03-27-2012, 02:40 PM
Ramai orang tidak faham cara melabur di Unit Amanah..ada yang mengatakan mereka untung 15% - 48% dan ada juga yang mengatakan mereka mengalami kerugian.. Kenapa ada yang untung gila-gila..kenapa ada yang rugi?? sedangkan mereka melabur ditempat yang sama..
Apa yang membezakan mereka...???
7 KESILAPAN BESAR MELABUR DALAM UNIT AMANAH:
1 - Melabur hanya sekali dua sahaja; ANDA merasakan duit yang ada sekarang adalah sudah cukup untuk menampung hari-hari Persaraan & tabung pendidikan anak-anak.
SEBENARNYA : Anda WAJIB melabur 10% dari hasil pendapatan bulanan anda setiap bulan,ini menjaminkan anda pulangan yang lebih tinggi.
2 - Tidak mengenal pasti tahap risiko anda; Setiap individu mempunyai tahap risiko yang berbeza. Pulangan yang tinggi tentunya mempunyai risiko yang tinggi, manakala pulangan yang rendah akan memberi tahap risiko yang rendah.
SEBENARNYA : Anda WAJIB mengetahui tahap risiko anda, berbincang dengan Perunding Kewangan anda,mereka boleh menyediakan Porfolio Pelaburan untuk anda.
3- Tidak mempelbagaikan pelaburan anda; Letak semua pelaburan di dalam satu dana shj. (Letak telur dalam 1 bakul,jika bakul jatuh-semua telur pecah)
SEBENARNYA : Anda WAJIB pelbagaikan pelaburan anda kedalam semua dana ; Ekuiti, Bond, Dana Imbang, Dana Campur & dll
4- Tidak melabur di Dana Bond; Ramai beranggapan bahawa melabur dalam Dana Bond memberi pulangan yang sedikit. Tetapi hakikatnya
Dana Bond adalah "penyelamat pelaburan" anda terutama apabila keadaan ekonomi meleset.
SEBENARNYA : Anda WAJIB melabur sekurang-kurangnya di dalam 2 dana ( Dana Ekuti & Dana Bond ) untuk mengimbangi pelaburan anda.
5- Fokus hanya pada pelaburan Dana Dalam Negara; Ramai pelabur memberi alasan "saya sudah melabur" tetapi mereka tidak tahu didalam dana pelaburan mereka dilaburkan.
Kebanyakkan dana - dana komersial adalah dilaburkan didalam negara dan pulangannya hanya berdasarkan keuntungan sesebuah syarikat dan keadaan ekonomi di dalam negara sahaja.
SEBENARNYA : Anda PERLU juga melabur di dalam Dana Luar Negara, kerana pelaburan di luar negara memberi peluang pelangan yang lebih tinggi kerana keuntungan syarikat antarabangsa serta keadaan ekonomi di negara-negara lain akan memberi pulangan yang lebih tinggi kepada pelaburan anda.
6- Melabur dengan penuh emosi; Ramai orang melabur apabila mereka melihat orang lain membuat keuntungan dan takut untuk melabur apabila orang yang rugi
SEBENARNYA : Anda perlu ada matlamat pelaburan yang jelas dan terus melabur sehingga matlamat anda tercapai.
7- Terlalu Yakin; Ramai orang membuat pelaburan berdasarkan pemilihan / prasangka sendiri dan tidak ambil kisah nasihat yang diberikan oleh perunding kewangan. Dan akibatnya mereka mengalami kerugian akibat kebodohan / ketamakkan sendiri.
SEBENARNYA : Anda perlu berbincang dengan Perunding Kewangan anda berkenaan pelaburan kerana melabur di Unit Amanah memerlukan Strategi dan setiap masa adalah masa yang terbaik untuk membuat pelaburan. Apa yang anda perlukan ialah "STRATEGI".
"Saya membuat pelaburan setiap masa tanpa mengira keadaan ekonomi, kerana saya tidak tahu bila ekonomi akan pulih dan bila ekonomi akan jatuh..apa yang saya perlukan ialah Strategi " - Warren Buffet