09-02-2010, 02:24 AM
hehe malam2 ni aku teringin nak makan nasik lauk sardin. td aku masak sardin tin yang aku beli. tp xde variasi sgt la. aku bukan pandai masak sgt. setakat nak panaskan sardin dlm tin tu boleh la. td aku try la google cara-cara nak masak sardin.. mana la tau ada jumpe resepi tambahan selain memanaskan apa yg ada dlm tin sardin nie. then aku terjumpe la satu resepi yg aku sendiri xpenah tgok.. resepi itu dinamakan "Sardin masak Lemak"

cara2 membuatnya:
BAHAN-BAHAN :
1 tin ikan sardin mackerel
2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar
1 helai daun kunyit
4 biji ubi kentang
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
4 biji cili api
2 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
1) Kupas semua ubi kentang dan bawang besar serta dipotong empat.
2) Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan masak kuah sampai hampir mendidih kemudian masukkan ubi kentang dan daun kunyit . Guna kan api dapur yang sederhana supaya kuah masak secara perlahan-lahan dan tak pecah minyak . Biar kan ubi kentang masak sampai empuk .
3) Masukkan semua ikan sardin makeral dan kuah nya sekali , kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan sekata. Akhir sekali rasa garam jika kurang masin tambah la garam.