Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › MuZiKaL v
« Previous 1 ... 4 5 6 7 8 Next »

Habsah Hassan: Salam Terakhir paling syahdu

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Habsah Hassan: Salam Terakhir paling syahdu
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-19-2010, 04:34 PM
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my
2010/11/19



Habsah (tengah), Francissca, Erra Fazira, Razis Ismail, Adnan Abu Hassan pada Majlis sidang akhbar album Untai ilham Estetika di Restoran Puteri.

Habsah dedahkan kebanyakan seni kata tulisannya berdasarkan kisah hidup penyanyi itu sendiri

KEKERAPAN Allahyarham Datuk Sudirman Arshad melepak bersama berkongsi kisah suka dan dukanya kepada Habsah Hassan memudahkan penulis seni kata berkenaan mendapat ilham menulis cerita untuk teman baiknya itu. Seni kata Merisik Khabar, Salam Terakhir, Terasing, Di Dalam Sepi Itu antara nukilan Habsah Hassan yang khusus buat Sudirman dan boleh dikatakan ke semuanya menjadi hit. Seni kata lagu dendangan penyanyi itu juga kebanyakan dihasilkan berdasarkan kepada kisah hidupnya.
Seni kata Salam Terakhir umpamanya, terhasil apabila penyanyi itu berkali-kali memberitahu dia dapat berasakan akan meninggal dunia pada usia yang muda. Lagu itu turut menyelitkan kekecewaan penyanyi itu terhadap kegagalan rumah tangga yang dibina bersama Kamariah Jamaluddin atau Kay yang hanya mampu bertahan tiga tahun saja.



Kata Habsah, Sudirman amat kecewa dengan kegagalan rumah tangganya menyebabkan dia mengabdikan kekecewaan itu melalui seni kata Salam Terakhir. Malah, tidak sedikit air mata penulis itu yang tumpah setiap kali dia menghasilkan seni kata buat penyanyi itu.

“Uniknya setiap seni kata mengenai Sudirman ini adalah kerana dia sering melepak dengan saya. Jadi saya boleh mengaitkan seni kata yang ingin saya hasilkan, dengan kisah hidupnya. Kalau buat seni kata lagu untuk Sudirman, memang saya boleh menangis sama.

“Lagu Sudirman semuanya ada cerita yang pernah dilalui olehnya. Antara seni kata yang dinyanyikan oleh Sudirman paling suka ialah lagu Merisik Khabar,” katanya dalam majlis pelancaran album koleksi seni kata lagu yang pernah ditulisnya iaitu Untaian Kasih.
Di antara 20 seni kata yang pernah dihasilkan buat Sudirman, dua daripadanya iaitu Merisik Khabar dan Salam Terakhir dimuatkan dalam album kompilasi itu.

Sepanjang 34 tahun berkecimpung dalam bidang penulisan serta lebih 1,000 seni kata lagu yang pernah dihasilkan, penulis berusia 61 tahun itu, memberitahu adalah sukar untuk menyatakan mana paling disukai kerana setiap satu darinya mempunyai keistimewaan.

Selain lagu-lagu Sudirman, beliau turut meminati lagu Suratan Atau Kebetulan nyanyian Kenny, Remy dan Martin, Butakah Cinta dengangan kumpulan Spring atau Kita Insan Biasa yang dinyanyikan secara berduet oleh Jay Jay & Dayang Ku Intan, yang ke semuanya terhasil berdasarkan kepada kisah benar yang diceritakan oleh rakan-rakan, menerusi pembacaan serta pemerhatian.

Berkongsi bagaimana berjaya menghasilkan lirik yang mampu menangkap jiwa pendengar, Habsah berkata, beliau tidak ada rahsia sebaliknya seorang penulis perlu mempunyai tahap sensitiviti terhadap kehidupan.

“Saya tidak ada rahsia kerana menulis adalah kegiatan yang paling saya minati. Apa yang penting ketika menulis seni kata lagu, kita kena tahu sasaran kita datang daripada pelbagai latar status dan pendidikan. Benda yang dimiliki oleh setiap insan tak kira darjat, keturunan dan umur adalah perasaan. Perasaan ingin disayangi, dikhianati, suka dan benci ada pada semua orang.

“Jadi saya berpegang kepada prinsip, karya yang ada perasaan akan menyentuh perasaan. Kalau setakat buat seni kata lagu di tepi telinga pendengar, peminat pun akan mendengar sekadar saja. Akibatnya jangka hayat lagu itu tidak lama,” katanya yang memulakan kerjaya penulisan dengan menulis skrip untuk radio, televisyen dan filem pada 1967.

'Memang kena cerewet'


BAGI menghasilkan seni kata yang terbaik, sikap cerewet perlu ada. Habsah tidak menolak beliau sendiri bersikap begitu, dek kerana sikap itu ada kalanya proses menghasilkan seni kata boleh memakan masa panjang. Tetapi sekiranya memberikan tumpuan sepenuhnya, seni katanya boleh disiapkan dalam tempoh beberapa jam, setengah hari atau mungkin beberapa minggu.

“Setiap kali komposer memberikan lagu, saya kena dengar berkali-kali sehingga melodi itu hidup dalam diri saya. Apa pun yang penting saya kena suka dengan melodi itu. Pernah saya menolak melodi yang diberikan kerana tidak boleh menyerapnya ke dalam diri saya.

“Jika saya sedang emosional lebih mudah saya dapat menghasilkan lirik. Kadang-kadang masalah itu tidak seberapa tetapi biasalah wanita, mudah sangat tersentuh hati hingga terbawa-bawa” katanya.

Dalam pada itu, Habsah tidak menafikan kerjayanya sebagai penulis seni kata lagu tidak akan berada sehingga tahap ini tanpa sokongan dari suami Mohamed Jusoh, 63. Menurutnya, suami adalah penyokong setianya dan dia amat berterima kasih kepada lelaki itu kerana amat memahami kesibukannya, begitu juga dengan anak-anak.

“Jika tiada sokongan suami, saya tidak berada di tempat sekarang. Suami saya bukanlah lelaki romantis, tetapi dia sering memberi galakan dan tidak pernah menghalang ke mana saya pergi. Begitu juga dengan anak-anak, sepatutnya sebagai ibu, saya yang perlu bertanya ke mana mereka pergi setiap hari.

“Tetapi saya pula sebaliknya, mereka yang sering bertanya ke mana mama pergi, kerana hari sudah jauh malam tetapi saya masih belum pulang. Waktu kerja saya dulu tak tentu arah. Saya bersyukur sangat kerana dikurniakan suami yang cukup penyayang serta memahami,” kata Habsah lagi.

Pada majlis pelancaran album kompilasi berkenaan, syarikat rakaman Warner Music Malaysia turut mengambil kesempatan meraikan ulang tahun ke 38 perkahwinan pasangan itu yang jatuh pada 18 November.

Album Untaian Ilham Estetika muatkan 32 lagu

Untaian Ilham Estetika yang hadir di pasaran selepas Aidilfitri lalu memuatkan sebanyak 32 buah lagu tulisan Habsah Hassan di bawah hak milik Warner Chappel Malaysia. Lagu yang dipilih adalah hasil kerjasamanya dengan Pengurus Strategik Domestik Warner Music Malaysia, Shafie Yusof.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan seperti Lagumu Syairku (Razis Ismail), Aku Hanya Pendatang (Francisca Peter), Wajah Rahsia Hati (Ogy Ahmad Daud), Merenung Bulan (Aishah), Pulangkan (Misha Omar) Sendiri, Jamal Abdillah dan banyak lagi.

Menurut Shafie, lagu-lagu yang dimuatkan dalam album berkenaan adalah lagu-lagu hit yang dinyanyikan oleh majoriti penyanyi terkenal. Sebanyak 32 lagu yang disenarai pendek dipilih daripada 100 lagu. Proses pemilihan mengambil masa enam bulan. Walaupun terpaksa memilih lagu yang terbaik, namun tidak berdepan kesukaran kerana turut dibantu oleh Habsah sendiri yang lebih tahu lagu mana dimahukan.

“Pada perbincangan awal, kami senaraikan lagu-lagu yang hit. Dari situ kami senarai pendekkan lagu yang dirasakan sesuai, sebagai wakil dari syarikat rakam, kita mengutamakan lagu yang mempunyai nilai komersial.

“Saya tidak menghadapi masalah untuk merealisasikan projek ini kerana lagu yang kita pilih memang bagus. Lagipun Kak Chah sendiri turut memberi idea, mana lagu yang dirasakan seni katanya tidak mantap atau nyanyian yang tidak bagus, dia tidak akan pilih,” kata Shafie mengenai projek yang dicetuskan sejak empat tahun lalu.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Group from Brazil: HIBRIA
Group from Brazil: HIBRIA
08-17-2010 1,382 Views 0 Replies
10 Perkara yang anda tidak patut lakukan semasa menyanyi
10 Perkara yang anda tidak patut lakukan semasa menyanyi
10-14-2011 2,882 Views 0 Replies
Spider: Projek Album bukan tangkap Muat
Spider: Projek Album bukan tangkap Muat
11-11-2010 2,068 Views 0 Replies
katak O! Katak mengapa kau panggil Hujan?
katak O! Katak mengapa kau panggil Hujan?
01-28-2011 17,821 Views 18 Replies
Salam Perkenalan Buat Semua
Salam Perkenalan Buat Semua
03-20-2012 13,852 Views 15 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 07:28 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend