NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Anak gadis 14 tahun hamil dirogol Bapa Tiri
#1
Salam..

Kisah harapkan pagar-pagar makan padi dan haruan makan anak ini seakan tiada berkesudahan! Bila nafsu serakah tak mampu dibendung inilah yang akan terjadi! Seorang ibu yang mulanya curiga tentang tingkah laku anak akhirnya berjaya mendapat tahu bagaimana anaknya boleh hamil! Ikuti kisah dibawah yang dipetik daripada harian metro.

Oleh JUNAIDI LADJANA
djuns@hmetro.com.my


KENINGAU: Seorang ibu yang curiga melihat anak gadisnya berusia 14 tahun gemar memakan benda masam selain perubahan saiz tubuhnya hampir pitam apabila dimaklumkan anaknya disahkan mengandung dua bulan selepas pemeriksaan di klinik kesihatan, di sini, kelmarin. Lebih mengejutkan, gadis terbabit mendakwa kandungannya adalah hasil benih bapa tiri, yang juga suami ibunya.

Difahamkan, remaja terbabit menjadi mangsa rogol lelaki terbabit setiap kali ibu dan kakaknya tiada di rumah kerana keluar bekerja. Difahamkan, ibu mangsa mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku berikutan perubahan tubuh mangsa, terutama perutnya yang semakin membesar, selain gemar memakan asam.

Curiga dengan perubahan itu, ibu mangsa membawa anaknya menjalani pemeriksaan di klinik dan doktor mengesahkan gadis terbabit berbadan dua. Terkejut dengan perkara itu, ibu mangsa mendesak anaknya menceritakan apa berlaku sebelum mangsa mengaku dirogol bapa tirinya sebanyak dua kali pada Jun dan Julai lalu.

Mangsa juga mendakwa diugut supaya merahsiakan kejadian itu daripada ahli keluarga lain. Ibu mangsa yang berang kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku di rumah mangsa di Kampung Kepayan Lama, Jalan Apin-Apin, sekitar Jun lalu.

“Mangsa dipaksa bapa tirinya melakukan hubungan seks ketika isteri dan kakak mangsa tiada di rumah.

“Mangsa juga diugut akan dicederakan jika menceritakan perkara itu kepada orang lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zahari berkata, berdasarkan laporan dibuat ibu mangsa, polis menjalankan gerakan memburu dan suspek berjaya ditahan di rumahnya.

“Suspek kini direman bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Zahari berkata, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  BOMOH Rogol anak Gadis Mr.Pingu 0 2,451 12-25-2012, 01:27 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Ibu temui dua anak perempuan dirogol dua lelaki dalam bilik tidur Mr.Pingu 0 3,655 12-03-2012, 11:20 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Al Kisah anak kartunis lepat yang dilarikan 13 tahun dahulu Mr.Pingu 1 17,041 12-23-2011, 01:55 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bapa hempas anak lapar susu Mr.Pingu 4 3,463 12-15-2011, 05:12 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Gadis 14 tahun gantung diri akibat putus cinta Mr.Pingu 0 1,452 11-02-2011, 03:10 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Benarkah 60% gadis sudah tiada Dara menjelang usia 18 tahun?? Mr.Pingu 0 1,690 09-19-2011, 11:16 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ibu Buang Anak Sebab Dirogol Majikan! loritah 0 1,496 09-19-2010, 09:37 AM
Last Post: loritah
  Ibu Bapa menghilangkan diri tinggalkan 9 orang anak Mr.Pingu 0 1,435 08-22-2010, 02:06 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Walaupon ketagih seks,gadis dipaksa keluarga mengaku dirogol Mr.Pingu 0 2,419 08-10-2010, 11:09 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)