NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kisah Anak Kucing Comel yang Tragis
#1
Apabila tengok gambar anak kucing cute yang diberi nama Mikey ni, teringat kisah lalu. Ini merupakan anak kucing yang tersangat comel antara anak-anak kucing lain yang kami pelihara di makmal. Ibu kucing ni merupakan kucing milik kawan saya. Kucing ni selalu dibawa datang ke makmal. Tiba-tiba, datang seekor kucing jantan yang gagah perkasa, maka kucing betina kawan saya ni pun "berkahwin" dengannya dan dikurniakan banyak anak.

Mikey merupakan salah satu anak kucing daripada 3 beradik. Dia paling disayangi kami semua kerana bulunya dan cantik dan dia paling manja. Lebihan lagi, hanya dia sahaja kucing jantan antara ketiganya. Saya difahamkan bahawa dia merupakan adik bongsu saudara 3 kembar itu kerana isteri kawan saya yang membidankan kucing ini. Mikey dijaga dengan baik sehingga berusia beberapa bulan. Namun, kisah duka berlaku pada satu petang hari jumaat.

Tanpa kami sedari, Mikey dan kakak-kakaknya telah diserang oleh sekumpulan anjing liar dan ganas. Mikey yang tidak terdaya akhirnya mati manakala kakak-kakaknya sempat menyelamatkan diri dengan memanjat pokok dan duduk di bawah kereta. Mikey nampaknya tidak sempat selamatkan diri. Pingu sgt sedih masa tu sampai menitiskan air mata. Mata taknnya, sejam sebelum tu sempat bagi mikey makan dan belai2 dia sehingga dia tertidur. Tak sangka itulah kali terakhir saya menyentuhnya. Saya telah kuburkan mikey di sebelah lab.

Kisah ni dah lama berlaku dalam 3 tahun lepas namun kenangan bersama mikey masih kemas tersemat di hati.. Gambar Mikey sahaja pengubat rindu.. (Kredit gambar to my friend, Amirudeen Wahid, mikey warna putih. yang gelap tu kakak dia..]







Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Cerita Saudara Azlan Jais tentang kucing yang telah diselamatkan beliau Mr.Pingu 0 1,088 10-10-2020, 11:33 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Anak-anak Haiwan yang Cute Mr.Pingu 6 9,848 05-19-2011, 11:32 PM
Last Post: nad_dd257
  Mata Kucing yang menyeramkan Mr.Pingu 0 2,279 03-20-2011, 04:51 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)