10-31-2010, 01:05 AM
seindah memori oleh ilani mysara_cetakan 1,2005_bab akhir.
DI PAGI yang hening, bunga-bunga kemboja putih berguguran menyembah bumi. Burung-burung berkicauan memecah suasana alam yang suram. Di sinilah Dayang disemadikan, berhampiran dengan pusara Bak Man. Tanah kuburnya masih merah. Merah seperti mata orang yang merintih kehilangannya. Sesungguhnya daripada ALLAH kita datang dan kepada ALLAH juga kita kembali.
Telah seminggu Dayang pergi meninggalkan dunia yang penuh dengan dugaan. Telah seminggu juga rumah Pak Anjang berkabung. Mak Teh sudah tak larat bangun. Setiap kali nama Dayang terlintas, Mak Teh akan menangis dan menangis. Bazlin yang tak mengerti apa-apa tentang kehilangan Mak Cunya sentiasa memanggil nama Dayang dan mencari disegenap pelosok rumah.
Badri pula asyik termenung. Tipah sentiasa menemani walau ke mana suaminya pergi. Tipah tak berani berkata apa. Apatah lagi bersungut. Bilik pengantin yang dihias indah tinggal begitu saja. Semuanya amat difahami oleh Tipah. Badri masih teringatkan Dayang. Walaupun begitu sikap Badri, Tipah tak sedikitpun terasa hati. Tipah tetap cintakan Badri.
Petang itu setelah genap seminggu pemergian Dayang, rumah Pak Anjang kenduri lagi. Malam nanti akan diadakan bacaan tahlil. Pak Anjang seperti sudah kehilangan taring. Semua soal kenduri-kendara di uruskan oleh anak-anaknya.
”Pak Anjang, jangan ikutkan hati. Yang pergi sudah tentu menghadap ALLAH. Cuma kita yang tinggal perlu bersiap sedia. Ajal, maut dan rezeki semua ditentukan oleh-NYA. Kita perlu banyak bersabar dan reda apa jua ketentuan-NYA,” nasihat Pak Imam yang mengunjungi Pak Anjang. Pak Anjang hanya mampu mengangguk dan mengangguk.
”Abah... esok Timah nak bawa Bazlin pergi berubat. Asyik meracau menyebut nama Dayang. Isk dan Roslan akan temankan ke rumah mak bidan.” kata Timah.
Pak Anjang hanya mengangguk sambil memandang Mak Teh yang sedang demam.
KIRA-KIRA pukul 3.00 petang, Roslan dan Iskmal dikejutkan oleh Badar. Badar cuba menceritakan sesuatu sambil menunjuk-nunjuk ke arah kubur Dayang. Badar seperti orang gila. Menangis setiap hari. Tiada siapa yang tahu betapa kesal hatinya di atas perbuatannya dulu.
Tangan iskmal dan Roslan ditariknya serentak. Namun tangannya tidak mencukupi. Akhirnya Badar meraung sekuat hati.
”Lan, Isk... pergilah ikut Badar tu. Entah apa yang nak disebutnya? Badri pula tak ada kat sini. Kalau tidak, tahulah kita apa yang di cakapnya,” kata Timah.
SAMPAI saja di pusara Dayang, Roslan dan Iskmal tergamam. Semua mata tertumpu pada seorang lelaki berbaju Melayu putih sedang tekun membaca Al-Quran. Suaranya perlahan tapi cukup mendayu-dayu. Akhirnya Roslan mendekati lelaki itu.
”Iqbal?” seru Roslan.
Iqbal terus menoleh.
Roslan terkedu. Tiada lagi suara dapat dikeluarkan. Matanya merah menahan tangis. Iqbal datang setelah seminggu Dayang meninggalkan mereka.
”Assalamualaikum Lan. Apa khabar?” tanya Iqbal. Roslan dipeluk erat. Wajah Iqbal nampak tenang. Sedikitpun tiada air mata yang mengalir.
”Bila kau sampai Iq?” soal Roslan tersedu-sedu. Sekali lagi Iqbal didakapnya.
”Aku sampai semalam... aku terus ke rumah Pak Tam. Pak Tam telah menceritakan segala-galanya. Malam tadi juga aku bertolak ke mari. Baru saja sampai Lan,” jelas Iqbal. Wajahnya tetap tenang. Sesekali peluh yang memercik di dahinya disapu dengan sapu tangan berwarna merah. Roslan tahu... itu sapu tangan Dayang.
”Mari kita ke rumah Iq. Malam ni ada kenduri sedikit. Kau bacalah Al-Quran kat rumah. Tentu mak dan abah Dayang nak jumpa kau,” ujar Roslan sambil menyeka air matanya.
Iqbal hanya mengangguk. Diperhati pusara Dayang untuk penghabisan kalinya. Dipegang erat batu nisan Dayang. Digenggam kemas tanah yang masih merah. Dengan langkah yang longlai, Iqbal meninggalkan kekasih hatinya buat selama-lamanya. Tinggallah Dayang di alam persemadiannya. Iqbal masih ingat kata-kata Dayang.
”Dayang hanya dapat berjanji tapi sekiranya ada di antara kita yang beralih hati selepas tiga tahun, seorang lagi harus merelakan dan reda. Dayang janji akan menunaikannya.”
”Selamat tinggal sayang,” bisik Iqbal dengan nada yang amat perlahan.
Mereka segera menuju ke rumah Dayang. Di dalam perjalanan, mereka melintasi Lata Jeram. Lata Jeram tetap seperti dulu dengan deruan airnya yang bergerak laju. Iqbal berhenti sekejap. Direnungnya Lata Jeram. Dibisikkan sesuatu tetapi tiada seorangpun dapat mendengar bisikannya.
SAMPAI saja di rumah Dayang, semua tetamu terkejut. Pak Anjang anak-beranak terkedu. Semuanya tidak mampu bersuara. Orang yang sentiasa dinantikan oleh Dayang akhirnya muncul ketika sedih masih lagi menyelubungi mereka. Mak Teh mula meracau.
”Iqbal, Dayang dah tak ada. Dayang dah pergi. Kenapa Iqbal lambat sangat? Dayang dah tunggu lama.” Mak Teh memeluk Iqbal dengan kuat. Dihambur air matanya di dada Iqbal. Dirungkai segala perasaan yang tersimpan.
”Allahuakbar...” itu saja yang mampu disebut oleh Iqbal. Iqbal masih ingat pesanan Mak Teh dulu supaya dapat menjaga Dayang. Tetapi dia gagal menjaga tanggungjawabnya kerana darjat yang punya angkara. Iqbal mengurut belakang Mak Teh. Wajahnya tetap tenang.
Iskmal sudahpun terduduk dengan esakan. Semua yang hadir turut menangis.
”Timah, hidangkan makanan untuk Iqbal. Dah lama dia kat pusara Dayang. Tak ada siapa yang tahu. Nasibbaiklah ada Badar,” suruh Pak Anjang.
”Tak apalah pakcik, saya puasa hari ni.”
Iqbal terus meminta izin untuk mengambil wuduk dan terus bersembahyang zuhur. Selesai saja sembahyang, dia meneruskan bacaan Qurannya. Bacannya laju. Itulah niatnya. Niat untuk menghabiskan senaskah Al-Quran.
”BILA kau nak balik sana, Iq?” tanya Roslan setelah selesai bertahlil malam itu.
”Esok Lan.”
”Penerbangan Iq bila?”
”Petang esok.”
”Aku minta maaf kerana tak dapat menjaga amanah kau dengan baik. Aku dah kehilangan orang yang paling aku sayang,” ujar Roslan.
”Kita perlu reda Lan. Kita perlu ikhlas. Sudah ketentuan-NYA begitu.” tenang saja jawapan Iqbal. Hatinya benar-benar digamit rindu.
”Lepas ni kau akan ke mana?” tanya Roslan.
”Aku akan sambung belajar lagi. Aku akan penuhkan impian Dayang. Itu janji aku pada dia,” jawab Iqbal tersekat-sekat.
Malam itu Iqbal meneruskan bacaannya. Sehingga subuh, senaskah Al-Quran dapat ditamatkan. Selepas itu Iqbal terus tertidur bersama Bazlin. Air matanya mengalir dalam tidur. Sesungguhnya tak dapat ditahan penderitaan batinnya.
KIRA-KIRA pukul 8.00 pagi, Iqbal sudah pun bersiap untuk bertolak. Iqbal masih berpuasa. Semua anak-beranak Pak Anjang telah bersiap sedia menunggu dan menanti. Menanti kehilangan seorang lagi insan yang telah lama menghiasi hidup Dayang. Iqbal bagaikan saudara kandung yang terpaksa dilepaskan.
”Isk, ambilkan pakcik amanah Dayang,” pinta Pak Anjang sebaik saja Iqbal mahu bersalam dengannya.
Iskmal segera ke bilik Dayang. Kemudian diletakkan di depan Pak Anjang. Mata Iskmal merah menyala. Disekanya air mata dan berundur sedikit ke belakang untuk memberi Pak Anjang bersuara.
Iqbal nampak sedikit keliru tapi cukup tenang bila amanha Dayang diserahkan.
”Ini amanah Dayang untuk kamu Iq. Dia minta tolong pakcik serahkan pada kamu. Dayang tak dapat tunggu kamu lagi. Dia dah pergi jauh dari sini. Jadi pakcik serahkan balik mas kahwin yang kamu hantar. Senaskah Al-Quran, lambang cinta katanya. Maafkan kami.” Pak Anjang sudah mula menangis. Tersedu-sedu tanpa lagu.
Kain songket merah ditenung lama. Apabila beroleh sedikit kekuatan, Iqbal membuka songket tersebut. Senaskah Al-Quran yang pernah diberikan pada Dayang terhampar di depan mata. Al-Quran itu diciumnya beberapa kali. Dibuka muka surat yang dia sendiri tahu di mana. Sehelai kertas di ambil dan di baca.
Iqbal terus mengucup itu beberapa kali.kali ini bersama air mata yang mengalir laju. Cepat-cepat diseka air matanya dengan mengucap beberapa kali. Iqbal kembali tersenyum pahit. Quran itu dibalutnya segera.
Baru saja mahu melangkah ke kereta, tiba-tiba dia terhenti. Ditoleh ke arah pusara Dayang. Dipandang pemandangan Lata Jeram dan ditenung rumah Pak Anjang yang penuh makna. Selepas salam diberi, keretanya meluncur laju meninggalkan segala memori cintanya.
Sesungguhnya adikku sayang, kita tiada jodoh. Iq reda dan pasrah setiap ketentuan. Demi senaskah Al-Quran sebagai pengganti diri, Iq akan baca sepanjang hayat ini. Selamat tinggal sayang, Iq pergi dulu.
Assalamualaikum...
TAMAT
:- the best novel yg pernah oni bce. thats why nk kongsi dgn member2 gmpakz..tp bab last je ni.mybe ni cerita benar yg di buku kan..sbab 2 jlan critenye btl2 bt hti trsentuh.penuh dugaan dlm mempertahankan CINTA YG BERLANDASKAN AGAMA.ada pngajaran dlm crita ni.stiap kali ulang bace, mst nangis.hukhuk... thniah pd pnulis..
jangan kcewa dgn takdir andai kita tdk di jodohkan dgn plihan hati kita. krana mngkin dlm stiap doa kta hnya minta utk ditemukan dgn plihan hati yg tepat.tp kta trlupa untk brdoa spaya dijodohkan dgn plihan hati kta..

Iq,
Jika hati ini bagai angin yang berdesir laju,
Bagai sungai yang mengalir tanpa henti,
Akan tanpa rasa jemu ia menjemput cintamu,
Maka cintaku teramat kudus,
Semerbak setangkai mawar memburu usia yang takkan layu,
Titis cintaku seperti embun yang tak akan kering dicabar usia.
Tapi Iq,
Tak pernah ku minta,
Tak pernah kupohon,
Tak pernah kuhajati,
Calar-calar cintaku dugaan takdir,
Kasihku yang kian kelabu,
Setiap jasad ini ternoda dek cinta terlarang,
Dendam kesumat.
Cuma aku reda dengan apa jua alasanmu,
Sekiranya itu diminta oleh takdir,
Biar aku pergi dulu,
Jangan tunggu aku Iq,
Jangan menangis,
Jangan bersedih,
Ingatlah cintaku berkubur bersama jasad kudus ini,
Dalam mempertahankan cintamu.
Cintaku senaskah Al-Quran sebagai pengganti diri,
Aku cinta padamu Iq,
Sesungguhnya, demi ALLAH
Aku cinta padamu...
Dayang...