NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Punca-punca kemalangan jalan raya
#1
Exclamation 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kalau anda lihat di dada-dada akbar, kes kemalangan jalan raya dilaporkan hampir setiap hari. Memang sedih apabila melihat insiden-insiden yang cukup menyayat hati ini lebih-lebih lagi yang melibatkan kematian dan kecacatan kekal.

Kemalangan jalan raya boleh berlaku di mana-mana sahaja tidak kira jalan yang berbahaya atau jalan paling selamat sekalipun. Mengapakah kejadian seperti ini boleh berlaku? Saya nak ulas beberapa faktor yang saya fikir menjadi punca berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Sudah masuk tahun kelima saya memandu kereta sendiri. Daripada pengalaman ini juga saya dapat mengesan beberapa faktor. Antaranya:

1) tidak mematuhi had laju.
- Saya lihat ramai yang memandu terlampau laju terutamanya di lebuhraya. Laju disini bermaksud kelajuan melebihi 150 km/j. Kita sendiri maklum bahawa had pemanduan maksimum di lebuhraya adalah 110 km/jam. Pada saya memadailah mecut dengan kelajuan 120 km/jam jika anda benar-benar ada urusan penting dan nak cepat. Ingatlah bahawa memandu terlampau laju bukan sahaja membahayakan diri anda malahan juga pemandu lain. Pemanduan terlalu laju boleh mengakibatkan anda sukar mengawal kenderaan.

2) Memandu terlalu perlahan
- jangan ingat memandu perlahan itu selamat. Sebenarnya memandu terlalu perlahan terutamanya di lebuhraya boleh membahayakan pemandu lain. Ini yang pernah saya lalui beberapa kali. Adalah tidak patut untuk seseorang pengguna lebuhraya memandu pada kelajuan bawah 50 km/jam. Bayangkan apa yang terjadi pada seseorang yang memandu pada kelajuan 100km/jam dan tiba2 anda berada di depan mereka dengan sangat perlahan. Jika tidak sempat brek boleh mengakibatkan rempuhan. Jika mengelak pula boleh mengakibatkan risiko dirempuh kenderaan lain. Mungkin anda yang bawa terlalu perlahan rasa diri anda selamat tetapi anda membahayakan pemandu lain.

3) tidak mematuhi lampu isyarat
- pernah terjadi ada kenderaan yang melanggar lampu isyarat merah hampir dirempuh kenderaan lain. Jadi amalkan sifat sabar dan bertimbang rasa keselamatan akan lebih terjamin.

4) tidak menyalakan lampu isyarat kenderaan
- lampu isyarat kenderaan atau signal sangat penting untuk memberitahu pemandu lain akan keinginan anda untuk membelok ke mana-mana simpang. Jadi jangan malas untuk menghidupkan lampu signal kenderaan anda.

5) gagal memahami jalan / xtahu peraturan jalanraya
- ini lebih menyedihkan. Bagaimana mereka boleh lulus ujian bertulis dan ujian memandu sedangkan mereka seolah-olah tak faham tanda-tanda isyarat di tepi jalan dan juga tidak dapat membezakan antara jalan sehala, jalan dua hala, simpang, roundboard u-turn dan sebagainya.

6) jalan rosak
- Ini merupakan tanggungjawab pihak berwajib. Keadaan jalan yang teruk perlu sentiasa dipantau dan diperbaiki untuk mengelakkan bahaya keatas pengguna jalan raya.

7) gemar berlumba, bergurau senda di atas jalan raya
- Aksi kurang matang ini selalu berlaku terutamanya kepada pemandu lelaki. Mereka gemar bergurau dan adakalanya berlumba di atas jalanraya. Hal ini cukup membahayakan anda dan pengguna lain.

Ada lagi beberapa faktor. Pendek kata anda perlulah menjadi pengguna jalan raya yang berhemah untuk mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kemalangan jalan raya melibatkan Myvi dan Kenderaan Singapore Mr.Pingu 5 7,057 04-17-2014, 05:30 PM
Last Post: llama
  Punca Kematian Whitney Houston Mr.Pingu 0 1,982 02-25-2012, 02:26 PM
Last Post: Mr.Pingu
Shocked K-PoP punca remaja bunuh diri di Malaysia?? Mr.Pingu 34 32,726 05-12-2011, 09:05 PM
Last Post: hime2010
  Bank Negara pantau punca inflasi Mr.Pingu 0 1,760 04-20-2011, 11:32 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)