Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 6 7 8 9 10 ... 40 Next »

Kes Cubaan Menipu dan sabitan Rasuah Profesor USM

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kes Cubaan Menipu dan sabitan Rasuah Profesor USM
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
07-19-2013, 10:53 AM
Quote:
Semoga kisah ini dijadikan pengajaran. jangan cuba untuk menipu, buruk padahnya. dah la dapat malu malahan mungkin kena bayar denda.

Profesor USM didakwa memalsukan tuntutan elaun perjalanan

GEORGETOWN: Seorang profesor Universiti Sains Malaysia (USM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tiga pertuduhan membuat kenyataan palsu dalam tuntutan elaun perjalanan untuk tugasan rasminya pada 2010.

Prof Dr P Ambigapathy, Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Khairul Anuar Abdul Halim.
Ambigapathy, 56, dituduh melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di pejabat USM dengan niat memperdayakan Pembantu Tadbir Kewangan Haryatie Zainor, dengan menyerahkan dokumen iaitu kenyataan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri yang palsu bagi bulan Februari 2010 untuk tugasan rasminya dengan nilai sebanyak RM1,242.

Kesemua tuntutan perjalanan rasmi itu dibuat dengan menggunakan kereta sendiri jenis Mercedez Benz bernombor pendaftaran PJL 1292 sedangkan tertuduh sebenarnya menggunakan kereta jabatan jenis Proton Perdana dengan nombor pendaftaran PHJ 6116.

Bagi pertuduhan pertama, Ambigapathy didakwa pada 10 Februari 2010 telah mengemukakan tuntutan perjalanan rasminya bagi kerja lapangan dan mengumpul data penyelidikan yang berlangsung pada 6 hingga 8 Februari 2010.

Bagi dua lagi pertuduhan, beliau didakwa pada 7 Jun 2010 sudah mengemukakan tuntutan perjalanan rasminya untuk kajian penyelidikan di USM Kubang Kerian, Kelantan dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 6 Februari 2010 dan ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 7 Februari dan 9 Februari 2010.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang dari lima kali ganda atau nilai butir matan yang palsu jika dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Hakim Khairul Anuar membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos untuk sebutan semula kes.

Ambigapathy diwakili peguam M. Athimulan manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Janariah Abdul Mutalib. - BERNAMA
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Timur: Persiapan tengkujuh
Timur: Persiapan tengkujuh
08-08-2010 1,295 Views 0 Replies
Ibu, tiga anak pergi serentak
Ibu, tiga anak pergi serentak
08-17-2010 1,560 Views 0 Replies
Boeing 737 Terhempas, Patah Dua. 1 Mati, 130 Selamat
Boeing 737 Terhempas, Patah Dua. 1 Mati, 130 Selamat
08-19-2010 1,652 Views 0 Replies
Dengan 3 Biji Gelas Perempuan ini Kaya Raya
Dengan 3 Biji Gelas Perempuan ini Kaya Raya
04-18-2012 5,593 Views 5 Replies
kenapa...??!
kenapa...??!
05-06-2011 6,211 Views 13 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Cubaan 2 lelaki india menculik Mr.Pingu 0 1,246 06-03-2019, 11:53 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 02:24 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend