Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › MuZiKaL v
« Previous 1 2 3 4 5 ... 8 Next »

Sejarah Bintang RTM

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Sejarah Bintang RTM
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
07-15-2012, 01:11 PM
Bagi meneruskan tradisi gemilang, jenama BINTANG RTM dikekalkan sebagai medan terbaik pencungkil bakat baru bidang seni suara tanah air. Bersesuaian dengan penganjurannya kali ini pada tahun 2012, nama BINTANG RTM 2012 Bintang 1 Malaysia adalah bertepatan sebagai kesinambungan sebuah pertandingan yang unggul, klasik dan berkualiti. BINTANG RTM adalah sebuah rancangan pertandingan seni suara yang paling popular di RTM. Kejayaannya bertahan selama lebih 30 tahun dalam industri hiburan tidak dapat dinafikan lagi.

Sejarah pertandingan di RTM bermula pada awal 1959, dikenali sebagai BINTANG RADIO anjuran Radio Malaya. Bagaimanapun, pertandingan BINTANG RADIO hanya mengutamakan lagu yang berentak langgam, asli, keroncong dan seriosa. Pada tahun 1964, BINTANG RADIO memulakan siaran pertamanya di TV dan pada masa yang sama juga TV Malaya mencari bakat baru untuk pertandingan BAKAT TV. Bermula dari situ, setiap tahun BINTANG RADIO & BAKAT TV menerima sambutan yang amat menggalakkan dari peminat seni tanah air.

Nama BINTANG RTM mula digunakan apabila Bakat Radio dan Bakat TV diselaraskan dan digabungkan menjadi BINTANG RTM pada tahun 1973 dan pertandingan Peringkat Akhir yang pertama disiarkan pada 26 Februari 1974. Bintang RTM seterusnya menjadi acara tahunan RTM sehingga tahun 1986. melalui pertandingan ini RTM telah melahirkan ramai nama-nama besar dalam industri seni hiburan antaranya Dahlan Zainuddin, Allahyarham Sudirman Hj Arshad, Rosmaria, Jennifer Yen, M.Rizal, Muhaini Suratman, Yunizar Hussein, Jamal Abdillah, Najib Hanif, Rohana Jalil, Juliza Adlizan, Safar Ghafar, Raisuddin Hamzah, Ramlah Ram, Jamilul Hayat, Noraniza Idris, Noraliza Yusof, Azian Mazwan Safuan dan Ayaillusi.

Selepas tahun 1986, beberapa pertandingan lain muncul menggantikan Bintang RTM antaranya BINTANG HMI, SUARA 90'AN, "GOLDEN TEEN SEARCH", BINTANG GALA 2, dan "TEEN STAR". Melalui pertandingan ini juga ramai nama besar muncul antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Nora, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah, Candy Cheah, Nur Fatimah, Dhia Fadilla, Carol Oormila, Mas Idayu, Ani Mayuni, Esther Khoo, Alya, Zehra Zambri dan Arnieza Amir. Walaupun terdapat berbagai pertandingan sampingan yang dianjurkan oleh RTM, ternyata Bintang RTM adalah yang paling popular dan berprestij.

Setelah 13 tahun menghilang akhirnya Bintang RTM muncul kembali pada tahun 1999 dan tahun 2001. Ianya telah membawa kejayaan besar apabila berjaya menghasilkan artis hebat seperti Azharina, Misha Omar, Sarah Raisuddin, Farawahida, Sharifah Zarina, Norhasmidar dan Ameer Sofaz. Atas inisiatif ingin terus melahirkan artis-artis yang berpotensi besar, kesinambungan Bintang RTM diteruskan pada tahun 2004, 2005, 2007 dan 2009. Ini menyaksikan kelahiran bakat-bakat baru yang tidak kurang hebatnya seperti Rina Azhar, Felis, Rey, Aeyaja Shada, Izwan Pilus, Najib Hamzah, Muhaizam Ahmad, Marcel, Emil Hamlyn, Min, Shahir, Han Amin dan Ernie.

sumber: http://www.rtm.gov.my/bintangrtm/index.p...&Itemid=27
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Liku-liku hidup Remy Ishak sebelum bergelar Bintang!
Liku-liku hidup Remy Ishak sebelum bergelar Bintang!
04-09-2011 2,395 Views 0 Replies
Sepintas Separuh Akhir Muzik-Muzik Saringan pertama
Sepintas Separuh Akhir Muzik-Muzik Saringan pertama
11-11-2010 2,227 Views 0 Replies
Coretan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010
Coretan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010
04-04-2011 9,731 Views 8 Replies
salam perkenalan..
salam perkenalan..
04-17-2012 2,644 Views 1 Replies
Yeayy dah sampai kampung
Yeayy dah sampai kampung
05-14-2011 2,069 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 10:46 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend