Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 17 18 19 20 21 ... 24 Next »

Siti Sarah Raissuddin

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Siti Sarah Raissuddin
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,499
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-17-2010, 11:13 AM (This post was last modified: 07-15-2012, 12:40 AM by Mr.Pingu.)


Sarah merupakan seorang artis yang muncul sekitar tahun 2002. Pada awalnya sarah mula mencari tapak dalam industri seni dengan menyertai Bintang RTM tahun 2001 bersama Misha Omar dan Azharina Azhar. Namun, nasib tidak menyebelahinya kerana dikatakan tersalah memilih lagu dan Azharina Azhar memenangi tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Sarah kemudiannya menyertai bintang URTV dan beliau kali ini berjaya merangkul kejuaraan dalam acara tersebut dengan membawa pulang wang tunai RM10,000.

Kemudian, Sarah Raissuddin disunting menjadi artis rakaman dibawah syarikat NAR Records. dengan kemunculan single pertamanya yang berjudul kesetiaan, Nama Sarah Raissuddin tiba-tiba meletop dan meniti di bibir-bibir peminat muzik tanah air kerana kelunakan dan kemantapan Vokal penyanyi kecil molek ini. Single kesetiaan juga berjaya merangkul Juara di semua stesen Radio ketika itu.

Awalnya Sarah dilihat sebagai pencabar yang hebat kepada penyanyi terbaik masakini iaitu Siti Nurhaliza. Dengan kemunculan albumnya yang berjudul "Sarah", Album tersebut telah mengangkatnya sebagai Artis terbaru wanita terbaik di Anugerah Planet Muzik 2002 dan merupakan satu-satunya artis junior yang tercalon pada kategori artis wanita terbaik. pada tahun yang sama, Sarah sekali lagi menjulang namanya dengan kemenangan besar pada malam Anugerah Industri Muzik 2003 (AIM2003) dengan membawa pulang anugerah Artis baru terbaik, Album pop terbaik dan Album terbaik dengan mengenepikan banyak penyanyi hebat ketika itu seperti Siti Nurhaliza ( Sanggar Mustika / Live untukmu Sudirman), Anuar Zain, Misha Omar, Hazami, Dayang Nurfaizah dan lain-lain lagi.

Sarah kemudiaanya mencuba nasib dalam pertandingan Juara lagu 2003 namun kecundang di peringkat separuh akhir. Rakan seperjuangannya Misha Omar berjaya merangkul juara pada tahun tersebut dan bermulalah revolusi misha Omar selepas itu.

Tahun hadapannya pada 2004, sarah telah keluar dengan Album baru yang bertajuk "Mimpi pun sama". Sebenarnya Album ini merupakan Album yang cukup hebat namun rezeki tidak berpihak kepada sarah kerana beliau terus kecundang pada AIM2004, Anugerah juara lagu dan sebagainya. Kemudian Sarah muncul dengan Album ketiga berjudul "Tiada Dikau Tiada makna". Album ini juga ada kelainannya dan menunjukkan kematangan Sarah dalam industri. namun, nasib Sarah juga makin teruk kerana Album sehebat ini tidak mendapat sambutan dipasaran. namun bagi peminat-peminat Sarah, mereka tahu kehebatan sebenar sarah.

Lama menyepi tanpa Album baru. Kerjaya seni Sarah semakin terumbang ambing dengan pelbagai gosip tidak elok mengenainya. Namun Sarah bangkit untuk kembali di persada seni dengan mengambil langkah menyertai pertandingan One in Million. dengan menyertai pertandingan ini, Sarah berjaya membuka mata banyak pihak tentang kehebatan Vokalnya yang selama ini ramai masih tidak tahu dan berpeluang melihatnya kerana kurangnya publisiti. Sarah berjaya mara sehinggalah ke akhir sebelum tersingkir pada malam Final. Sekali lagi sarah tiada rezeki namun percaturan itu dilihat berjaya dari sudut lain kerana nama sarah meniti kembali di bibir peminat seni tanah air dan beliau semakin banyak menerima tawaran-tawaran persenbahan.

Pada tahun 2009, Sarah Raissuddin telah menyertai pertandingan World Championship of Performing Art (WCOPA 2009). Pada awalnya beliau berentap dengan beberapa artis dan juga peserta bukan artis dan beliau berjaya merangkul juara dan mendapat tiket ke Hollyword untuk menyertai pertandingan seni persembahan dunia tersebut mewakili malaysia. Sarah cukup membanggakan kerana berjaya meraih 4 pingat dalam pertandingan tersebut. sarah berjaya ke peringkat Grand Final walaupun kesihatannya sedikit terganggu.

Sekarang ini sarah masih mengumpulkan Material untk album keempatnya.. harapan saya agar Album ini menjadi salah satu Album terbaik beliau dan menaikkan kembali kegemilangannya satu masa dahulu. Blush
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Awie Bengang Tumbuk Kerusi Sampai Pecah!
Awie Bengang Tumbuk Kerusi Sampai Pecah!
08-06-2010 1,959 Views 0 Replies
Lelaki ego manakala perempuan sensitif?
Lelaki ego manakala perempuan sensitif?
08-04-2010 5,247 Views 2 Replies
RM 150,000 Kos pembikinin Album Terbaru Anuar Zain
RM 150,000 Kos pembikinin Album Terbaru Anuar Zain
09-21-2010 3,238 Views 0 Replies
Ayat-ayat poyo
Ayat-ayat poyo
11-03-2010 11,986 Views 10 Replies
Kisah monyet yang menyayat hati
Kisah monyet yang menyayat hati
08-08-2010 1,821 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Tidak Salah Shuib nak Cari Pengganti Allahyarham Siti Sarah Raissuddin Mr.Pingu 0 1,333 01-08-2022, 12:40 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Tak Dapat menahan Tangis kerana Pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin Mr.Pingu 0 1,051 08-16-2021, 02:40 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Allahyarham Siti Sarah Pemurah Sejak Remaja: Hadiahkan Jam Tangan kepada Pemuzik Mr.Pingu 0 961 08-14-2021, 02:17 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Siti Pemergian Sarah Raisuddin buat Dato Seri Siti Nurhaliza Sebak menangis Mr.Pingu 0 1,027 08-11-2021, 04:54 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Siti Sarah Raisuddin menghembuskan nafas terakhir 9 Ogos 2021 sekitar 5.13 pagi Mr.Pingu 0 747 08-09-2021, 11:34 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia, reaksi anak-anak Shuib yang menyentuh hati Mr.Pingu 0 725 08-09-2021, 11:00 PM
Last Post: Mr.Pingu
  I can See Your Voice Malaysia - Siti Sarah - Arm Yunus Mr.Pingu 0 2,235 07-29-2019, 08:02 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Anak Siti Sarah & Shuib Comel Mr.Pingu 0 4,463 02-19-2012, 12:53 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Nama anak Siti Sarah dan Shuib Mr.Pingu 0 2,680 11-15-2011, 07:46 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Jantina Bayi dikandungkan oleh Siti Sarah Raissuddin Mr.Pingu 0 2,939 09-07-2011, 01:50 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Tahniah! Siti Sarah Raissuddin Mengandung 2 Bulan. Mr.Pingu 0 2,131 05-03-2011, 11:17 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Dikala Siti Sarah bakal berkahwin,perkahwinan bapa siti Sarah,Raisuddin ingin dibubar Mr.Pingu 18 24,543 03-04-2011, 10:27 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Perkahwinan Siti Sarah Raissuddin dengan Shuib Sepah telah selamat dijalankan Mr.Pingu 10 13,282 03-03-2011, 05:10 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bertunang akhirnya: Siti Sarah Raisuddin dengan Shuib sepah (Shahmira) Mr.Pingu 0 2,675 12-13-2010, 11:28 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Sarah Raissuddin dan Shuib Sepah bakal berkahwin? Mr.Pingu 0 2,904 11-18-2010, 12:29 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-17-2026, 05:00 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend