08-08-2010, 08:37 PM
kandausidi@bharian.com.my
2010/08/06
Sungai Baram berdepan ancaman serius
MIRI: Ketika Sungai Miri masih kekal antara tujuh sungai paling tercemar di Malaysia, Sungai Baram yang juga sungai kedua terpanjang di Sarawak pula berdepan ancaman lebih serius. Tebing sungai itu diancam hakisan serius dan kecetekan muara sungai sehingga mengakibatkan kapal besar tidak dapat memasuki pelabuhan Miri, kecuali ketika air pasang besar. Masalah itu menjadi halangan utama kepada pertumbuhan industri perkapalan yang semakin banyak bertapak di sepanjang sungai itu khususnya untuk membawa keluar kapal yang siap dibina sebelum diserahkan kepada pelanggan mereka.
Jika masalah itu tidak diatasi pengusaha industri perkapalan di sungai berkenaan bimbang ia akan menjejaskan masa depan industri terbabit. Seorang pengurus sebuah syarikat industri perkapalan yang beroperasi di muara Sungai Batang Baram ketika menghubungi Berita Harian berkata, kerajaan perlu mencari penyelesaian segera bagi mengatasi masalah itu.
Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, kapal yang siap dibina syarikat itu kadang kala menunggu masa beberapa minggu untuk diserahkan kepada pelanggan kerana penghantaran tidak dapat dilakukan disebabkan muara sungai yang cetek. "Kita hanya dapat keluarkan kapal yang siap dibina ketika air sungai pasang besar. Dalam tempoh sebulan hanya beberapa hari air sungai pasang besar. Kita terpaksa menunggu tempoh berkenaan, barulah penghantaran dapat dilakukan. Ini menimbulkan masalah besar kepada kami (pengusaha kapal) dan meningkatkan kos operasi.
"Justeru, kami mahu supaya kerajaan mempercepatkan usaha mendalamkan muara sungai berkenaan supaya kapal besar dapat keluar masuk menggunakan sungai berkenaan," katanya.
Terdapat lebih 10 pengusaha kapal yang terbabit dengan industri perkapalan yang beroperasi di sungai itu. Kebanyakan kapal yang dibina di sepanjang sungai itu dieksport ke luar negara terutama ke Singapura. Kapal yang dibina adalah bagi kegunaan industri minyak dan gas. Beliau berkata, masalah itu juga sudah disuarakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang melawat Miri akhir bulan lalu.
"Kita berharap Kerajaan Pusat dapat membantu kerajaan negeri untuk mengorek dan mendalamkan kuala sungai itu supaya masalah berkenaan dapat diselesaikan segera,” katanya.
Situasi yang dihadapi pengusaha industri kapal di muara sungai itu berbeza pula masalah dengan penduduk di hulu sungainya. Mereka sekarang bimbang masalah hakisan tebing sungai yang bertambah serius jika tidak dikawal akan mengakibatkan penduduk kehilangan tempat tinggal. Seorang penduduk rumah panjang di Sungai Batang Baram, Steven Nyelong, 56, berkata masalah hakisan tanah di sungai itu menjadi serius sejak 10 tahun lalu.
"Buktinya, banyak pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, langsat, manggis dan sebagainya yang ditanam agak jauh dari kawasan tebing sungai sudah tumbang dan dihanyutkan air sungai.
"Jika anda pergi ke pekan Marudi menggunakan bot ekspres, anda dapat lihat dengan jelas kemusnahan dan hakisan tanah yang berlaku di sepanjang sungai itu,” katanya.
Beliau berkata, ketika musim hujan air Sungai Batang Baram mengalir deras dan banyak kayu balak hanyut di sungai berkenaan membuktikan kemusnahan sungai yang berlaku.
"Dulu, banyak lubuk dalam di sungai ini. Sekarang semuanya semakin cetek kerana mendapan tanah dan pasir," katanya.
Justeru, beliau tidak hairan muara sungai berkenaan bertambah cetak berpunca daripada lumpur dan kayu hanyut dari kawasan hulu sungai mendap kawasan muara.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam memberi jaminan akan mengatasi masalah itu dalam masa terdekat. Beliau berkata, usaha mendalamkan muara sungai itu memerlukan kos tinggi dan kerajaan negeri berharap kerajaan Pusat dapat membantu menyediakan peruntukan untuknya.