi duta kepada produk ini saya dapat rasakan ia bakal membuka jalan yang lebih mudah untuk saya bergelar usahawan pada masa depan," katanya
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Ziana Celup berlakon cerita duyong?
Ziana Celup berlakon cerita duyong?
08-08-2010 4,324 Views 2 Replies
Pulau Pinang anjur Konsert Siti Nurhaliza percuma sempena Hari Malaysia
Pulau Pinang anjur Konsert Siti Nurhaliza percuma sempena Hari Malaysia
09-07-2010 1,887 Views 0 Replies
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
09-02-2010 2,678 Views 0 Replies
peti apa yang muat banyak barang?
peti apa yang muat banyak barang?
07-27-2022 5,264 Views 1 Replies
Facebook ditutup: Kenyatan balas
Facebook ditutup: Kenyatan balas
01-09-2011 6,060 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Iqram Dinzly: Saya Nak Kahwin, Nak Anak! mawar_hijau 0 2,109 08-19-2010, 04:08 PM
Last Post: mawar_hijau

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 12:15 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend