Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 13 14 15 16 17 ... 40 Next »

Pemansuhan PTPTN dan Pendidikan Percuma: realiti atau fantasi?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Pemansuhan PTPTN dan Pendidikan Percuma: realiti atau fantasi?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,499
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
03-29-2012, 02:44 PM (This post was last modified: 04-09-2012, 08:08 PM by Mr.Pingu.)
PTPTN atau Perbadanan tabung Pendidikan Tinggi Nasional adalah badan yang telah lama beroperasi untuk memberikan pinjaman bagi membiayai perbelanjaan pelajar yang mengikuti pengajan di peringkat pengajian tinggi. Badan ini telah lama beroperasi dan mudah memberi pinjaman kepada pelajar yang kurang berkemampuan. Dalam dunia politik kini, Pakatan rakyat berjanji untuk membatalkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar.

Terdapat beberapa persoalan yang bermain di fikiran saya. Adakah pendidikan percuma disini bermaksud kerajaan akan membatalkan yuran pengajian keatas pelajar sahaja atau kerajaan akan juga memberikan pembiayaan pembelanjaan harian pelajar termasuk makan minum? Seperti yang kita tahu, kos untuk seorang pelajar menghabiskan pengajian contohnya ijazah sarjana muda selama 4 tahun masa kini boleh mencecah RM 40,000? cukup banyak.

Persoalannya, adakah kerajaan mempunyai kewangan yang cukup untuk membiayai semua pelajar yang akan melanjutkan pengajian ini? Pakatan rakyat menjelaskan bahawa dengan sistem kewangan yang ada dan pengurusan yang cekap tanpa penyelewengan dan rasuah mampu merealisasikan impian ini. Namun, banyak pihak juga yang melihat kearah negara lain yang juga tidak mampu merealisasikan pendidikan percuma keatas rakyatnya. Ada yang berkata kerajaan boleh bankrup atau muflis.

Jika kita lihat kepada Malaysia, hasil bumi yang mewah jika diurus sebaiknya akan mendatangkan pendapatan negara yang banyak dan mencukupi untuk menampung keperluan rakyanya. Kita bukan negara miskin. Kita banyak hasil bumi. Petrolem adalah satu contoh yang jelas. Malaysia juga dikatakan memiliki simpanan Gas yang banyak yang belum lagi dicarigali sepenuhnya. Kita juga ada hasil balak yang banyak.

Apa-apapun, kita doakan sahaja bahawa malaysia akan lebih maju, makmur dan sumber negara diuruskan sepenuhnya dengan cekap dan amanah. Semoga semua pihak dapat merasai hasilnya bukan hanya kroni-kroni sahaja. Ikuti sedikit berita dibawah yang saya sedut daripada harakahdaily.

Quote:
Anwar Ibrahim Club (AIC) menyambut baik kesediaan Pakatan Rakyat membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum yang ke 13, seperti kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembatalan itu dilihat selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga dan sebagai satu lagi langkah ke hadapan untuk membantu menaikkan taraf pendidikan tinggi di negara Malaysia ini.

AIC percaya bahawa rancangan ini bukan sekadar retorik semasa tetapi adalah satu pelan komprehensif yang membuktikan sekiranya ekonomi diurustadbir dengan baik, maka melalui perolehan hasil negara yang banyak dapat terus dimanfaatkan bersama dan dinikmati oleh keseluruhan rakyat.

PTPTN adalah satu cara 'pemerasan' yang dibuat oleh kerajaan, bukan sahaja gagal mencapai objektif tetapi kemudian menjadi bebanan tambahan kepada peminjam. Dalam situasi ekonomi dan peluang pekerjaan yang tidak menentu, peminjam terbeban dengan syarat dan bunga pinjaman yang akhirnya menjadikan mereka penghutang tegar untuk jangka waktu yang panjang.

AIC juga memandang serius kepada ribuan lagi peminjam yang disenaraihitamkan oleh PTPTN yang akhirnya membawa implikasi buruk kepada anak-anak muda sehingga mereka dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara. Logiknya, adakah cara ini benar-benar membantu mereka menyelesaikan masalah hutang PTPTN jika peluang pekerjaan dan perniagaan luar negara mereka ditutup.

AIC percaya Pakatan Rakyat sudah bersedia dengan mekanisme lebih baik untuk menangani bukan sahaja pembatalan PTPTN tetapi juga menyelesaikan masalah mangsa senarai hitam yang telah lama berlarutan. Ramai anak muda yang menjadi mangsa dan penghutang tegar sebelum mencecah umur 30-an dan keadaan ini memberi impak buruk pada kesan jangka panjang sosio ekonomi negara.

Justeru, AIC mengucapkan syabas kepada inisiatif Pakatan Rakyat untuk membebaskan anak muda daripada belenggu kezaliman terancang yang telah menjerat leher mereka selama puluhan tahun. Semoga iltizam yang baik seperti ini akan mendorong generasi anak muda terus menggerakkan zaman ke hadapan.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Monster croc predicts Gillard victory
Monster croc predicts Gillard victory
08-22-2010 1,287 Views 0 Replies
Sabah & Sarawak: Buaya depan rumah
Sabah & Sarawak: Buaya depan rumah
08-10-2010 2,321 Views 0 Replies
MAS Rugi RM535 juta suku kedua tahun ini!
MAS Rugi RM535 juta suku kedua tahun ini!
08-19-2010 1,655 Views 0 Replies
Rekabentuk pejabat yang ohsem..!!!
Rekabentuk pejabat yang ohsem..!!!
04-17-2012 1,941 Views 1 Replies
Gambar Islamik Datuk Seri Najib - Datin Seri Rosmah
Gambar Islamik Datuk Seri Najib - Datin Seri Rosmah
05-01-2012 6,957 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-16-2026, 12:35 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend