Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 18 19 20 21 22 ... 24 Next »

Sepintas lalu Perjalanan seni datuk Siti Nurhaliza

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Sepintas lalu Perjalanan seni datuk Siti Nurhaliza
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,499
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-09-2010, 01:26 AM
*Sumber: wikipedia/SitiZone (Terima kasih!)*



Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP, lahir pada 11 Januari 1979) di Berek Polis Kg. Awah, Temerloh, sebagai anak keempat dalam lapan adik-beradik kelahiran Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik. Beliau berasal daripada keluarga penggemar muzik, yang mana adik-beradiknya, Saiful Bahri, Siti Norsaida dan Siti Saerah juga bekerja sebagai penyanyi.

Selain banyak menerima lebih 100 anugerah tempatan dan antarabangsa, beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia Keys di majlis MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand kerana kehebatan vokal sopranonya serta pencapaian terbilang di dalam dan luar negeri. Pada Ogos 2006, beliau bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa; dua bulan kemudian, beliau dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato' di awal namanya.

Setelah menyertai pertandingan demi pertandingan, pada usia 16 tahun, Siti berentap dalam Juara Bintang HMI anjuran RTM pada tahun 1995. Sewaktu bertanding, beliau bertemu dengan Adnan Abu Hassan, seorang penggubah lagu terkenal di Malaysia. Adnan membimbing dan membantunya memperhalusi prestasi vokal, sehingga akhirnya Siti menjuarai pertandingan tersebut.

Setelah diberi pilihan dari empat syarikat rakaman antarabangsa, beliau menerima kontrak Suria Records, sekaligus mengetepikan tawaran Sony Music, BMG Music dan Warner Music.

Pada tahun 1996, Suria Records telah menerbitkan album, Siti Nurhaliza. Usaha rakaman album pertama mencabar sekali kerana beliau perlu mengimbangi kerja album itu dengan persediaan menghadapi SPM. Namun demikian, album sulungnya itu cemerlang sekali, lalu membuka laluan untuk album demi album yang berjaya di pasaran.

Setelah keluarnya album pertama, Siti menjadi tokoh terkenal dalam budaya pop Melayu. Beliau terus menjayakan lagu hit demi album hit, lagu-lagunya yang pelbagai genre termasuk pop, R&B, dan tradisional. Suara dan senikatanya nyata disambut hangat oleh masyarakat di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Pada 12 Januari 1998, Siti membuka Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. sebagai agen rasmi yang akan menguruskan segala aktiviti seni beliau dengan lebih tersusun.

Pada tahun yang sama, Siti buat pertama kalinya muncul di pentas antarabangsa di upacara penutupan Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur pada 21 September, di mana beliau berkongsi pentas dengan Celine Dion dan Rod Stewart untuk menghiburkan para hadirin.[13] Upacara ini disiarkan di 70 buah negara, maka inilah kali pertama Siti Nurhaliza disaksikan oleh mata dunia. Siti menerima anugerah luar negara pertamanya ketika bertanding di Shanghai Music Festival 1999 di China, di mana beliau menggondol anugerah tertinggi iaitu Anugerah Emas. Pada tahun yang sama, beliau menyertai South Pacific International Song and Singing Competition 1999 di Gold Coast, Queensland, Australia hingga merangkul gelaran 'Pop Winner' dengan mengetepikan ramai pesaing dari Pasifik Selatan, dan juga mengungguli kategori 'Top 40 for International Song' dengan single "We'll Be As One".

Siti turut menarik perhatian juri dengan kehebatan vokalnya sehingga dikurniakan hadiah 'Best Female Vocal Performance' dengan lagu itu juga. Pada tahun 2002, Siti menyertai pertandingan Voice of Asia di Kazakhstan, di mana beliau merangkul gelaran tertinggi 'Grand Prix Champion'.

Setelah banyak meraih anugerah, nama Siti semakin berkembang di benua Asia. Pada tahun 2003, Siti ke Jepun untuk mengadakan konsert di Yokohama setelah mengetahui singlenya, "Percayalah" dan lagu-lagu lainnya disambut baik di situ. Siti ialah artis bukan Cina pertama yang dijemput untuk membuat persembahan di majlis Golden Melody Awards ke-15, Taiwan pada tahun 2004. Selain bernyanyi solo, beliau juga berduet dengan Leehom Wang dengan lagu klasik "Yue liang dai biao wo de xin" ("Bulan lambang hatiku", nyanyian asal Teresa Teng).

Siti turut menjayakan konsert solo di Royal Albert Hall, London pada bulan April 2005, sungguhpun kebanyakan hadirinnya merupakan warga Malaysia yang tinggal di United Kingdom atau datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan konsertnya. Akhbar British menggelarnya "Asia's Celine Dion" kerana kekuatan vokal dan persembahan yang cemerlang, apatah lagi paling banyak single nombor satu di Malaysia ketika ini.

Setakat ini, Siti Nurhaliza tidak terlepas membuat persembahan di MTV Asia Awards semenjak pengnanugerahan tersebut diperkenalkan pada tahun 2002. Pada edisi 2005 di Bangkok, Siti dikejutkan oleh gelaran "The Voice of Asia" yang diberikan oleh Alicia Keys sebagai pengiktirafan kepada kekuatan vokalnya serta pencapaiannya di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Diskografi

Album Studio

1996: Siti Nurhaliza
1997: Siti Nurhaliza
1997: Cindai
1998: Adiwarna
1999: Pancawarna / Seri Balas
2000: Sahmura
2001: Safa
2002: Sanggar Mustika
2003: E.M.A.S
2004: Prasasti Seni
2006: Transkripsi
2007: Hadiah Daripada Hati
2008: Lentera Timur
2009: Tahajjud Cinta
Heart
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Jimmy (Pengacara AF8) nak kahwin Oktober ini?
Jimmy (Pengacara AF8) nak kahwin Oktober ini?
08-20-2010 2,117 Views 0 Replies
Perdana Universiti ambil pelajar pertama September
Perdana Universiti ambil pelajar pertama September
11-03-2010 2,011 Views 0 Replies
RM 150,000 Kos pembikinin Album Terbaru Anuar Zain
RM 150,000 Kos pembikinin Album Terbaru Anuar Zain
09-21-2010 3,242 Views 0 Replies
Do u like to blog/tweet via phone/laptop?
Do u like to blog/tweet via phone/laptop?
10-21-2012 5,077 Views 7 Replies
Manusia Halimunan
Manusia Halimunan
12-13-2010 2,450 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Siti Pemergian Sarah Raisuddin buat Dato Seri Siti Nurhaliza Sebak menangis Mr.Pingu 0 1,031 08-11-2021, 04:54 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Nephiaxe bertemu Dato Seri Siti Nurhaliza Mr.Pingu 1 1,471 09-08-2019, 07:46 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Album Terbaru Datuk Siti Nurhaliza: Fragmen Mr.Pingu 0 2,313 06-30-2014, 04:11 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Album Lentera Timur Datuk Siti Nurhaliza dijual di Jepun Mr.Pingu 0 2,420 01-06-2014, 04:18 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza bimbang terkena Penyakit Kanser Rahim dan Kanser Payudara Mr.Pingu 0 2,291 12-05-2012, 12:30 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sekitar Persembahan Datuk Siti Nurhaliza di Pesta Konvokesyen UTM 2012 Mr.Pingu 0 2,738 10-11-2012, 03:30 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Jum Follow Twitter Datuk Siti Nurhaliza Mr.Pingu 0 2,551 10-10-2012, 01:30 PM
Last Post: Mr.Pingu
  2012 Tuah Buat Datuk Siti Nurhaliza - Kehamilan pertama Mr.Pingu 1 6,794 03-30-2012, 02:42 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Penyanyi Philippines , Gary V mahu menumpang populariti Datuk Siti Nurhaliza? Mr.Pingu 0 2,697 10-13-2011, 11:34 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza terbit Realiti TV Tiru Gaya Artis Mr.Pingu 0 2,612 10-01-2011, 01:45 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza berpadu suara dengan Pit Bull, Alicia Keys dan Sean Kingston? Mr.Pingu 0 2,652 09-11-2011, 04:18 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Siti Nurhaliza menyertai Universal Music Malaysia Mr.Pingu 0 2,155 08-18-2011, 10:48 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza beli penthouse Lebih 20 juta! Mr.Pingu 0 2,617 05-25-2011, 08:07 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Doakan Datuk Sit Nurhaliza hamil dan menimang cahaya mata Mr.Pingu 0 4,655 02-09-2011, 08:14 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza, 16 Tahun di industri Seni Tanahair Mr.Pingu 0 2,389 01-19-2011, 02:04 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Happy Birthday ke 32 buat Datuk Siti NUrhaliza Mr.Pingu 0 2,923 01-11-2011, 01:24 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza belum terfikir untuk bersara menyanyi Mr.Pingu 0 1,785 12-13-2010, 08:23 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Props Siti Nurhaliza Kena Curi Mr.Pingu 0 3,816 12-08-2010, 08:23 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Rumahtangga Saida ( Kakak Datuk Siti Nurhaliza) Goyah? Mr.Pingu 6 7,285 10-21-2010, 09:11 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza batal Konsert di Penang sebab mengandung? loritah 0 2,441 09-19-2010, 09:32 AM
Last Post: loritah

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-24-2026, 03:50 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend