Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 19 20 21 22 23 24 Next »

Tasha berputih mata apabila album sulung yang sudah siap 8 lagu sekadar berkubur

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Tasha berputih mata apabila album sulung yang sudah siap 8 lagu sekadar berkubur
loritah Offline
Junior Member
*
Posts: 47
Threads: 22
Joined: Aug 2010
Reputation: 0
#1
09-06-2010, 10:00 PM (This post was last modified: 09-06-2010, 10:04 PM by loritah.)
SEKIAN lama menanti, hasrat Tasha atau nama penuhnya, Natasha Nordin, 28, untuk memiliki album solo terpendam begitu saja. Entah di mana silapnya, album yang sudah lapan lagu siap dirakamkan Bintang Prelude Akademi Fantasia musim keempat itu tiada berkesudahan. Sebelum ini memang acap kali, Tasha memukul canang mengenai kewujudan album yang mendapat sentuhan komposer Ajai itu. Malahan, di peringkat permulaan, perancangan menjadikan lagu Akhirnya Cinta sebagai single pertama juga menampakkan kesungguhan syarikat naungannya Wake The Baby (WTB).

Tetapi apakan daya, semua yang dirancang tidak menjadi. Harapan yang sebelum ini begitu tinggi menggunung terus tinggal menjadi butir pasir yang tak bermakna. Malah akui Tasha dia kini bukan lagi artis naungan WTB. Katanya lagi, kalau mahu dikenang kembali perkara itu, tak jadi kerja jawabnya.

“Susah sebenarnya Tasha nak cakap. Cuba bayangkan apabila orang memberi kita harapan tetapi ia berakhir bagaikan sebuah mimpi ngeri. Tipulah kalau Tasha cakap tak kecewa dengan Ajai. Hinggakan Tasha sendiri tak tahu nak cakap macam mana sebelum ini apabila ditanya mengenai album.

“Bila ditanya kepada Ajai, dia cakap nanti dulu. Pelbagai alasan yang diberikannya. Akhirnya Tasha tak letakkan lagi harapan kepadanya. Sampai bila Tasha harus menunggu seperti menunggu buah yang tidak gugur. Tasha pun bukan makin muda,” katanya yang meninggalkan WTB secara baik.

Menurut bekas kekasih hati Aqasha ini, mahu atau tidak, dia enggan terus mengeluh tanpa berbuat apa-apa. Hidup harus diteruskan. Akui Tasha, dia masih memenuhi undangan membuat persembahan nyanyian secara tertutup. Malah, peluang untuknya bergelar pelakon juga masih ada.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Arrora Salwa Nak Ganti Ziana Zain?
Arrora Salwa Nak Ganti Ziana Zain?
09-07-2010 1,879 Views 0 Replies
Fasha sanda Cantik berpurdah
Fasha sanda Cantik berpurdah
09-05-2010 2,141 Views 0 Replies
Iqram Dinzly: Saya Nak Kahwin, Nak Anak!
Iqram Dinzly: Saya Nak Kahwin, Nak Anak!
08-19-2010 2,149 Views 0 Replies
Mat Saleh Register
Mat Saleh Register
11-01-2010 3,138 Views 4 Replies
Salam sejahtera semua, saya sudah mari
Salam sejahtera semua, saya sudah mari
03-19-2011 50,861 Views 57 Replies
Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-12-2026, 01:49 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend