Semalam member yang memang sama minat tengok gegar vaganza 4 saban minggu contact aku. Katanya tolong beli tiket Final gegar vaganza 4. Sebabnya? Buat kat Johor you! haha.. Aku memang terkejut. Sebab selama ni buat KL kalini Johor pulak. Aku tanpa buang masa belilahlah tiket secara online.
Now dah booking 4 tiket untuk kawan-kawan aku. Tak sabar rasanya nak menonton gegar vaganza 4 yang dibarisi penyanyi-penyanyi hebat. Aku tengok gegar Vaganza sebab no 1, ada Aishah!! She is my Favorite artist Ok. Zaman dulu vokal beliau sangat mengancam yang orang cakap suara Kaset kalau nyanyi Live. Bukan itu sahaja, Vokal tinggi dia bukan sahaja padu malahan sangat menusuk kalbu. Aku boleh kata takde penyanyi generasi baru mampu menyanyi sebaik Aishah pada zaman kegemilangan beliau.
Sekarang Aishah dah 52 tahun dan nyanyian beliau tak sehebat dulu atas faktor usia namun, sebagai peminat apa yang Aishah mampu buat itulah yang kami terima. tak dinafikan peluang Aishah untuk menang gegar Vaganza tu tak besar. saingan beliau Hazami dan Liza Hanim kedua-duanya masih muda dan bertenaga. Nyanyian juga konsisten.
Tapi apa aku harapkan aku enjoy sahaja persembahan Final GV4 malam tersebut. Tak percaya lak dapat tengok Live. Final akan dibuat di Pineword Iskandar Studio. Tempat biasa aku lalu kalau ronda ronda sekitar iskandar Malaysia.
Aku juga penyokong Hazami kerana bagi aku dia bukan sahaja bervokal Hebat malahan dia ni sangat bervariasi dan dinamik. Compare dengan Liza Hanim rasanya Hazami lebih hebat bermain vokal. Tapi, aku yakin Liza hanim akan menjulang kejuaraan un tuk GV4 sebab Vokal Liza menang padu dan lantang.
Kepada yang belum membeli tiket bolehlah beli Tiket Final Gegar Vaganza 4 melalui Tiketpro online.
P/S: Sampai sekarang aku tak boleh move on dengan persembahan Aishah last week melalui lagu Haqiem Rusli tergantung Sepi... Tersangat power Ok! macam bukan makcik umur 52 tahun nyanyi. Ziana Zain pun tak mampu dah nyanyi setinggi tu.


