Bagaimana untuk cemerlang dalam pelajaran?
Bercakap tentang pelajaran sebenarnya dalam hidup ini penuh dengan pelbagai bentuk pembelajaran. Tidak tertakluk kepada akademik semata-mata. Kali ini Admin nak berkongsi tentang pembelajaran akdemik dari sekolah rendah ke universiti.
Bagi anda yang telah melalui semua peringkat pembelajaran pasti ada cerita anda sendiri. Begitu juga dengan saya. Saya mempunyai sejarah sendiri dalam bidang akademik.
Saya tidak pernah memasuki mana-mana tadika sebelum masuk darjah 1. Maksudnya saya hanya mula belajar ABC ketika di darjah 1. Bayangkan pelajar darjah 1 sekarang sudah dihidang dengan soalan-soalan KBAT. Saya tidak pasti adakah ia sesuai dengan tahap pendidikan awal kanak-kanak.
Saya agak lambat mengenal huruf. Boleh dikatakan saya antara 4 orang pelajar terlewat menghafal huruf sehingga kami berempat diarah berdiri di hadapan kelas sambil membaca huruf yang tertera di poster yang ditampal di dinding hadapan kelas. Setelah beberapa ketika, saya sudah mampu menghafal huruf dan membaca. Walaupun dilihat lebih lambat, saya berjaya menduduki tempat pertama di dalam kelas semasa peperiksaan akhir. Maksudnya saya mungkin memang dilahirkan dengan IQ yang baik.
Namun, kecemerlangan akademik tersebut tidak akan terus kekal jika tidak berusaha. Saya mengalami saat jatuh dimana saya hanya menduduki tempat 3-13 sepajang sekolah rendah. Ketika itu, kedudukan di dalam kelas ditentukan oleh markah keseluruhan yang dikumpul untuk semua subjek yang diambil.
Apakah punca kemerosotan akademik? Jawapannya kerana saya kerap ponteng sekolah dan banyak bermain. Justeru untuk kekal cemerlang kena terus berusaha pada tahap tertinggi. Saya hanya mampu mencatatkan keputusan sederhana baik sahaja semasa peperiksaan penilaian sekolah rendah UPSR. Namun, saya nak bercerita bagaimana pelajar yang sederhana masa sekolah rendah macam saya boleh cemerlang di peringkat lebih tinggi.
Berada di sekolah menengah, saya mengenali lebih ramai pelajar baru dari pelbagai sekolah rendah yang lain. Ada antara mereka merupakan pelajar sekolah rendah yang cemerlang dengan keputusan penuh UPSR 4A atau 5A. Namun jika dilihat ada antara mereka yang menjadi pelajar yang mencapai keputusan sederhana sahaja di peringat menengah. Manakala saya berada pada tempat 10 teratas kebiasaannya setiap kali peperiksaan diambil. Apa yang saya buat ialah saya berusaha untuk memahami dan meminati subjek-subjek yang diambil di sekolah. Matematik, seni, dan sejarah merupakan subjek kegemaran saya. Selain itu, saya hebat dalam subjek bahasa melayu kerana saya kerap membaca contoh karangan yang baik dan juga mengulangkaji tatabahasa. Pernah guru kelas saya menyuruh saya menyemak karangan pelajar kelas sederhana (saya kelas sains). Saya menamatkan pembelajaran sekolah menengah dengan keputusan baik dalam SPM (antara yang terbaik di sekolah tetapi bukan keputusan A penuh).
Saya berbangga kerana semasa SPM, saya banyak skor subjek-subjek yang sukar seperti matematik tambahan dan fizik/kimia. Bagaimana nak skor subjek jenis ini adalah tidak lain dengan membuat latih tubi dengan kerap.
Selepas tamat tingkatan 5, saya meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi. Program di Matrikulasi memerlukan kita mengambil 3 sahaja subjek teras yang dikira dalam penentukan PNGK (Pencapaian Nilai Gred Keseluruhan). Saya ambil Fizik, Kimia, dan Matematik. Ketika di matrikulasi, motivasi saya sangat tinggi. Saya bersaing dengan pelajar-pelajar dari sekolah elite seperti MRSM dan juga teknik. Mereka ramai yang mencapai keputusan penuh semua A dalam SPM. Jadi agak segan dan gerun juga. Namun, saya berusaha cukup kuat di matrikulasi dengan mengikuti semua kuliah dan tutorial tanpa ponteng. Latihan juga banyak saya buat untuk memberi lebih kefahaman dalam setiap subjek diambil. Hasilnya, untuk pertama kali saya memperoleh keputusan penuh semua A untuk kedua-dua semester di peringkat ini.
Dengan pencapaian yang cemerlang, saya layak ke Ijazah Sarjana Muda dan mengambil pengajian Kejuruteraan Elektrik selama 8 semester. Sepanjang 8 semester saya merasai jatuh bangun dan belajar sesuatu diluar bidang akademik. Saya belajar menjadi pemimpin, berucap di hadapan audience, dan mengendalikan program-program universiti melalui kelab dan persatuan yang saya sertai.
Apa yang saya dapat katakan bahawa program-program yang agak mencuri masa itu memang memberi kesan dalam pencapaian akademik kerana masa untuk belajar dan berehat agak terganggu. Namun, itulah harga yang perlu dibayar untuk menjadi seorang yang memiliki kepakaran atau pengetahuan selain dalam bidang akademik yang diambil. Untuk adik-adik yang akan memasuki Universiti, anda dinasihatkan untuk menyertai pelbagai aktiviti di luar bilik kuliah dan pada masa sama memberi tumpuan di dalam kelas. Kandungan subjek adalah banyak dan pelajar memang tidak boleh membuang masa.
Saya berjaya menghabiskan ijazah sarjana muda pada kedudukan baik dan menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana (master) dan ijazah doktor falsafah (PHD). Untuk peringkat lebih tinggi, kebiasaannya kita akan leboh fokus kepada menjalankan penyelidikan lebih mendalam tentang bidang berkaitan yang telah kita ambil pada peringkat sebelumnya. Untuk berjaya tidak lain tidak bukan ialah usaha yang tidak pernah kenal putus asa. Saya harap anda semua berusaha untuk berjaya dalam hidup.