Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 36 37 38 39 40 Next »

Projek perindustrian di Selangor tertinggi di Malaysia

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Projek perindustrian di Selangor tertinggi di Malaysia
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-20-2010, 02:25 AM
Selangor mencatatkan pelaburan perindustrian dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi di Malaysia dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. Pelaburan yang diperolehi dalam tempoh tersebut membabitkan 120 projek, kata Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Teresa Kok. Katanya, ia berdasarkan statistik terkini Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Statistik MIDA tersebut, katanya, menunjukkan Selangor telah mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM2.47 bilion bagi tempoh tersebut - jumlah projek perindustrian yang tertinggi. Sebanyak 120 projek telah diluluskan di Selangor dan angka tersebut merupakan 36 peratus daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia. Di belakang Selangor ialah Johor dengan 65 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 44 projek, kata Teresa dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada 120 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 68 adalah projek baru manakala baki 52 merupakan projek yang diperkembangkan. Di samping itu, Selangor juga telah mencatatkan jumlah peluang pekerjaan yang tertinggi dengan 7,602 pekerjaan. Menurut Teresa, RM942 juta atau 38 peratus daripada pelaburan di Selangor adalah terdiri daripada pelaburan asing. Manakala RM 1.52 bilion atau 62 peratus adalah pelaburan tempatan.

"Ini menunjukkan pelaburan tempatan amatlah penting bagi kerajaan negeri Selangor. Pelabur tempatan masih kekal melabur di Selangor di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat," tambahnya.

Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Jepun membuat pelaburan tertinggi sebanyak RM366 juta, diikuti Singapura (RM 121 juta) dan Jerman (RM116 juta).

"Bilangan projek perindustrian yang tinggi di Selangor itu menunjukkan ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang paling menarik bagi pelabur asing dan tempatan," katanya. Blush
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
anak jadi keldai dadah, polis pulak yang dipersalahkan
anak jadi keldai dadah, polis pulak yang dipersalahkan
08-20-2010 1,787 Views 0 Replies
Salleh Gregor Samsa - Penghina agama Islam
Salleh Gregor Samsa - Penghina agama Islam
08-19-2010 1,325 Views 0 Replies
Gadis tempatan dilarikan warga Indonesia
Gadis tempatan dilarikan warga Indonesia
08-08-2010 1,480 Views 0 Replies
Salam/Hai Komuniti Gempakz
Salam/Hai Komuniti Gempakz
05-04-2013 2,225 Views 1 Replies
Hari Raya Pasti akan Berbeza Tahun ini
Hari Raya Pasti akan Berbeza Tahun ini
01-11-2011 2,730 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Prestasi kerajaan Selangor Cemerlang - Sultan Selangor Mr.Pingu 0 1,855 03-18-2013, 01:23 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Sultan Selangor dikurnia anugerah tertinggi Perancis Mr.Pingu 0 1,570 02-20-2012, 08:23 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-11-2026, 02:04 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend