Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 18 19 20 21 22 ... 24 Next »

IBU: Fiz Fairuz Mungkin Nikah Disember Ini!

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
IBU: Fiz Fairuz Mungkin Nikah Disember Ini!
Mr.Pingu Online
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-06-2010, 02:19 AM


KUALA LUMPUR ,3 NOV 2010: Ibu mana yang tidak risau jika anak kesayangannya yang sudah pun berusia 30 tahun ke atas masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk mendirikan rumahtangga. Tambah merisaukan si ibu apabila si anak itu sudah pun sibuk ke hulu ke hilir bersama teman istimewa.

Itulah perasaan yang dirasai ibu kepada aktor Fizz Fairuz, Noor Haizan Jantan, 63, sewaktu ditemui di majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran pelakon Nur Kasih itu di Red Box, The Garden, Mid Valley, baru-baru ini.

"Ya, memang mak cik selalu tanya kepada Fizz, bila dia akan kahwin. Adik dia pun sudah pun kahwin. Tapi Fizz selalu sangat berikan alasan nanti dulu. Kadang-kadang tu, bila mak cik nak buka topik pasal kahwin, siang-siang lagi dia dah lari dulu. Apapun, mak cik tak nafikan, Fizz ada pernah cakap dengan mak cik, dia nak kahwin pada bulan 12.

"Namun, setakat ni, sama ada mak cik atau pun dia, kami masih belum buat apa-apa persiapan lagi. Tak kiralah persiapan tunang atau pun berkahwin terus," kata ibu Fizz.

Begitupun, pihak keluarganya sudah pun berjumpa dengan pihak keluarga Almy Nadia pada lebaran lalu.

"Mak Almy pun ada bertanya kepada mak cik tentang bilakah anaknya itu akan disunting Fizz untuk dijadikan isteri. Mak cik pun tak tahu nak jawab apa lagi. Almy memang dah rapat dengan keluarga kami.

"Terus-terang, keluarga mak cik sudah lama bersedia untuk menerima Almy sebagai menantu. Malah, sebelum arwah ayah Fizz meninggal pun dia sudah selalu bertanya tentang hal ini pada Fizz.

"Arwah ayah Fizz ada cakap dengan mak cik, dia memang berkenan nak jadikan Almy sebagai menantu. Mak cik pun dah tahu hati budi Almy. Apapun, mak cik dah tak larat nak tanya soalan yang sama pada Fizz," jelasnya.

Sungguh pun begitu, ibu Fizz yang ramah orangnya ini mempunyai hasrat sendiri tentang hubungan anaknya, Fizz dengan Almy yang kini sudah pun mencecah 4 tahun setengah.

"Kalau boleh mak cik nak mereka terus berkahwin saja. Tak payah nak bertunang-tunang. Yelah, mereka pun dah lama kenal. Kalau tak silap, dah 4 tahun lebih dah. Sampai adik Fizz kahwin dulu pun dah ada 2 orang anak. Apapun, sepanjang perkenalan mereka, memang ramai yang datang berjumpa mak cik nak jodohkan Fizz dengan gadis yang tertentu walaupun mereka dah tahu Fizz tu tengah bercinta dengan Almy.

"Setakat ini, mak cik pun takde lah bertanya pada Almy tentang hal ini. Yelah, dia tu perempuan. Semua keputusan terletak pada lelaki. Kalau mak cik nak kata Fizz masih tak cukup duit, itu bukan alasan yang kukuh. Jangan sampai adik dia semua dah berkahwin, sudahlah," jelas ibu Fizz.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Manisnya Siti Nurhaliza Bertudung Penuh
Manisnya Siti Nurhaliza Bertudung Penuh
08-27-2010 3,177 Views 0 Replies
Pelawak Yusof Chong Meninggal Dunia
Pelawak Yusof Chong Meninggal Dunia
09-07-2010 1,833 Views 0 Replies
Faizal Tahir : Saya Mungkin Tidak ke Final
Faizal Tahir : Saya Mungkin Tidak ke Final
11-06-2010 1,874 Views 0 Replies
Proton Preve
Proton Preve
05-27-2012 4,678 Views 6 Replies
Lagi pasal penutupan Facebook
Lagi pasal penutupan Facebook
01-15-2011 1,354 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
GeniusMaster Offline
portalkini.com
*
Posts: 42
Threads: 4
Joined: Aug 2010
Reputation: 0
#2
11-07-2010, 09:17 PM
elok le nikah.. Big Grin
MY BLOG | MALAYSIAN PORTAL | CREATIVEOX STUDIOS
Website Find
Reply
Mr.Pingu Online
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
11-07-2010, 09:18 PM
(11-07-2010, 09:17 PM)GeniusMaster Wrote: elok le nikah.. Big Grin

elakkan kontrobesi yg melanda hahhaaa
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 12:36 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend