Keunikan Lisa di mata Yusry
SEBELUM ini pernah timbul spekulasi bahawa pasangan popular Lisa Surihani dan Yusry bakal mendirikan rumah tangga pada tahun 2012, sehinggakan pihak KRU Studio terpaksa membuat kenyataan akhbar untuk menafikan perkara tersebut.
Kini spekulasi berkenaan akhirnya menjadi kenyataan setelah Lisa sah menjadi isteri kepada Yusry selepas diinikah dan diwalikan abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya kelmarin.
Pada upacara akad nikah, Lisa yang kelihatan anggun dengan busana baju kurung moden rekaan Cosry berwarna putih menerima tujuh dulang hantaran iaitu tepak sirih, cincin, wang hantaran, kelengkapan sembahyang, manisan, kek dan seutas rantai platinum sebagai mas kahwin.
Pengantin lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran seperti tepak sirih, cincin, kelengkapan sembahyang, kelengkapan lelaki, keyboard, koleksi lagu kumpulan The Beatles, bunga rampai, kek dan coklat. Pada satu sidang akhbar sebaik sahaja selesai upacara pernikahan, Yusry meluahkan rasa leganya apabila majlis tersebut berjalan dengan lancar dan dia selamat bergelar suami kepada Lisa.
"Pasti ramai tetamu yang melihat saya cukup tenang semasa upacara akad nikah berlangsung. Hakikatnya, saya tetap rasa cukup gementar dan perasaan tersebut harus saya ketepikan supaya menjadi lebih tenang.
"Apa pun saya sangat gembira dan bersyukur apabila impian untuk mendirikan rumah tangga telah termakbul dan sekarang Lisa sudah menjadi isteri saya yang sah dan saya berharap hubungan ini akan berkekalan sampai bila-bila," ujar Yusry yang segak mengenakan baju Melayu moden berwarna putih pada majlis tersebut.
Ketika ditanya tentang keistimewaan yang dimiliki oleh Lisa, pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa itu menjelaskan isterinya itu telah membuka semula pintu hatinya untuk menerima kehadiran seseorang sebagai teman hidup. Menurut Yusry lagi, sudah agak lama dia tidak percaya kepada cinta setelah gagal dalam perkahwinan terdahulu, namun kehadiran Lisa telah mengubah persepsi cinta dalam dirinya.
"Apabila menjalinkan hubungan cinta bersamanya, saya seolah-olah seperti kembali ke usia remaja. Malah, semenjak mula berkenalan dahulu saya dapat merasakan keserasian di antara kami berdua. Sewaktu berkenalan dan bercinta dengannya saya melihat dia adalah seorang wanita yang sangat baik dan menghormati kedua-dua ibu bapa serta ahli keluarga saya serta sangat penyayang kepada kanak-kanak," ujarnya.
Sementara itu, Lisa yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut menyatakan keputusannya untuk menerima Yusry sebagai suaminya yang sah adalah satu pilihan yang tepat dan terbaik. Menurut pelakon itu lagi, pada usia yang sudah mencecah 26 tahun dia merasakan sudah tiba masanya untuk menuju ke gerbang perkahwinan dan bersedia untuk bergelar sebagai seorang isteri.
"Tentang keistimewaan Yusry di mata saya pula, sebenarnya ia agak sukar untuk dijelaskan. Namun, kehadiran Yusry dalam hidup saya sekarang sudah dianggap sebagai sesuatu yang cukup istimewa.
"Sepanjang mengenali diri dan hati budi Yusry dengan lebih mendalam semasa berkawan dan bercinta, saya rasakan dia ialah lelaki yang paling sesuai untuk menjadi teman hidup saya," ujarnya.
Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi watak Mila dalam filem Ombak Rindu itu turut meluahkan rasa sedihnya apabila arwah ayahnya tiada di sisi meraikan hari yang bersejarah buat dirinya.