NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Abang ditemui Mati Tergantung di Kipas.
#1
Ngeri! Aku rasa kes bunoh diri semakin hari semakin meningkat. Sebab musabab tak tahu. Kebanyakkan kes bunoh diri yang kita dengar adalah daripada kaum India. Dalam hal ini, pengendalian emosi sangat penting. Orang yang gagal kawal emosi dan tidak boleh berfikir secara Rasional berkemungkinan akan memilih jalan singkat untuk menamatkan riwayat mereka.
TAMPIN : Hasrat seorang adik untuk menghantar makan malam kepada abangnya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila melihat dia mati dalam keadaan tergantung di palang kipas syiling rumahnya di Taman Repah Baru, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, adik mangsa, B Suman, 24, berasa pelik apabila ketukan pada pintu dan panggilan selama beberapa kali tidak disahut seperti biasa oleh

“Saya segera membuka pintu melalui tingkap hadapan dan bergegas menurunkan abang yang ketika itu sudah pun kaku. Selepas itu saya terus menghubungi kakak, B Rani, 36, sebelum menghubungi pihak polis.abangnya, B Vijaya Ratanam, 29. Menurut Suman, dia nekad menyelak langsir di tingkap hadapan rumah dan terkejut melihat keadaan abangnya yang tergantung dengan kain sari berwarna merah di bahagian tengah rumah.

“Saya terkejut dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini abang suka bergurau dan tidak menunjukkan ada sebarang masalah kepada kami sembilan beradik,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, di sini, semalam.

Sementara abang sulung mangsa, B Samunde, 37, berkata, kali terakhir dia berjumpa adiknya itu pada perayaan Deepavali lalu.

“Adik sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berusia 3 dan 9 tahun. Bagaimanapun, kira-kira sebulan lalu, adik mahu bekerja kontrak di sini dan pulang berseorangan serta menetap di rumah keluarga kami di sini.
“Kami adik-beradik sepakat menghantarkan makan malam kepadanya setiap hari memandangkan adik tidak mempunyai pengangkutannya sendiri untuk keluar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.
“Mangsa disahkan sudah mati dan mayatnya dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat,” katanya.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Anak Kartika ditemui mati lemas Mr.Pingu 0 1,888 05-10-2011, 01:32 PM
Last Post: Mr.Pingu
Thumbs Down Dah puas tikam tunang sampai mati, dia minum racun dan mati gak Mr.Pingu 9 11,108 05-08-2011, 05:47 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Abang Janet Khoo mati dibunuh Mr.Pingu 0 1,838 03-18-2011, 11:34 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)