.
.
13 OKT 2010: Datuk Sharifah Aini sudah bertudung? Barangkali, itulah sangkaan ramai setelah melihat kehadirannya di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur sempena majlis sidang media Majlis Makan Malam Amal Malam Juitaku Sayang baru-baru ini. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran begitu ramai jemaah haji di hotel tersebut. Bila soalan ini diajukan kepada biduanita negara kesayangan ramai ini, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra disapa sebagai Kak Pah hanya tersenyum.
"Sebenarnya Kak Pah pakai tudung ni sebab Kak Pah sakit gigi. Sebabtak mahu nampakkan gusi Kak Pah ni bengkak, jadi Kak Pah pakailah tudung. Tapi, kalau tanya bila Kak Pah betul-betul akan pakai tudung,Kak Pah tak boleh nak jawab.
"Sebab itu semua kena datang kerana Allah. Bukan sebab kerana terpaksa atau kerana desakan mana-mana pihak. Lagipun Kak Pah tak mahu jadik macam segelintir kawan-kawan artis Kak Pah. Kesian kat diaorang. Sebab diaorang tersepit dengan keadaan ini (bertudung).
"Jadi, kesimpulannya, Kak Pah hanya akan pakai bila Kak Pah dah betul-betul bersedia dan Kak Pah mahu pakai kerana Allah, bukan kerana sesiapa. Itukan lebih baik. Buat apa nak hipokrit," katanya kepada murai.com.my.
Bercerita tentang Majlis Makan Malam Amal Malam Juitaku Sayang yang bakal dijayakannya bersama 2 artis undangan iaitu Datuk Ahmad Jais dan Syazliana di Pacific Ballroom Level 2, Hotel Seri Pacific pada 31Oktober 2010 ini, Kak Pah berkata, dia sebenarnya amat excited untuk menjayakan majlis makan amal ini.
"Majlis makan malam amal ini merupakan kesinambungan kepada beberapa majlis makan malam amal yang pernah Kak Pah lakukan dulu. Tujuannya adalah untuk mengutip dana bagi disalurkan kepada beberapa rumah tahfiz.
"Untuk Majlis Makan Malam Juita ini, Kak Pah akan cuba mengutip dana untuk dua buah rumah tahfiz iaitu di Madrasah Tahfiz Baitul Mahabbah di Shah Alam, Darul Uloom Islamiah di Taman Seri Petaling. Mudahan-mudahan ramai yang akan memberikan sokongan terhadap usaha Kak Pah ini. Kalau ikut perancangan, Kak Pah pada mulanya nak buat Majlis Malam Malam Amal Juita ini pada 15 Oktober yang lalu. Tapi, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, Kak Pah terpaksa menunda serta mengubah tarikhnya keoada 31 Oktober.
"Untuk pengetahuan semua juga, Kak Pah dah buat 2 show sebelum ini. Kak Pah ada 3 lagi show nak buat sebelum Kak Pah berangkat tunaikan haji pada 3 November akan datang. Show tersebut adalah show untuk Astro pada 4 Oktober nanti dan satu lagi private function pada 28 Oktober dan yang terakhir adalah Majlis Makam Malam Amal Juita ini," katanya.
Sambung Kak Pah lagi, dia mempunyai alasan tersendiri untuk mengambil Datuk Ahmad Jais dan Syazliana sebagai penyanyi undangan.
"Kak Pah ambil Abang Mad (panggilan untuk Datuk Ahmad Jais) sebab dialah yang selalu backing saya waktu saya mula-mula menyanyi dulu. Dia banyak bantu saya. Tentang Syazliana pulak, sebab Kak Pah rasa dia seorang penyanyi muda yang berbakat dan boleh pergi lebih jauh lagi dalam bidang ini," katanya.