Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 5 6 7 8 9 ... 40 Next »

Budak Kurang Upaya (OKU) ditemui dikurung kurus kering operasi PATI Nilai

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Budak Kurang Upaya (OKU) ditemui dikurung kurus kering operasi PATI Nilai
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
06-23-2014, 12:41 AM
Kecoh ketika ini di laman sosial, berita dan dimana sahaja cukup menggemparkan seluruh Malaysia. Bagaimana seorang ibu tergamak memperlakukan anak mereka seperti itu? walaupun anak yang dilahirkan kurang upaya namun ibu nya tidak berhak memperlakukan anak beliau lebih teruk dari binatang. Makan entah diberi entah tidak. Badan anak kurus kering dan sangat menyedihkan.

Apa pun alasan yang diberikan bagi saya tak boleh nak menutup kesalahan besar yang dilakukan. Semiskin-miskin orang pun masih mampu memberi anak mereka makanan. malah kelihatan ibu remaja terbabit mampu berpakaian cantik mengapa anaknya memakai pakaian yang bagi saya hampir tidak pernah ditukar beberapa tahun?? Nilaikan sendiri..


Keadaan remaja sebelum dikurung


Bayangkan remaja yang elok rupa parasnya menjadi seperti gambar kecil dibawahnya


Gambar ketika ditemui dan dihantar ke hospital

Berikut merupakan petikan yang diambil daripada berita harian:

Quote:
MENYEDIHKAN... Operasi Imigresen memburu pendatang tanpa izin di Nilai menemui seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 15 tahun dikurung seorang diri dalam keadaan kurus kering dengan pakaian reput di Taman Semarak, awal pagi tadi. - Foto Mohd Khidir Zakaria

NILAI: Operasi Imigresen memburu pendatang tanpa izin di sekitar Bandar ini menemui seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikurung seorang diri dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah di sini, awal pagi tadi.

Remaja tempatan berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering dan kecil seperti kanak-kanak, malah memakai baju reput, manakala persekitaran bilik rumah pangsa di Taman Semarak, dipenuhi tanah dan najis.

Operasi diketuai oleh Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman bersama 115 anggota Imigresen, 30 anggota RELA, empat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan lima Jabatan Pendaftaran Negara, menyerbu kawasan rumah pangsa itu, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Faizal berkata, rumah itu diserbu kerana dikatakan didiami pendatang tanpa izin, tetapi apabila memasuki sebuah bilik, beliau menyangka menemui mayat, tetapi terperanjat apabila melihat seorang budak OKU yang bergerak.

Remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan.

Ibu remaja itu yang kebetulan baru balik dari bekerja di Sepang ditahan untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Difahamkan ibu remaja berkenaan dikatakan berasal dari Sabah.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Sabah & Sarawak: Buaya depan rumah
Sabah & Sarawak: Buaya depan rumah
08-10-2010 2,297 Views 0 Replies
1/3 Pekerja M'sia Bergaji Bwh RM700 (Paras Kemiskinan = RM720)
1/3 Pekerja M'sia Bergaji Bwh RM700 (Paras Kemiskinan = RM720)
08-08-2010 1,540 Views 0 Replies
MAS Rugi RM535 juta suku kedua tahun ini!
MAS Rugi RM535 juta suku kedua tahun ini!
08-19-2010 1,645 Views 0 Replies
Salam sejahtera semua, saya sudah mari
Salam sejahtera semua, saya sudah mari
03-19-2011 50,098 Views 57 Replies
Nama Manusia terpanjang di dunia
Nama Manusia terpanjang di dunia
07-23-2012 1,744 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
06-23-2014, 01:02 PM (This post was last modified: 06-23-2014, 01:03 PM by Mr.Pingu.)
Trending betol sekarang tentang remaja 15 tahun, oku, yg dikurung dlm blik dgn keadaan yg tak sepatutnya. Puas sy fkir nak tulis ke tak. Jujurnya sy menangis tgok video tu. Buka saja pintu adik ni terus mengengsot2 berjalan ke pintu nak keluar. Bayangkan berapa tahun dia tak pandang dunia luar. Berapa tahun emosi dan hatinya mati di sebalik dinding batu. Beebicara dgn diri sendiri. Ya allah. Mmg terguris berat sy dgn keadaannya. Tp hati kecil sy mmg mengatakan sesuatu. Saya pandang perkara ini dr kaca mata semua pihak.

1- saya agak kasihan dgn rintihan ibu mangsa. Sy faham kesusahan nak menjaga anak oku. Lg2 dgn keadaan yang begitu. Kerja di klia. Kesusahan itu sy rasa perlu dipertimbngkan. Seorng diri menyara anak dgn suami entah kemana.

2- Tp membiarkan anak itu dlm blik yg nmpak jelas tk pernah di kemas. Penuh dgn najis dan smpah. Baju yg jelas tk pernah ditukar. Apatah lagi mandi dan pembersihan diri yg terbiar. Ini satu alasan yang tak masuk akal. Anak sendiri tu. Kalau syang ini takkan terjadi. Banyak pihak boleh bantu.

3- Saya juga faham kalau si ibu tk pernah bawa msalah ni kemana2 pihak kerana msalah dokumentasi dan pendaftaran. Mengikut kes yg sy pernah hadapi. Kebanyakannya alasan sama tak tau prosedur, tiada duit. Arau takot di tangkap. Sb tu JPN berusaha kuat keluar msuk bandar, luar bandar, estet, semua la utk mendaftarkan semua yg menetap di msia ni.

4- Masalah seperti ini adalah satu dr beribu lagi yg tak kita nampak. Betapa pentingnya pembinaan keluarga yang cemerlang dan baik dr awal. Kerana mungkin kalau kita tk susah tp generasi2 akan datang akan mendapat kesannya. Ketiadaan ic dan sijil lahir. Biler dan berumur menjdi pelarian di negara sendiri. Bagaimana mudah2 nak buktikan anda rakyat malaysia sesahihnya. Ini utk pembangunan modal insan anak anak Malaysia dan negara secara am nya.

5- Dan yg terakhirnya. Melihat situasi keluarga ini. Sy letakkan diri sy disitu. Betapa untungnya kita sebenarnya. Sesusah mana kita, tgok betapa sengsaranya mereka hidup. Tak dpt bayangkan sy. Sedikit sebanyak ia memuhasabahkan diri sy utk bersyukur.
Sy mendoakan yg terbaik utk adik ini. Dan keluarganya. Anak itu anugerah allah swt. Susah mana pun ia satu rahmat. Sybtau bukan mudah menjaga anak2. Sndiri belum ade pengalaman. Tp tu la dr kita menghentam saja. Hulurkan doa utk mereka2 yg nasib nya tidak sebaik anda ini.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Osman Kering Meninggal Dunia di Hospital UKM Mr.Pingu 0 2,100 06-29-2012, 06:58 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 05:10 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend