NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Belajar di Luar Negara vs dalam Negara: Pengalaman Mr.PiNGu
#1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini saya ingin kongsian pengalaman saya mengikuti sebahagian pengajian di luar negara.

Ketika ini, saya masih lagi dalam pengajian Ijazah Doktor Falsafah di salah sebuah Universiti di dalam negara. Selama pengajian 3 tahun yang diberikan, saya telah diberi peluang untuk menggunakan 9 bulan daripada masa pengajian saya untuk belajar di luar negara. Bagi saya ini merupakan satu peluang yang baik bagi pelajar Malaysia untuk merasai pengalaman belajar di luar negara terutamanya bagi mereka yang tidak pernah berpeluang mendapatkannya ketika mengikuti pengajian ijazah pertama dan Sarjana.

Syukur kerana saya berpeluang mengikuti sebahagian pengajian di Uppsala Universitet, Sweden yang tergolong dalam 100 buah Universiti terbaik dunia. Disini, saya mempelajari budaya pembelajaran yang cukup berbeza dibandingkan dengan cara pembelajaran di Malaysia.

Pertamanya ialah pembelajaran di jalankan dengan cara yang lebih santai. Pelajar boleh membawa makanan dan minuman seperti roti dan kopi ke dalam kelas ketika sesi pembelajaran. Setiap 45 minit pengajaran, pelajar akan diberi rehat selama 15 minit untuk minum kopi dan juga melakukan apa-apa aktiviti bebas sebelum kelas disambung semula. Sesi kelas pula dijalankan tepat mengikut masa yang dijadualkan.

Satu yang saya suka belajar disini ialah sesi pengajaran yang masih mengekalkan penggunaan papan hitam dan kapur. Bagi saya sesi pengajaran dan penerangan menjadi lebih berkesan jika dibandingkan penggunaan slide pembentangan power point yang selalunya digunakan oleh tenaga pengajar secara tidak cekap. Tidak cekap disini saya maksudkan ialah ada dikalangan pengajar yang hanya pandai klik-klik slide presentation dengan laju tanpa memberikan penerangan yang teratur menyebabkan ada pelajar yang tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan berkesan. Tambahan lagi, sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih lesu, memenatkan dan membosankan. Namun penggunaan power point masih boleh dilakukan disini atas pilihan Pensyarah namun saya dapati rata-rata lebih gemar mengajar menggunakan papan hitam.

Tenaga pengajar disini juga cukup berilmu dan bijak menyampaikan ilmu mereka dengan sebaiknya. Sesi kelas berlangsung cukup menyeronokkan dan saya sentiasa dahagakan ilmu-ilmu yang bakal disampaikan dalam sesi kelas. Untuk ponteng kelas saya rasa ia satu kerugian yang amat besar.

Saya masih tertanya-tanya dan berfikir bilalah sistem pengajian dalam negara menjadi sebaik ini. Yang saya lihat banyak kerenah birokrasi dalam universiti contohnya dalam kes pendaftaran mata pelajaran. Ada tarikh-tarikh yang dikejar selain perlu mengisi borang secara manual dan ada juga secara online dan memerlukan pengesahan penasihat akademik dan sebagainya. Bagi saya jika sesuatu prosedur itu boleh diringkaskan mengapa perlu bersusah-susah kan?

Banyak lagi yang boleh saya kupas namun cukupla sedikit buat masa ini. Apa-apapun kita perlulah sentiasa memajukan diri kita dengan ilmu pengetahuan kerana dengan ilmu sahajalah kita boleh meningkatkan kesejahteraan hidup sejagat. Sekian sahaja.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Pengalaman Belajar dari Sekolah Rendah ke Universiti Mr.Pingu 0 580 08-31-2019, 07:46 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)