Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › SaiNS v
« Previous 1 2 3 4 Next »

Cipta Hujan di Gurun Panas?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Cipta Hujan di Gurun Panas?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
01-06-2011, 01:27 AM


DUBAI - Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan kira-kira 50 hujan lebat di rantau Al-Ain, Abu Dhabi pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi ion, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis tersebut dilantik oleh Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan untuk melaksanakan projek rahsia itu. Kebanyakan hujan lebat itu berlaku semasa kemuncak musim panas iaitu pada bulan Julai dan Ogos.

Semasa hujan itu turun pada tahun lalu, penduduk bingung dengan kehadiran hujan lebat tersebut yang kadangkala diikuti dengan ribut petir. Para saintis ini menggunakan pengion gergasi berbentuk seperti terendak lampu yang dipasang pada batang-batang besi untuk menjana medan partikel bercaj negatif yang dipanggil elektron. Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan dan diharap dapat menghasilkan hujan.

Dalam satu video rahsia, pengasas syarikat Switzerland yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut, Metro Systems International mengakui usaha itu akhirnya membuahkan kejayaan.

"Kami berjaya menghasilkan hujan," kata pengasas Metro Systems International, Helmut Fluhrer.

Pada bulan Jun lalu, Metro Systems telah membina lima tapak pengionan yang setiap satu mengandungi 20 pemancar. Pemancar itu mampu menghantar bertrilion-trilion ion yang membentuk awan ke atmosfera.

Menurut akhbar Sunday Times, sistem itu dipercayai berjaya menghasilkan hujan buat pertama kalinya. Projek untuk mencipta hujan itu dipercayai melibatkan kos £7 juta (RM33.21 juta). - Agensi
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Bahan dalam plastik yang wajar diberi perhatian, BPAF
Bahan dalam plastik yang wajar diberi perhatian, BPAF
08-21-2010 1,548 Views 0 Replies
Sejarah Penciptaan USB Flash Drive: Rakyat Malaysia terlibat
Sejarah Penciptaan USB Flash Drive: Rakyat Malaysia terlibat
07-17-2012 2,024 Views 0 Replies
Bebola Ungu makhluk Asing Muncul di padang pasir?
Bebola Ungu makhluk Asing Muncul di padang pasir?
03-11-2013 2,257 Views 0 Replies
Mengelakkan OFF Topik
Mengelakkan OFF Topik
04-10-2011 10,917 Views 17 Replies
Salam Perkenalan
Salam Perkenalan
02-10-2017 2,974 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 08:50 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend