NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ibu temui dua anak perempuan dirogol dua lelaki dalam bilik tidur
#1
Mengucap panjang apabila aku baca artikel dibawah ni. Aku terfikir bagaimanalah nak mendidik anak supaya tak berlaku perkara seperti ini? Bukan mudah nak mendidik anak-anak pada zaman sekarang ini dengan pelbagai bahan tidak elok disajikan saban hari. Undang-undang di Malaysia pun satu kalau perempuan bawah umur diklasifikasikan sebagai kes rogol sedangkan daripada cerita dibawah kita jelas lihat ia merupakan perkara yang dilakukan atas dasar suka sama suka. Apa-apapun kita perlu berbuat sesuatu agar perkara seperti ini tidak menimpa kaum keluarga serta sahabat handai kita. Baca artikel dibawah:


Quote:
KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Belut kecil SPA masuk dalam kemaluan lelaki Mr.Pingu 2 6,815 10-09-2011, 07:55 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Anak gadis 14 tahun hamil dirogol Bapa Tiri Mr.Pingu 0 3,762 08-14-2011, 04:52 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Mayat Remaja Perempuan Ditemui Berlipat Dalam Beg Pakaian Mr.Pingu 0 1,697 10-29-2010, 05:06 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ibu Buang Anak Sebab Dirogol Majikan! loritah 0 1,814 09-19-2010, 09:37 AM
Last Post: loritah
  Bekas pengetua asrama anak yatim dituduh cabul remaja perempuan Mr.Pingu 0 1,814 08-19-2010, 06:03 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)