Bulan puasa bukan sahaja ditunggu oleh masyarakat Islam malahan masyarakat pelbagai bangsa juga menyukainya. Salah satunya adalah dengan kemunculan bazaar ramadan hampir sebulan dengan pelbagai juadah menarik. Selain itu, ada juga bangsa lain yang ingin merasai perasaan ketika berpuasa. Salah seorangnya ialah penyanyi dan juga bekas peserta Master Chef Selibriti Malaysia, Soo Wincci
Quote:Penyanyi dan bekas peserta MasterChef Selebriti Malaysia, Soo Wincci berazam untuk berpuasa penuh tahun ini bagi mendekatkan diri dengan peminat dari komuniti Melayu beragama Islam sepanjang bulan Ramadan ini.
Soo Wincci buat kali pertama ingin berpuasa dan memberitahu teruja dengan kedatangan Ramadan kerana ingin menyemarakkan lagi semangat bulan mulia itu bersama-sama para peminatnya.
"Menerusi program MasterChef peminat saya semakin ramai dari kalangan kaum Melayu dan saya rasa dengan belajar berpuasa saya dapat mendekatkan diri dengan mereka
Tambah Soo Wincci, walaupun sedar dengan cabaran yang bakal ditempuh sepanjang berpuasa, dia yakin dapat mengharunginya dengan dorongan dan kata-kata semangat dari rakan-rakan dan peminat.
"Berpuasa itu pasti menjadi suatu perkara yang amat mencabar buat diri saya tetapi kerana ingin menghidupkan semangat perpaduan dikalangan peminat saya teruskan niat ini.
Populariti penyanyi itu meningkat secara mendadak selepas menyertai program masakan berkenaan dan Soo Wincci turut tampil dengan single pertamanya berjudul Terus Teranglah bersama Jow Flizzow. Soo Wincci turut mendapatkan beberapa tips daripada rakan berbangsa Melayu dan yakin dapat melakukannya.
Sumber ; mStar

