Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 9 10 11 12 13 ... 40 Next »

Gempa Bumi dan Tsunami Melanda Tokyo Jepun

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Gempa Bumi dan Tsunami Melanda Tokyo Jepun
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,499
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
12-09-2012, 10:56 AM
Assalamualaikum dan Salam Satu Donia! Terdengar bahawa Jepun dilanda gempa Bumi dan Tsunami baru-baru ini. Namun tidak seteruk yang pernah berlaku sebelum ini. Mujur semasa saya ke Jepun tidak berlaku kejadian seperti ini. Kejadian dipercayai berlaku di Tokyo. Untuk maklumat lanjut baca artikel yang dilaporkan oleh Kosmo.

TOKYO - Tsunami setinggi satu meter dilaporkan melanda timur laut Jepun semalam selepas gempa bumi kuat berlaku sehingga mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa berpindah ke tempat yang selamat.

Beberapa buah bangunan tinggi di Jepun berhayun selama beberapa minit. Stesen-stesen penyiaran turut meminta penduduk yang tinggal di pesisiran pantai untuk berpindah ke tempat yang lebih tinggi apabila gegaran gempa bumi tersebut dapat dirasakan di timur laut negara ini.

Perkhidmatan telefon mengalami 'kesesakan' akibat bilangan panggilan yang dibuat terlalu banyak. Bagaimanapun, amaran tsunami itu kemudian ditarik balik pada pukul 7.20 malam waktu tempatan dua jam selepas gempa bumi tersebut berlaku.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi yang berlaku pada pukul 5.18 petang itu berukuran 7.3 pada skala Richter. Ahli-ahli meteorologi menyatakan tsunami setinggi satu meter itu berlaku di bandar Ishinomaki pada pukul 6.02 petang waktu tempatan.

Pada 11 Mac 2011, bandar itu dilanda tsunami sehingga mengakibatkan kemusnahan yang besar. Gempa bumi tersebut mengakibatkan 19,000 orang terbunuh dan 325,000 lagi hilang tempat tinggal ekoran kekuatannya ialah 9.0 Richter.

Tiada laporan tentang kematian ekoran kejadian gempa bumi terbaharu itu. Bagaimanapun, tiga orang dilaporkan cedera ringan di timur Jepun.

Beberapa tsunami kecil dilaporkan turut berlaku termasuk setinggi 40 sentimeter di bandar Soma. Menurut stesen penyiaran NHK, kira-kira 5,000 orang berpindah ke kawasan lebih selamat di Miyagi, timur laut Jepun.

Stesen penyiaran tersebut juga meminta orang berpindah dengan mengimbas kembali kejadian tsunami yang berlaku pada Mac tahun lalu. Gempa bumi itu berlaku 36 kilometer (km) di bawah dasar Lautan Paisifik dan berpusat 284km ke timur Sendai.

Dua lagi gempa bumi susulan yang berukuran 6.2 dan 5.5 Richter turut berlaku. Seorang sukarelawan di sebuah pusat pemulihan gempa bumi di Minami-Sanriku, Aiko Hibiya berkata, dia berada di rumah rakannya ketika gempa bumi tersebut berlaku.

"Gegaran gempa bumi itu berlaku bagi tempoh yang lama," katanya.
Gempa bumi itu juga tidak menjejaskan loji tenaga nuklear yang dikendalikan oleh Syarikat Tokyo Electric Power Co.

Sebelum ini sebuah loji nuklear di Fukushima rosak akibat tsunami yang berlaku pada 11 Mac tahun lalu. - kosmo
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Planet Seperti Bumi Ditemui
Planet Seperti Bumi Ditemui
08-11-2010 2,506 Views 0 Replies
Mangsa bunuh ialah adik V.K. Lingam
Mangsa bunuh ialah adik V.K. Lingam
08-10-2010 1,155 Views 0 Replies
Timur: Persiapan tengkujuh
Timur: Persiapan tengkujuh
08-08-2010 1,320 Views 0 Replies
Gambar Islamik Datuk Seri Najib - Datin Seri Rosmah
Gambar Islamik Datuk Seri Najib - Datin Seri Rosmah
05-01-2012 6,960 Views 1 Replies
Selamat Pagi Komuniti gempakZ!
Selamat Pagi Komuniti gempakZ!
04-26-2011 5,982 Views 8 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kesan Tsunami: Jepun tak selamat Mr.Pingu 0 1,568 03-16-2011, 08:43 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-22-2026, 07:44 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend