Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 11 12 13 14 15 ... 40 Next »

Kebakaran melibatkan enam keluarga di Sandakan Sabah

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kebakaran melibatkan enam keluarga di Sandakan Sabah
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
07-24-2012, 10:50 PM
Bulan puasa kali ini memang sungguh menggamit perasaan enam keluarga yang tinggal sehelai sepinggang selepas kebakaran yang memusnahkan beberapa buah rumah dan harta benda di dalamnya. Semoge mereka bersabar dengan dugaan dihadapi dan mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak berkuasa.
Quote:
SANDAKAN: Enam keluarga membabitkan 53 orang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Lupak Meluas Darat di Karamunting di sini musnah dalam kebakaran, awal pagi kelmarin. Salah seorang ketua keluarga, Seguin Nasrah, 59, ketika ditemui berkata kebakaran itu dipercayai bermula selepas mereka selesai bersahur.

“Selepas makan sahur, saya dan keluarga yang masih berjaga pada ketika itu dikejutkan dengan api kebakaran dari rumah jiran.

“Api merebak dengan begitu cepat berikutan kedudukan rumah yang sangat dekat. Dari apa yang kami dengar, api berpunca daripada kecuaian jiran yang tidak mematikan dapur gas,” katanya.

Meskipun rumahnya musnah keseluruhan, namun Seguin bersyukur kerana berjaya menyelamatkan dokumen penting selain kesemua lapan ahli keluarganya selamat.

Katanya, kesemua keluarga mangsa kebakaran kini menumpang di rumah keluarga dan jiran untuk sementara waktu. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jemishin Ujin ketika dihubungi berkata 10 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 5.22 pagi. Bagaimanapun, ketika tiba kira-kira 20 minit kemudian, enam buah rumah setinggan yang terlibat telah musnah keseluruhan dan pihaknya hanya memadam sisa api yang tertinggal. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, Wakil Rakyat Sekong, Datuk Samsudin Yahya ketika melawat tempat kejadian berkata, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan disalurkan secara berperingkat bermula kelmarin bagi meringankan beban mangsa. Ia meliputi bantuan makanan bermasak selama tiga hari bermula kelmarin selain makanan mentah selama seminggu serta alat binaan rumah yang akan disalurkan pada Isnin. Selain itu, bantuan kewangan daripada Pejabat DUN Sekong akan disalurkan kepada keluarga mangsa terlibat juga pada Isnin.

Beliau turut meminta pihak kerajaan agar dapat menyediakan kawasan perumahan yang lebih teratur kepada penduduk di kawasan Sekong, yang pada ketika ini ramai yang tinggal di kawasan setinggan. Katanya, kawasan rumah setinggan dibina agak rapat antara satu sama lain dan keadaan ini menjadi sukar apabila berlaku kejadian kebakaran. Selain itu, Samsudin meminta pihak bomba dan penyelamat untuk memastikan pili bomba yang ada di sesebuah kawasan berfungsi sepenuhnya.

“Saya mendapat aduan daripada penduduk di sini bahawa pili bomba tidak boleh digunakan. Ia menyukarkan penduduk serta bomba sukarelawan yang datang lebih awal. Mereka tidak dapat memadam kebakaran berikutan tiada punca air,” katanya. - sumber: Borneo Post
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Dato Najib Ajaklah Anak Muda Sembahyang
Dato Najib Ajaklah Anak Muda Sembahyang
08-17-2010 1,912 Views 0 Replies
Isu surat sokongan Selangor
Isu surat sokongan Selangor
08-21-2010 1,699 Views 0 Replies
Jenayah kejam keatas wanita
Jenayah kejam keatas wanita
09-02-2010 2,228 Views 1 Replies
Mari kenali Mr.PiNGu
Mari kenali Mr.PiNGu
04-10-2012 2,952 Views 2 Replies
salam perkenalan..saya owner riana.my
salam perkenalan..saya owner riana.my
06-19-2013 3,053 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-15-2026, 04:19 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend