Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 31 32 33 34 35 ... 40 Next »

Kejadian pelik di berek Polis

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kejadian pelik di berek Polis
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-06-2010, 02:49 AM
SEREMBAN: “Saya amat bersyukur kerana tiada sesiapa cedera,” kata RTilagavathi, 50, yang terkejut selepas mendapati kereta suaminya rosak dihempap sebuah unit pemprosesan komputer (CPU) di tempat letak kereta kediaman berek polis Seremban 2, di sini, kelmarin. Menurutnya, dia agak sedih dan terkilan berikutan insiden berkenaan secara tidak langsung menjejaskan persiapan dan ‘mood’ mereka sekeluarga untuk pulang beraya di Bagan Datoh, Perak sempena Deepavali,esok. Tilagavathi yang menetap di berek 14 tingkat berkenaan sejak tujuh tahun lalu, berkata dia sebelum itu sedang melakukan kerja rumahkira-kira jam 4.15 petang.

“Bagaimanapun, saya dan seorang anak perempuan berusia 22 tahun tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi dentuman agak kuat dari bahagian bawah iaitu di tempat letak kereta.“Saya kemudian segera pergi ke bawah untuk mendapatkan kepastian, namun tersentak apabila melihat kereta Proton Waja suami kemek di bahagian belakang akibat dihempap sebuah CPU,” katanya di sini, semalam.

Menurut suri rumah itu, dia kemudian segera memaklumkan perkara berkenaan kepada suaminya yang bertugas di Balai Polis Mantin sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Sementara itu, seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, perbuatan berkenaan dianggap seolah-olah tabiat biasa di kawasan terbabit tanpa memikirkan keselamatan orang lain. “Saya sebelum ini turut nyaris mengalami kecederaan apabila brek basikal (rosak) tiba-tiba dicampak dari atas dan terkena bumbung kenderaan.

“Namun, saya bernasib baikkerana sudah masuk ke dalam kereta. Jika tidak, kepala saya semestinya akan cedera akibat terkena besi berkenaan,” katanya.

PINGU: Polis pun ada perangai pelik camni ke??Dodgy
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
malaysia Ramai janda muda
malaysia Ramai janda muda
08-08-2010 2,814 Views 0 Replies
Sentral: Lif roller coaster
Sentral: Lif roller coaster
08-22-2010 1,055 Views 0 Replies
Tun Dr Siti Hasmah tidak sibuk
Tun Dr Siti Hasmah tidak sibuk
08-04-2010 3,535 Views 4 Replies
Berita gempar!! Facebook akan ditutup selepas 15 Mac 2011??
Berita gempar!! Facebook akan ditutup selepas 15 Mac 2011??
01-09-2011 10,129 Views 1 Replies
Salam sejahtera semua, saya sudah mari
Salam sejahtera semua, saya sudah mari
03-19-2011 52,311 Views 57 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-25-2026, 06:23 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend