11-10-2010, 09:00 PM
Kaftan sepanjang zaman
Oleh Nor Affizar Ibrahim
affizar@bharian.com.my
2010/11/10

gAMBAR kiri, VERSI dua lapis yang didatangkan bersama hud, satu kelainan ditampilkan. Gambar kanan, REKAAN daripada sutera satin polos yang diperindahkan dengan sulaman batu kristal pada bahagian depan.
REKAAN bercorak mungkin lebih sesuai digayakan untuk menghadiri acara tidak formal. Pilihan kini tampil bergaya
ALIRAN terkini busana Muslimah terus menyaksikan gaya potongan kaftan terus mendominasi permintaan. Namun, bukanlah menghairankan jika gaya potongan seperti itu diminati ramai kerana ia bukan saja cantik dan menyerlahkan penampilan tetapi memberikan impak istimewa serta cukup selesa dipakai. Kenyataannya, sejak rekaan kaftan melalui evolusi baru dan ditampilkan dalam sentuhan kontemporari yang memikat dan memperlihatkan gaya anggun si pemakai, semakin ramai tidak segan silu menjadikannya pilihan untuk bergaya.
Bagi wanita bertudung, rekaan seumpama itu memang sesuai kerana potongannya menutupi hampir semua bahagian tubuh diperlukan, sekali gus tidak perlu gusar jika ada bahagian aurat yang terdedah. Apa yang lebih menarik, kebanyakan pereka semakin kreatif dan bijak mengadunkan rekaan dalam gaya kaftan supaya ia terus menjadi pujaan wanita, terutama peminat fesyen.
Butik Fidz Collection antara yang tidak ketinggalan untuk mengetengahkan koleksi fesyen gaya kaftan. Pemilik dan perekanya, Zaiton Che Mat, berkata antara keunikan gaya kaftan ialah ia tidak pernah menjemukan. Ditambah lagi, setiap kali koleksi baru ditampilkan ada saja sentuhan baru yang ditonjolkan sama ada pada gaya potongan, rona dan sebagainya. Zaiton berkata, tidak dinafikan permintaan terhadap busana yang mengetengahkan gaya rekaan kaftan semakin tinggi permintaannya, malah ia bukan saja diminati di kalangan wanita bertudung.
“Busana gaya potongan kaftan pada masa kini kebanyakan ditampilkan dalam fabrik yang bermutu dan ditambah dengan pelbagai hiasan yang mencantikkan lagi penampilan, sekali gus ia sesuai sekali untuk dipakai ketika menghadiri majlis rasmi atau formal.
“Bagi wanita bertudung, jika dulu jubah begitu dekat dalam hati, kini kaftan semakin disenangi kerana memberikan lebih keselesaan dan menonjolkan gaya lebih kontemporari untuk bergaya,” katanya.
Zaiton berkata, selain menjadi pilihan untuk digayakan ke majlis rasmi, terdapat juga rekaan kaftan yang sesuai untuk menghadiri acara kasual atau santai. Paling penting, individu berkenaan mestilah bijak membuat pilihan tepat. Beliau berkata, umumnya busana potongan kaftan sesuai untuk semua peringkat usia, tidak kira wanita muda mahu pun sudah berusia. Rekaan seumpama itu juga tidak terbatas untuk yang bertubuh langsing atau tinggi tetapi juga molek disarungkan bagi wanita bertubuh gempal dan rendah.
“Jika diambil kira sejarah pemakaian kaftan, bolehlah dianggap ia antara koleksi fesyen sepanjang zaman. Namun, yang menariknya rekaan seumpama itu sesuai untuk semua bentuk tubuh. Tetapi si pemakainya hendaklah berhati-hati terutama dari segi pilihan rona dan corak. Misalnya, jika seseorang itu berbadan agak gempal, mungkin lebih sesuai dan tampak cantik jika memilih koleksi yang menampilkan rona gelap,” katanya memberikan panduan.
Katanya, untuk penggemar gaya busana seperti itu Fidz Collection menampilkan beberapa koleksi terkini. Kebanyakan koleksi menampilkan gaya polos kerana ia mampu menyerlahkan ciri eksklusif dan citra glamor pada pemakainya berbanding yang bercorak. Namun, bagi mengelakkan tampak terlalu polos, ia diserikan dengan hiasan batu permata dan manik pada bahagian pinggang, lengan dan dada.
Rona terang atau cerah menjadi pilihan utama kerana permintaan adalah tinggi, khususnya yang menonjolkan sentuhan gaya glamor. Hiasan dan percikan kilauan batu kristal serta swarovski pada koleksi menambahkan lagi keanggunan dan gaya mewah. Jika bosan dengan kaftan yang berpotongan ala kelawar atau biasa beralihlah kepada kaftan berlengan yang diaplikasikan dengan pelbagai gaya rekaan.
Rekaan busana tampil dalam pelbagai variasi fabrik antaranya sifon India, jersi dan satin sutera. Penggunaan sifon India menjadi pilihan kerana ia memudahkan jahitan manik pada atas busana itu kerana ia lebih keras sedikit berbanding sifon China. Bagaimanapun, sifon India masih lagi berciri lembut dan beralun sebab itu tampak cantik digayakan.
Fabrik jersi pula lebih kepada koleksi gaya santai kerana ia menampilkan corak untuk memberikan pilihan kepada mereka yang tidak gemar polos. Satin sutera juga adalah antara fabrik bermutu tinggi dan ia sesuai untuk koleksi yang menyerlahkan gaya mewah dan glamor. Walaupun potongannya menutupi seluruh tubuh, tidak terasa panas kerana kainnya berciri lembut dan selesa dipakai.
Koleksi berkenaan dijual pada harga RM1,000 ke atas dan boleh didapati di butik Fidz Collection yang terletak di Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan juga di Sarawak.